Friday, January 13, 2012

Buku Merah...



Minggu ni saya baru selesai membuka `Buku Merah' di Klinik Kesihatan Kerajaan. Hehehe.. kandungan dah masuk 5 bulan baru nak buat.. ape laaa Mommy ni. Bukan tak sedar tapi takde masa lagipun masa awal-awal  bulan haritu saya check up di Pusat Rawatan Swasta...Malas nak tunggu giliran pagi-pagi kat klinik kesihatan..Huhuhu

Tak sangka nurse kat situ ingat lagi kat saya ni. Saya pun tak sangka pregnant lagi dalam waktu terdekat ni..Panik dan terkejut juga bila mula-mula dapat tau tentang kehamilan kali ni...Tiba-tiba saya jadi teringat pada satu Ayat dari Surah Al-Baqarah ~ Ayat 216

` dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.' ( Al- Baqarah ~ Ayat 216 )
 

Mungkin juga kerana saya selalu anggap saya sudah selesa menjadi ibu untuk hanya seorang anak. Lagi pun Agharr masih kecil. Saya betul-betul dah lupa pengalaman mengandung kali pertama dulu (haha..macam laaa beranak selang 10 tahun..) Tapi saat-saat bersalin tu pulak yang selalu teringat-ingat. Cuma apa yang saya rasakan kali ni saya rasa perut saya tak besar macam masa mengandungkan Agharr dulu. Kali ni selera makan saya jugak kurang, jadi banyak vitamin tambahan yang perlu saya ambil untuk mengekalkan kesihatan saya dan baby ni. Mungkin sebab kali ni saya hamil Baby Girl. Ye laa Baby Girl.. Alhamdulillah..

2 comments:

  1. Alhamdulillah..bila ini baby girl, akan sepasang la nanti..Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya..Jaga diri baik2 ya..salam sayang buat agharr dan baby (dia dah mendengar, jadi banyakkan berckap dengan nya)

    ReplyDelete
  2. Terima ksih Umi.. InsyaAllah kali ni baby girl.tp sy akn cuba ckp2 ngan baby dlm prut & jaga kndungan sy ni sbaik2nya & beri spenuh ksih syg pd Agharr & baby baru sy ni.

    ReplyDelete