Saturday, August 6, 2011

Saat Ujian Itu Datang.. ( Tuhan ku Sembuhkanlah ia )

Beberapa hari ni, sepanjang hari saya bersama Agharr, melayan karenah Agharr yang bermacam-macam sejak mula mendapat kaki ni. Terhibur dengan telatah Agharr dan kadangkala buat saya hilang sabar juga. Semuanya nak di pegang, nak di campak, nak di baling, kadang-kadang hanya mahu saya dukung sepanjang hari. Kami anak beranak sama-sama berpeluh. Kalau di biar, entah apa pulak yang di buat. Jaadiii... saya Istighfar laah banyak-banyak. Lagi pun ini lah impian saya yang di nanti-nanti dulu, menjadi ibu.

Sejak dua minggu lepas saya menerima berita yang mendebarkan tentang anak sahabat saya . Sekarang Mia Medina berada di ICU Hospital Serdang berikutan pendarahan dalaman di kepala yang sahabat saya sendiri tidak pasti darimana puncanya. Saya mohon pada Tuhan, di bulan yang penuh rahmat & berkat ini, agar Mia Medina sembuh dan menggembirakan semula sahabat saya dari ujian yang menimpa ini. Saya juga kesal, kerana saya hanya melawat anaknya di Hospital dengan keadaan seperti itu. Apalah lagi yang termampu untuk saya berikan pada sahabat saya itu dan Medina, selain doa yang tak putus-putus saya panjangkan pada yang Maha Kuasa agar segalanya dugaan ini memberi sinar kebahagiaan untuk mereka semula.

Sememangnya jadi ibu itu indah. Tetapi menggalas tugas ibu bukan sekadar mendodoi tidur, memandikan dan menyuap makanan. Bukan juga sekadar rasa puas hati. Tetapi menjadi ibu itu juga bermakna kita perlu bersedia untuk melalui rasa bimbang, detik-detik cemas dan sukar yang hanya Allah sahaja yang tahu bila masanya ujian itu datang.

Andai kehidupan ini boleh di rancang mengikut kemahuan kita, segala-galanya hanya yang indah-indah. Apalah pula ertinya hidup, kerana ujian itu sebenarnya adalah bukti kasih sayang Tuhan untuk kita supaya kita dekat semula pada-Nya.
 
Serahkan lah sebulat hatimu pada Tuhan mu. Hanya Dia yang Maha Pemberi Ujian, dan Hanya Pada-Nya jugalah yang Maha Penyembuh. Semoga semua kesukaran ini berakhir dengan kesudahan yang baik dan semoga kesudahan yang baik itu pula akan berkekalan selama-lamanya.

5 comments:

  1. moga Mia cepat sembuh..begitulah naluri ibu kan..sure mama dia sedey. Hope mama dier dpt kuatkan hati..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, hebatnya Ujian dia..
    Semoga Baby dia cepat sembuh...=)

    ReplyDelete
  3. Ye laa Gieyana, jadi ibu ni x kan habis2 dgn rsa bimbang. Alhamdulillah Mama Mia tabah, cuma dlm hati hnya Allah yg tahu.Thanks Gieyana..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah tabahkan hati ibu Mia & moga Mia sembuh kembali supaya dpt ceriakan semula kehidupan ibu & ayahnya...Aminnnn . Insyallah sama2 kita berdoa utk anak kecil ni, mammaolyn pun slalu bimbang dgn anak2 ni, terutama bab2 jatuh sakit ni..

    ReplyDelete
  5. Terima Ksih Orchid & Mamma Olyn, smalam Mia dah pndah ke wad dah. Alhamdulillah.. Terima ksih byk2 atas doa kalian.

    ReplyDelete