Tuesday, September 18, 2012

Rambut Mommy lagi..


Baby Khadeeja dah 3 bulan lebih dah sekarang.. orang selalu tanya.. dah pandai ape ek??? ermm saya tak pandai jawab soalan tu..kalau saya cakap nanti orang cakap alaaa.. anak I lagi pandai. Alaah bagi saya..biasa laa baby usia macam tu sama aje lah kan.. bergolek-golek ke.. nak meniarap ke.. tak tau laa kalau ada yang boleh membaca ke..haaa.. yang tu memang tahap bijaksana.

Lagi satu kalau dah mula main-main air liur tu orang kata nanti gugur rambut mommy dia.. E'eh ye laa betul.. rambut saya macam tu laah..gugur. lagi..dan lagi..dan lagi..semua tempat ada. Masa lepas lahirkan Agharr dulu pun macam tu jugak, rasanya saya potong rambut pendek-pendek.. lepas tu menyesal sebab rambut ni jenis lambat nak panjang. Tapi kali ni.. saya gunting rambut jugak, tapi tak pendek sangat.. rasanya masa saya pregnant dulu rambut boleh dikatakan macam tak de gugur langsung..subur aje..kulit pun glowing aje (eeek..) tapi mungkin jugak sepanjang sembilan bulan tu.. hari-hari makan vitamin..segala pemakanan.. kesihatan dijaga. Lepas bersalin..jamu tak habis makan.. vitamin pun kadang-kadang aje saya telan. Tak de motivasi.. tapi sekadar pandangan saya aje laa.. Jangan percaya pun sebab saya tak de tauliah ye.

Deyy.. Ape laa..

Lamanya saya tak jenguk sini..smpai lupa password dah..tapi sejak last post haritu (lama dah..) baru saya tau cara nak reply komen. Selama ni saya reply guna ruangan komen tu jugak (kalau ada laa)..haha..apa laa.. buta huruf kott.. macamanalah saya tak pernah perasan perkataan reply kat situ hehe. Tak pe.. tak pe.. nasib baik saya Invisible Mommy..who cares...heee.

Monday, July 2, 2012

Daughter..


Dah sebulan saya berpantang.. tempoh berpantang yang sungguh indah..(indah ke..??) Bila lah saya boleh dapat satu hari untuk tidur seharian... Tak mengapalah.. kerana bila melihatnya saya harus sedar bahawa anak-anak dan hidup berkeluarga ini adalah keinginan .. Dan saya sungguh-sungguh bersyukur dengan segala pemberian dan kurnia ini..


To have a dream & see it come true, is to have a daughter just like You..










Sunday, June 3, 2012

100% Genuine Girl - Little Khadeeja

Alhamdulillah.. pada 1 Jun 2012 lepas saya dah pun selamat melahirkan puteri kecil kami. Kebetulan pada tarikh tersebut saya dah mula rasa sakit-sakit perut sejak dari pukul 7.15 pagi lagi. Jam 9 pagi saya ke hospital dan kebetulan pula lagi semasa di toilet hospital, dah ada keluar tanda lendir bercampur darah... maka jadinya saya rasa sahih lah saya dah ada tanda nak bersalin ni.

Saya terus di bawa ke labor room pada 10.10 pagi kerana bukaan ketika itu sudah pun 4 cm..ingatkan dah 7cm ke.. 8cm ke..hehe. Alhamdulillah lagi sekali.. bila puteri kecil kami lahir pada jam 12.20 tengahari..(hehe sempat laah Abah dia teman dan menyaksikan  aksi Mommy di bilik bersalin tu.. dan paling penting Abah dia sempat solat Jumaat ) Bertuah betul..

Our Little Princess..Khadeeja...

Boy ke..Girl ni... hehe..xpe lepas ni kite pkai riben byk2 ye..

Thursday, May 31, 2012

Menghitung Hari..( I'm Overdue..)


Masih menghitung hari lagi ni.. pernah melalui pun.. tapi saya harus akui bahawa setiap pengalaman itu tak sama dan tak akan sama. Pengalaman bergelar ibu kali pertama dulu.. saya melahirkan Agharr seawal dua minggu dari tarikh yang di jangka (dah nama pun jangkaan..kann..)

Jadi..bila melalui pengalaman kali kedua ini, bila masuk usia kandungan 37 minggu,  saya mula mencari-cari bila rasa sakit bersalin tu akan datang. Makin lama..makin hari.. saya jadi tak tentu arah sampai baru-baru ni saya jadi confuse membezakan sakit nak bersalin dengan sakit nak buang air besar.. Nak pulak keadaan tu berlaku pada lewat malam. Terpaksa lah pulak si suami memapah saya ke toilet.. dan dalam keadaan masing-masing panik, tiba-tiba keadaan jadi ok seperti sediakala semula selepas saya berjaya melepaskan hajat besar saya ketika itu.

Perkara seperti itu buat kami tak dapat tidur.. peluh pada peha pun saya sangkakan air mentuban. Mujurlah symptom mengarut yang saya alami ni tak membawa saya panik sampai ke hospital..

Saya rasa, akhir-akhir ni.. keluarga terdekat saya yang lain pun kadangkala mengalami symptom yang lebih kurang sama. Asal saya telefon..mereka ingat saya dah nak bersalin.. Saya berkerut dahi pun mereka tanya jugak..apatah lagi bila saya berlama-lamaan dalam bilik air.. memang boleh mengundang orang mengetuk pintu beberapa kali 'bertanya khabar' saya di 'dalam' tu.. Jadi saya sendiri perlu berhati-hati dengan setiap tindakan dan ekspresi muka bila berdepan dengan orang-orang yang saya sayang ni.

Agaknya..mereka pun sama seperti saya tak sabar-sabar nak melihat 'ahli baru' dalam keluarga ni. Sehinggalah hari ini, usia kandungan saya dah pun masuk 40 minggu dah... Alahaiiiii... bila laaa 'Puteri Kecil' Mommy dan Abah nak keluar ni....

Tapi.. mungkin..memang benarlah agaknya.. walau sepuluh kali ada pengalaman bersalin pun... pengalaman menyambut ahli baru yang di lalui itu pasti berlainan dan membawa erti tersendiri dalam kehidupan kita masing-masing.

***** last checkup isnin lepas saya dah pun mendapat surat arahan dari doktor untuk terus ke Hospital pada 2/6/2012 (Sabtu) ini sekiranya masih juga tak ada tanda-tanda nak bersalin.. Semoga segalanya di permudahkan..InsyaAllah

Wednesday, April 4, 2012

Tak Salah Mencuba.. InsyaAllah..

Dah dua minggu ni.. Agharr kerap menangis sepanjang malam. Lebih teruk lagi bila Agharr tiba-tiba mahu terjun dari katil. Belum lagi berlari hingga ke dapur sambil mencari saya tengah-tengah malam buta sambil mintak tolong. Kesian sangat.. Mata pejam tapi menjerit-jerit takut. Susu pun Agharr tak mahu. Bila dah setiap malam macam tu.. Bila siang Agharr kepenatan tak cukup tidur.. (saya dan suami pun tak cukup tidur juga..). Mula-mula nak bawak ke klinik.. tapi.. apa yang saya nak terangkan pada doktor nanti....?.. Akhirnya.. Ahad lepas pukul 11 malam, saya dan suami bawa Agharr berjumpa dengan orang bijak pandai (ustaz) untuk menguruskan hal ini.  Takde lah ustaz cakap apa-apa yang pelik-pelik tentang Agharr.. cuma di baca ayat-ayat suci Al-Quran dan memberikan pada kami beberapa Ayat Al-Quran yang elok untuk di jadikan amalan seharian.

Antara amalan yang bagus untuk saya share kat sini ialah untuk 'Pagar Rumah'.

Caranya:
Berdiri mengadap kiblat, dan membaca Ayatul Kursi dengan cara 9 wakaf.


Setelah menghabiskan bacaan Ayatul Kursi tersebut, tarik nafas... dan hembus sambil berpusing ke kiri (lawan arah jam) sehinggalah badan menghadap ke arah kiblat semula. (berpusing setempat je.. bukan pusing satu rumah.. nanti tak cukup nafas pulak masa menghembus tu.. arwah pulak kang..)

Selain tu.. pada parents atau sesapa saja yang selalu balik waktu-waktu senja ke.. malam-malam ke.. eloklah sebelum masuk rumah tu.. mengadap pagar depan rumah tu..baca Ayatul Kursi sekali dan lepastu  ludah sekali sambil  mengarahkan agar makhluk-makhluk hina yang tak berkenaan tu boleh blaah berambus jauh-jauh..jangan nak sibuk-sibuk ikut masuk rumah... (tak payah bersilat pun kat pintu pagar tu.. just buat syarat macam niat dalam hati aje..) Kalau ada jiran tengok macam pelik je.. seelok2nya ajar lah diorang sekali.. biar diaorang pun terselamat dari gangguan yang tak sepatutnya. Kalau jiran bukan islam pulak senyum je laa kat diaorang sebab kalau dah hari-hari kita buat, nanti diaorang dah terbiasa laa kot..pepandai je laa.

Alhamdulillah dah dua hari ni Agharr dah lena tidur dan boleh bergurau-gurau macam selalu. Sebab apa puncanya..memang saya dan suami tak tahu. Ustaz kata mungkin juga antara proses perkembangan kanak-kanak yang makin membesar ke... proses nak dapat adik baru ke... hahaha.. memang ustaz ni best..sebab tak mengarut-ngarut.

Selamat beramal..

Saturday, March 10, 2012

Jangan Main-main.. HFMD



Minggu ni agak memenatkan sikit. Punca mulanya Agharr demam lepas tu saya perhati ada dua bintik merah pada mulut Agharr.  Anak saya mula merengek minta garu di jari dan kaki tak henti-henti. Saya ingat Agharr kena Chicken Pox. Kebetulan keesokan harinya Agharr ada checkup bulanan di Klinik Kesihatan, lepas di rujuk pada doktor rupanya Agharr di serang wabak HFMD. Hmmm.. patutlah Agharr tak selera makan dan minum susu, dalam mulut dan lidah Agharr penuh kesan-kesan merah dan pecah-pecah..  Tapak kaki pun naik bintik merah macam kena gigit semut.

Bagus juga kes Agharr saya rujuk di klinik kerajaan. Semalam beberapa petugas dari Jabatan Kesihatan datang kerumah untuk pantauan dan ada mengambil sampel air liur Agharr . Mujurlah Agharr memang duduk di rumah, kalau duduk di taska habislah taska kena tutup untuk 10 hari  untuk memberhentikan wabak ini dari merebak dan taska terlibat pun perlu di seteril. Jadi setiap malam sebelum tidur, saya di nasihatkan membasuh mainan Agharr dengan larutan dettol... dan begitulah yang akan saya lakukan tiap-tiap malam.

Saya juga di nasihat agar tidak membawa Agharr keluar ke tempat awam buat sementara waktu.. kesian Agharr.. tapi saya lagi kesian dengan kanak-kanak dan ibu bapa lain juga.. cukuplah saya yang menghadapi semua ni. Jangan kerana kedegilan kami.. orang lain pun jadi mangsa. Pada parents di luar sana hati-hati bila bawa anak-anak bermain mainan di pasaraya atau di tempat awam .

Pada saya penyakit ni memang mencabar kesabaran betul... kerana sepanjang hari Agharr merengek nak dukung.. semuanya tak kena.. menangis sambil terjerit-jerit...sepanjang hari hingga malam..sampai bengkak-bengkak mata... Sebab Agharr sebenarnya bukanlah anak yang sebegitu..Mujurlah suami saya sangat-sangat  membantu  sanggup tak tidur malam melayan karenah Agharr..bila melihat Agharr jadi macam tu.. bila dia menangis.. saya pun menangis sekali.... selain pujuk apa lagi lah yang boleh saya buat untuk Agharr.. Pilihan itu bukanlah di tangan saya.. Tapi pilihan itu di tangan Tuhan..

** Maaf sekiranya ada info yang saya beri tidak begitu tepat. Saya tak berapa pasti mungkin saya belum benar-benar faham dengan penerangan oleh pihak Jabatan Kesihatan semalam.

Wednesday, February 15, 2012

Mandi Bertemankan Mommy

Melayan Agharr mandi petang tadi kat belakang rumah.... bagi lah Agharr bergumbira berendam dalam besen tu berbekalkan sudu bubur ayam Mc D.

Semua Aksi di bawah ini adalah di bawah permerhatian MommyAgharr.







Friday, February 10, 2012

Mesti Pink ke ???...

Minggu lepas saya dah mula beli kelengkapan untuk menyambut baby baru saya ni. Beberapa hari sebelum tu saya sibuk buat list barang yang perlu di beli, tiba-tiba rasa blurr pulak nak fikirkan senarai tu, jadi saya mulakan dengan beli baju-baju baby dulu lah.. orang kata kalau dapat baby girl senang aje sebab baju-baju untuk diorang ni banyak sampai tak tahu nak pilih... tapi bagi saya.. mungkin sebab tak biasa belek baju budak-budak perempuan ni saya jadi blank terus.

Masa beratur kat kaunter suami tengok baju-baju yang saya dah pilih, terkejut dia.. Kenapa semua warna pink???? Sampai saya pun jadi terkejut jugak..heheh terus pegi pilih lagi sekali color lain.. lagipun masa baby tiga bulan pertama tu.. pakai baju apa-apa color pun boleh kottt.. seluar pendek je senang kan...









 Buat Mommy Happy...

Friday, January 27, 2012

Agharr & TV


Al kisahnya Agharr ni suka tengok tv dekat-dekat. Macam dia geram sangat seolah-olah dia nak bawak keluar cartoon ke.. orang yang kat tv tu. Bila angkat dia duduk jauh-jauh pun dia pegi balik kat depan tv tu. Risau jugak kalau tv tu terbalik ke apa.. lagipun ada saudara saya anak dia selalu macam tu and bila check kat doktor rupanya anak dia ada rabun yang melampau jadi dia buat macam tu sebab dia tak nampak...sebab tu kena tengok dekat-dekat...bukan tv aje laa tapi dengan orang ke..buku ke.. mesti budak tu buat macam tu jugak.

Cuma Agharr ni takdelah sampai macam tu.. kalau nak buat dia leka, saya kena bagi botol susu nanti baru dia baring sambil tengok tv tu.. tapi satu hal pulak sepanjang hari buat susu untuk dia sebab macam tak boleh berhenti pulak dia nak susu. Lagi dahsyat kalau ada iklan kecantikan ke..iklan shampoo ke.. nanti Agharr akan cium-cium kat tv tu.. hahaha..geli laa Mommy.. Hmmm.. macamana tu???

Wednesday, January 25, 2012

Eleh kat PD je..

Apa aktiviti cuti-cuti Chinese New Year aritu ye.. Saya dan keluarga sesaje je konon-konon berkelah kat Port Dickson.. Bangun pagi je adik saya sebut-sebut nak pegi PD.. kitaorang pun jalan je laaa.. Dekattt je..

Ini 1st time laa kiranya anak saya tengok laut.. kalau ikutkan, saya memang tak suka aktiviti laut-laut ke..sungai-sungai ke... Air-air ke.. Maklumlah otak saya ni selalu fikir hal-hal bahaya aje.. Awal-awal saya ingatkan suami.."Bawak Agharr main-main kat tepi takat cicah-cicah kaki kat air aje"..

Sekali Mommy bleh lupa yang Agharr ni memang tak makan saman.. Dia boleh berlari laju je...aduhhh.. jangan harap laa Mommy nak bawak Agharr pegi berkelah lagi.. Ingatkan bila jatuh kat air terasa air laut masin tu Agharr serik.. rupanya "Mmmmm..Sedapnye..Nak lagi".. Agaknya macam hirup sup kot.. Yaikkkss!! Tapi mujarab kot.. hilang terus demam selsema Agharr lepas tu..hahahaha.. Hmmm.. cuti lama-lama macam ni laa Agharr boleh bermanja-manja dan berlemak-lemak ngan Abah ye.. Mommy selalu tak kuasa nak melayan..

Anak Raja Negeri Pasir Dua Butir..hahaha


Kembang-kempis hidung budak tak pernah tengok laut nih..


Mmmm.. Sedappp.. Sedaapp.. (suke hati ko lah Agharr..)


Eksen ngan Mommy.. Mommy x leh msuk pelampung heh..

Friday, January 13, 2012

Buku Merah...



Minggu ni saya baru selesai membuka `Buku Merah' di Klinik Kesihatan Kerajaan. Hehehe.. kandungan dah masuk 5 bulan baru nak buat.. ape laaa Mommy ni. Bukan tak sedar tapi takde masa lagipun masa awal-awal  bulan haritu saya check up di Pusat Rawatan Swasta...Malas nak tunggu giliran pagi-pagi kat klinik kesihatan..Huhuhu

Tak sangka nurse kat situ ingat lagi kat saya ni. Saya pun tak sangka pregnant lagi dalam waktu terdekat ni..Panik dan terkejut juga bila mula-mula dapat tau tentang kehamilan kali ni...Tiba-tiba saya jadi teringat pada satu Ayat dari Surah Al-Baqarah ~ Ayat 216

` dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.' ( Al- Baqarah ~ Ayat 216 )
 

Mungkin juga kerana saya selalu anggap saya sudah selesa menjadi ibu untuk hanya seorang anak. Lagi pun Agharr masih kecil. Saya betul-betul dah lupa pengalaman mengandung kali pertama dulu (haha..macam laaa beranak selang 10 tahun..) Tapi saat-saat bersalin tu pulak yang selalu teringat-ingat. Cuma apa yang saya rasakan kali ni saya rasa perut saya tak besar macam masa mengandungkan Agharr dulu. Kali ni selera makan saya jugak kurang, jadi banyak vitamin tambahan yang perlu saya ambil untuk mengekalkan kesihatan saya dan baby ni. Mungkin sebab kali ni saya hamil Baby Girl. Ye laa Baby Girl.. Alhamdulillah..

Friday, January 6, 2012

Ada Baby Lagi...

Assalamualaikum..

Hmmm.. berehat panjang saya sejak kebelakangan ni...Dan Alhamdulillah... saya di beri rezeki oleh Allah SWT untuk hamil lagi.. dan berita terbaru yang ingin saya kongsikan dengan penuh rasa syukur dan nikmat ini kandungan saya kini sudahpun memasuki usia 21 minggu. InsyaAllah..mungkin saya akan melahirkan baby baru kami ni pada 28 May 2012..( hahaha..sama tarikh lahir dengan Agharr). Semoga segala-galanya sihat dan selamat..