Thursday, May 31, 2012

Menghitung Hari..( I'm Overdue..)


Masih menghitung hari lagi ni.. pernah melalui pun.. tapi saya harus akui bahawa setiap pengalaman itu tak sama dan tak akan sama. Pengalaman bergelar ibu kali pertama dulu.. saya melahirkan Agharr seawal dua minggu dari tarikh yang di jangka (dah nama pun jangkaan..kann..)

Jadi..bila melalui pengalaman kali kedua ini, bila masuk usia kandungan 37 minggu,  saya mula mencari-cari bila rasa sakit bersalin tu akan datang. Makin lama..makin hari.. saya jadi tak tentu arah sampai baru-baru ni saya jadi confuse membezakan sakit nak bersalin dengan sakit nak buang air besar.. Nak pulak keadaan tu berlaku pada lewat malam. Terpaksa lah pulak si suami memapah saya ke toilet.. dan dalam keadaan masing-masing panik, tiba-tiba keadaan jadi ok seperti sediakala semula selepas saya berjaya melepaskan hajat besar saya ketika itu.

Perkara seperti itu buat kami tak dapat tidur.. peluh pada peha pun saya sangkakan air mentuban. Mujurlah symptom mengarut yang saya alami ni tak membawa saya panik sampai ke hospital..

Saya rasa, akhir-akhir ni.. keluarga terdekat saya yang lain pun kadangkala mengalami symptom yang lebih kurang sama. Asal saya telefon..mereka ingat saya dah nak bersalin.. Saya berkerut dahi pun mereka tanya jugak..apatah lagi bila saya berlama-lamaan dalam bilik air.. memang boleh mengundang orang mengetuk pintu beberapa kali 'bertanya khabar' saya di 'dalam' tu.. Jadi saya sendiri perlu berhati-hati dengan setiap tindakan dan ekspresi muka bila berdepan dengan orang-orang yang saya sayang ni.

Agaknya..mereka pun sama seperti saya tak sabar-sabar nak melihat 'ahli baru' dalam keluarga ni. Sehinggalah hari ini, usia kandungan saya dah pun masuk 40 minggu dah... Alahaiiiii... bila laaa 'Puteri Kecil' Mommy dan Abah nak keluar ni....

Tapi.. mungkin..memang benarlah agaknya.. walau sepuluh kali ada pengalaman bersalin pun... pengalaman menyambut ahli baru yang di lalui itu pasti berlainan dan membawa erti tersendiri dalam kehidupan kita masing-masing.

***** last checkup isnin lepas saya dah pun mendapat surat arahan dari doktor untuk terus ke Hospital pada 2/6/2012 (Sabtu) ini sekiranya masih juga tak ada tanda-tanda nak bersalin.. Semoga segalanya di permudahkan..InsyaAllah