Sunday, August 28, 2011

Maaf Zahir & Batin... (Eid Mubarak..)



Malam ni saya dah sibuk-sibuk mengemas keperluan kami untuk menyambut Aidilfitri di kampung. Tahun ni kami beraya di Johor.. Tahun lepas pun kat Johor jugak..Tahun-tahun sebelum ni pun kat Johor jugak.. Yelaa..sampai bila-bila pun kat Johor  (berapa kali saya sebut Johor??)

Memandangkan kami akan bertolak esok pagi, perancangan lepas subuh ( tapi.. pukul 12 tghari pun lepas subuh gak..hehe) harap-harap kami tak sambung tidur lepas subuh nanti. Jadi sempena bulan yang mulia ini, saya dengan tulus dan ikhlas hati ingin mohon kemaafan sekiranya ada tersalah kata, terkurang bahasa, terkurang blogwalking, terkurang komen, dan segala-gala apa yang terkurang saya sekali lagi Mohon Maaf Zahir & Batin. Sebagai manusia yang penuh dengan kekurangan, saya mohon agar sentiasa di berikan Allah peluang memperbaiki kekurangan diri juga saling memohon kemaafan  dan memaafkan sesama insan.

Pada sesiapa yang balik kampung menjelang Aidilfitri ni, Hati-hati di Jalan Raya. Semoga Allah Merahmati dan Memberi kita Keselamatan sepanjang perjalanan pergi dan balik.

Semoga Allah Memberkati Segala Amalan Hidup Kita di Dunia Juga Akhirat.. Aaaamiin..




1 comment:

  1. salam, salam aidilfitri, maaf zahir & batin utk awak sekeluarga.semoga aidilfitri kali ini memberikan seribu kemanisan buat kita semua

    ReplyDelete