Saturday, March 10, 2012

Jangan Main-main.. HFMD



Minggu ni agak memenatkan sikit. Punca mulanya Agharr demam lepas tu saya perhati ada dua bintik merah pada mulut Agharr.  Anak saya mula merengek minta garu di jari dan kaki tak henti-henti. Saya ingat Agharr kena Chicken Pox. Kebetulan keesokan harinya Agharr ada checkup bulanan di Klinik Kesihatan, lepas di rujuk pada doktor rupanya Agharr di serang wabak HFMD. Hmmm.. patutlah Agharr tak selera makan dan minum susu, dalam mulut dan lidah Agharr penuh kesan-kesan merah dan pecah-pecah..  Tapak kaki pun naik bintik merah macam kena gigit semut.

Bagus juga kes Agharr saya rujuk di klinik kerajaan. Semalam beberapa petugas dari Jabatan Kesihatan datang kerumah untuk pantauan dan ada mengambil sampel air liur Agharr . Mujurlah Agharr memang duduk di rumah, kalau duduk di taska habislah taska kena tutup untuk 10 hari  untuk memberhentikan wabak ini dari merebak dan taska terlibat pun perlu di seteril. Jadi setiap malam sebelum tidur, saya di nasihatkan membasuh mainan Agharr dengan larutan dettol... dan begitulah yang akan saya lakukan tiap-tiap malam.

Saya juga di nasihat agar tidak membawa Agharr keluar ke tempat awam buat sementara waktu.. kesian Agharr.. tapi saya lagi kesian dengan kanak-kanak dan ibu bapa lain juga.. cukuplah saya yang menghadapi semua ni. Jangan kerana kedegilan kami.. orang lain pun jadi mangsa. Pada parents di luar sana hati-hati bila bawa anak-anak bermain mainan di pasaraya atau di tempat awam .

Pada saya penyakit ni memang mencabar kesabaran betul... kerana sepanjang hari Agharr merengek nak dukung.. semuanya tak kena.. menangis sambil terjerit-jerit...sepanjang hari hingga malam..sampai bengkak-bengkak mata... Sebab Agharr sebenarnya bukanlah anak yang sebegitu..Mujurlah suami saya sangat-sangat  membantu  sanggup tak tidur malam melayan karenah Agharr..bila melihat Agharr jadi macam tu.. bila dia menangis.. saya pun menangis sekali.... selain pujuk apa lagi lah yang boleh saya buat untuk Agharr.. Pilihan itu bukanlah di tangan saya.. Tapi pilihan itu di tangan Tuhan..

** Maaf sekiranya ada info yang saya beri tidak begitu tepat. Saya tak berapa pasti mungkin saya belum benar-benar faham dengan penerangan oleh pihak Jabatan Kesihatan semalam.

No comments:

Post a Comment