Wednesday, January 25, 2012

Eleh kat PD je..

Apa aktiviti cuti-cuti Chinese New Year aritu ye.. Saya dan keluarga sesaje je konon-konon berkelah kat Port Dickson.. Bangun pagi je adik saya sebut-sebut nak pegi PD.. kitaorang pun jalan je laaa.. Dekattt je..

Ini 1st time laa kiranya anak saya tengok laut.. kalau ikutkan, saya memang tak suka aktiviti laut-laut ke..sungai-sungai ke... Air-air ke.. Maklumlah otak saya ni selalu fikir hal-hal bahaya aje.. Awal-awal saya ingatkan suami.."Bawak Agharr main-main kat tepi takat cicah-cicah kaki kat air aje"..

Sekali Mommy bleh lupa yang Agharr ni memang tak makan saman.. Dia boleh berlari laju je...aduhhh.. jangan harap laa Mommy nak bawak Agharr pegi berkelah lagi.. Ingatkan bila jatuh kat air terasa air laut masin tu Agharr serik.. rupanya "Mmmmm..Sedapnye..Nak lagi".. Agaknya macam hirup sup kot.. Yaikkkss!! Tapi mujarab kot.. hilang terus demam selsema Agharr lepas tu..hahahaha.. Hmmm.. cuti lama-lama macam ni laa Agharr boleh bermanja-manja dan berlemak-lemak ngan Abah ye.. Mommy selalu tak kuasa nak melayan..

Anak Raja Negeri Pasir Dua Butir..hahaha


Kembang-kempis hidung budak tak pernah tengok laut nih..


Mmmm.. Sedappp.. Sedaapp.. (suke hati ko lah Agharr..)


Eksen ngan Mommy.. Mommy x leh msuk pelampung heh..

2 comments:

  1. Bestnya..anak2 umi pun suka main air sampai 'kecut' dan mengigil tapi masih tak nak naik..budak2..

    ReplyDelete
  2. Tu laa Umi...sy pun smpai kcut2 tapak kaki melayan Agharr kat tepi2 air tu..hehehe

    ReplyDelete