Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan..

Alhamdulillah.. Syukur saya pada Allah yang memberikan saya peluang untuk terus menikmati bulan yang penuh kemuliaan ini sekali lagi. Bulan yang sungguh banyak memberikan rahmat dan keberkatan kepada kita. Bulan yang sungguh-sungguh banyak menyentuh jiwa saya secara peribadi.

Ada kala saya melalui Ramadhan penuh dengan kesedihan dan peristiwa pahit, ada kalanya Ramadhan yang saya lalui itu penuh dengan kegembiraan dan keajaiban. Apapun saya sentiasa menerima segalanya rasa suka & duka itu sebagai satu ujian untuk melengkapi hidup saya dia atas bumi Allah ini.

Walau begitu, apa juga rasa yang saya lalui itu, sama ada duka atau suka, saya tetap juga tidak sabar-sabar menanti dan mahu mengulangi bulan penuh berkat ini saban tahun. Apa juga yang terjadi dalam hidup saya, saya tetap juga rindu tiap kali bulan Ramadhan ini berakhir. Yang pasti bulan yang penuh mulia ini sentiasa membuatkan saya ternanti-nanti dan penuh rasa teruja.

Saya harap satu hari nanti Agharr juga akan merasa keterujaan seperti saya terhadap Ramadhan. Malah saya juga mahu Agharr akan merasa lebih teruja lebih-lebih lagi berbanding saya.


Semoga kita sama-sama teruja. Dan semoga juga saya masih tak terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua.


Maula Ya Salli wa Sallim (Qasida Burda Shareef)


4 comments:

  1. Selamat berpuasa pada Eimma juga...

    ReplyDelete
  2. Selamat bepuasa mommy, sukeee tgk pic Agharr kat padang, mcm tgh menari..hehe

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa Mama Olyn..Hehehe..Agharr tu baru dpt kaki gitu lah rupanya bila bjalan..terhuyung hayang lagi..hihi

    ReplyDelete