Thursday, August 18, 2011

Terima Kasih Atas Segala Ujian...


Ketika itu tahun 2008, semasa adik saya menjalani Latihan PLKN, beberapa kali adik saya mengadu sakit di belakang kepala berhampiran tengkuk. Pada mulanya Mama dan Ayah mengagak kesakitan adik saya berpunca daripada aktiviti lasak semasa menjalani latihan ketika itu
Semasa di PLKN 2008

Secara tak langsung anugerah ini dapat membuatkan adik saya lupa sebentar rasa sakit ketika itu

Selepas Latihan PLKN berakhir, kami cuba membawa adik pergi berurut, mungkin terseliuh, mungkin juga salah tidur, kejang otot mungkin. Bermacam-macam tempat kami pergi, ada juga yang beranggapan adik saya di ganggu Hantu laut semasa PLKN tempohari. Tetapi sakit itu tak juga kebah, Beberapa bulan juga lah sakit adik saya berlarutan malah badannya makin susut dan terus susut. Semasa pertama kali membawa adik saya ke Darul Syifa, perawat di situ menasihatkan kami membawa adik saya ke hospital untuk mengetahui punca sebenar rasa sakit itu.
Gambar ni di ambil sebelum detect sakit
Sehingga lah ibu bapa saya membawa adik saya ke Hospital. Selepas di X-ray dan di scan, ketika itu adik saya mula mengalami batuk dan hidung berdarah. Doktor mendapati, ada ketumbuhan yang agak besar di bahagian belakang hidung adik saya. Pihak Hospital mengambil sample tisu melalui hidung  adik saya dan seminggu selepas itu pihak hospital mengesahkan itu adalah kanser,  adik saya di dapati mengidap Kanser hidung (nasopharyngeal carcinoma' (NPC)) tahap 4. Kanser itu bermula di hidung dan kanser sebesar penumbuk itu makin membesar dan telah menekan ke  bahagian otak dan mnyekat saraf matanya ketika itu. Keadaan itu juga menyukarkannya untuk menelan makanan kerana kanser yang makin membesar itu telah mengganggu hingga ke bahagian tekaknya. Begitulah deritanya adik saya ketika itu. Kami bingung kerana adik saya  selama ini menjalani kehidupan yang sungguh ceria dan aktif dan di sebalik tubuh itu rupa-rupanya ada sesuatu yang tumbuh didalamnya. Begitulah kuasa Allah pada Hambanya..Jadilah..Maka Jadilah ia.....kehendak-Nya juga bila semua itu akan berakhir.

Pada minggu yang sama juga, adik saya menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Alhamdulillah, adik saya tidak perlu di bedah untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk memandangkan ia melibatkan bahagian kepala dan otak. Doktor menyarankan adik saya menjalani chemotherapy sebanyak lima kali  dan menjalani rawatan Radiotherapy sebanyak 35 kali di Nilai Cancer Institute. Segala-galanya perlu di segerakan memandangkan sel kanser tersebut begitu cepat merebak hingga menyekat penglihatan adik saya dan kanser itu juga mula menular ke tulang belakang dan kerana hal itu lah sebenarnya yang menyebabkan adik saya sakit tengkuk dan tidak boleh menggerakkannya kepalanya sebelum ini.  (Nasib baik tengkuk adik saya tak tercabut masa kami bawak berurut dulu)
Di kelas,ketika ini berulang setiap hari ke hospital. Dia nampak ceria kan.. itulah dia.. kami yg terseksa tengok dia.

Dalam masa yang sama, adik saya juga menjalani rawatan di Darul Syifa'. Pelik ke? Sakit kanser tapi berubat ke Darul Syifa'. Sebagai manusia, kita kena yakin, Segala penyakit dan sakit itu adalah dari-Nya, dan Maka kepada Allah jugalah yang Maha Penyembuh. Segala bimbingan, Solat Hajat, Bacaan Ayat-ayat dari kitab suci Al-Quran yang disarankan perawat-perawat di situ Alhamdulillah membantu adik saya kuat sepanjang melalui rawatan di Hospital. Benar, semakin kita medekati Maha Pencipta, secara tidak langsung membantu diri dan jiwa kita bertambah positif menjalani setiap ujian dari-Nya. Penting sekali untuk kita tidak berputus asa dengan Allah sehingga nafas kita yang terakhir, sekurangnya kita berusaha dan telah mencuba.

Ketika itu pula adik saya sedang menjalani pengajian untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun di bawah tajaan JPA. masih berbaki sikit sahaja lagi, tetapi hamba yang Allah uji itu adalah adik saya, Dia tetap mahu meneruskan cita-citanya dan tiap-tiap hari dia berulang dari hospital ke kelas dengan menaiki bas. Sedangkan ibu saya tak habis-habis menitiskan air mata melihat keadaan adik saya itu. Pernah ibu saya bercerita . Satu hari tu, semasa pertama kali menjalani chemotherapy adik muntah teruk, sambil memegang kepalanya dan menjerit menahan sakit memanggil Mama, Terlalu sakit sangat mungkin disebabkan tekanan semasa muntah itu, membuatkan tumor itu begegar-gegar dalam kepalanya,  lalu Mama peluk adik kuat-kuat. Ketika itu Mama hanya mampu menyebut nama Allah berkali-kali dan merayu pada Allah agar tiada lagi anaknya yang pergi dahulu meninggalkannya. Mama dan adik sama-sama jatuh terduduk di lantai bilik air hospital itu sambil memangku adik. Ketika itu,  Mama tak tahu bagaimana mahu menghadapi kehilangan itu sekali lagi.

Menjalani rawatan chemotherapy itu menyebabkan badan adik saya mudah penat dan mungkin untuk menghilangkan rasa pening dan loya itu adik saya banyak berehat di surau  lantaran itu, pihak IPT dapat melihat perubahan adik saya yang kelihatan susut itu. Adik saya cuba berterus terang, mana tahu mereka boleh memahami keadaan yang dialaminya ketika itu. Pegawai yang bertugas di situ  cuba memberikan harapan untuk adik saya tetap boleh meneruskan pengajian di situ.

Satu hari pihak JPA memanggil kedua ibu bapa saya. Mereka menyatakan tidak dapat membenarkan adik saya meneruskan pengajian ke Jepun berikutan sakit yang dihidapi adik saya itu di tahap kritikal. Ibu saya cuba merayu, tetapi keputusan telah di ambil. Namun begitu JPA tetap meneruskan biasiswa itu untuk menyambung pengajian di dalam Negara.

Adik saya tenang sahaja selepas ibu saya memberitahunya akan hal itu sedangkan ibu saya tak henti-henti menangis. Tapi walau setenang mana pun yang kami nampak, gelodak hatinya itu, hanya Allah yang tahu. Bayangkan sudah setengah tahun adik saya menjalani rawatan, tetapi kecekalan hati dan semangat untuk capai impian dan matlamatnya membuatkan dirinya kuat dan bersemangat sepanjang tempoh rawatan.

Mungkin, keputusan itu adalah yang terbaik untuk adik. Bagi kami juga dia patut memberi banyak masa untuk dirinya sendiri . Keadaan adik saya yang sedang menghadapi kanser di Tahap 4 itu sangat di perlukan untuk adik saya benar-benar menumpukan sepenuh perhatiannya pada rawatan di hospital.

Adik saya bergambar kenangan dgn rakan2 di Institut Bahasa Teikyo

Pesakit disekelilingnya silih berganti. Hari ini datang dan bertegur sapa, esok lusa pergi meninggalkan kita. Ada juga yang tidak mahu meneruskan rawatan dan mahu berikhtiar cara lain. Setiap pesakit di situ yang pergi dulu, adik saya akan pergi ke setiap katil membaca kan Surah Yaasin dan hampir setiap hari juga adik saya menyaksikan sendiri satu persatu mereka menghembuskan nafas terakhir. Bagi kami sekeluarga, kami sendiri tidak tabah melihat penderitaan itu. Sedangkan Mama saya yang setia menemani adik saya di hospital rasa bagai tersekat-sekat nafasnya melihat mereka melalui semua itu.
    
Dengan doa kami sekeluarga, usaha rawatan Hospital dan Darul Syifa. Alhamdulillah, kini adik saya sudah sembuh sepenuhnya dan kini sedang meneruskan pengajian di Salah Sebuah Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia. Tetapi bagi kami rezeki dan ilmu itu ada di mana-mana. Jika kita ingin Berjaya, selagi kita berpijak di Bumi Allah ini, kejayaan dan Redha Allah sentiasa bersama kita. Untuk adik saya Fazirul Nizar. Teruskan lah kejayaan dan impian yang kamu idamkan-idamkan dalam  hidup kamu itu dan semoga kamu sentiasa di Rahmati-Nya dan Selamat  di dunia hingga Akhirat.
Adik saya setelah di sahkan sembuh sepenuhnya dari Cancer. Rambut buat macam tu utk menampakkan effect rambut tebal..hehehe..penangan Radiotherapy, habis licn jerawat kat muka pun hilang..


Subhanallah.. Agharr berpeluang  bertemu dan merasai kasih sayang Ayah Su selepas melalui ujian pahit itu. Mujur ujian itu datang sebelum Agharr hadir.. Ada hikmah di setiap apa yang berlaku.

12 comments:

  1. alhamdulillah.. die sembuh ng doa n smgt dr org sekeliling..;)

    ReplyDelete
  2. Ahhamdulillah....
    dah sihat =))))

    ReplyDelete
  3. touching..Allah Maha Besar..berpantang maut sblm ajal, peluang ke2 dtg mungkin pd hamba Allah yg bnr2 kuat semangat dan yakin akan kuasaNya..Alhamdulillah..adik awk slmt..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, Trima ksih Fiqah atas doa & smagat dari smua..

    ReplyDelete
  5. Ye Orchid.. Syukurlah..Trima kasih..

    ReplyDelete
  6. Salam Pn Leeda, Alhamdulillah, Allah msih beri pluang utknya trus merasa nikmat Allah..Trima kasih..

    ReplyDelete
  7. salam awak, terharunya saya bila baca entry ni.Alhamdulillah adk awk dh sihat sepenuhnya..

    ReplyDelete
  8. Salam kak..nk tnye..mase dlm rawatan tu adik akak ade pantang pape makanan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam husnina..dah x dpt nak pantang apa2 pun husina..apa2 mknan pun dah tak selera dah msa tu.. alhamdulillah skrg..

      Delete
  9. Assalammualaikum.. Sakit Adik Akak sama dgn yg saya alami..sy pun sakit selepas spm tetapi sy di tahap 3..apa pun pesakit kena just semangat.org sekeliling pun sama..saya melakukan radioterapi semasa melanjutkan pelajaran di Asasi UM.. Alhamdullillah, skrg sy dah berjaya menjadi seorang guru..sy doakan Adik Akak Berjaya dunia akhirat..yg penting follow up dgn doktor jgn miss..

    ReplyDelete
  10. salam, bagaimana mengatasi masalah tak selera makan dan sakit tekak semasa rawatan raditerapi, ada tak cara2 mcmana nak hadapi semua tu..suami saya langsung tak boleh jamah apa2 makanan dan minuman yg mengandungi susu..tolong bagi nasihat..terima kasih

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..Tabah nye menghadapi ujian Allah..Hope pasnie family dpt bersama merasai kebahagiaan die pula...

    ReplyDelete