Saturday, September 3, 2011

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un ( Fuad Al-Ariffin)

Salam Lebaran,

Alhamdulillah saya sekeluarga selamat pulang ke kampung dan kembali semula ke sini malam semalam. Sebenarnya sehari sebelum balik kampung saya dan keluarga tak merasa pelik pulak beria-ia nak balik kampung lepas subuh.. padahal bukan kebiasaan kami pun nak bertolak pagi-pagi. Dari dulu-dulu kami memang kebiasaanya pulang ke kampung waktu malam.. sebolehnya sehabis solat Isya'.

Ntah lah sepanjang minggu lepas Mama dan saya adik beradik menyebut-nyebut nak bertolak selepas subuh. Cuma kali ni baru kami terasa rancangan kami itu sebenarnya adalah perancangan dari Allah juga. Pagi itu kami semua terlajak waktu sahur. Mama ketuk pintu bilik kami sambil memberitahu adiknya (pak cik saya) dah meninggal dunia. Memang benarlah ...kerana selesai sahaja solat Subuh kami terus berangkat untuk menyempurnakan dan membawa pulang jenazahnya ke kampung halaman kami di Johor.

Semasa adik beradik dan suami saya membantu memandikan jenazahnya di masjid, saya terpandang baju raya Agharr yang ada di jual di perkarangan masjid itu. Sayu sungguh saya kerana sebelum ini saya sibuk nak cari sangat baju raya tu, tapi dalam keadaan begitu pula cara saya menemukannya. Saya beli juga satu untuk Agharr sebagai kenangan pemergian itu.

Saya dan adik beradik yang lain sangat (tersangat) rapat dengan arwah pak cik saya. Mengenangkan anak-anaknya masih kecil, tak siapa boleh meneka suratan dan takdir Allah. Dan sampai di situ sahajalah usianya seperti janjinya dengan Allah semasa mula-mula di pinjamkan nyawa dulu. Tak mengapalah, setelah lebih setahun terlantar di Hospital.. pemergiannya itu adalah yang terbaik untuknya.

Keadaan Pak Cik semasa Program Singgah Sahur 2011(TV3) awal Ramadhan baru-baru ini .


Isteri yang sentiasa tabah, berkorban jiwa raga di sisinya.

Perjalanan Akhirnya di Bumi Allah ini. Terima kasih pada mereka yang membantu menyempurnakan jenazah beliau.


Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."- Surah Al Baqarah ayat 156

2 comments:

  1. al fatihah...

    moga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman...amim

    ReplyDelete
  2. Inallilahh.. Takziah walaupon lambat..

    ReplyDelete