Sunday, July 17, 2011

Berpantang Maut Sebelum Ajal - Relay For Life KL

Assalamualaikum../ Selamat Sejahtera,

Allah... Dah lama sungguh-sungguh saya tak jenguk blog sendiri. Macam dah lupa macamana nak mula. Sepanjang waktu ni macam-macam yang terjadi pada kehidupan kami sekeluarga. Semuanya kejadian yang belaku penuh dugaan dan ujian dari Tuhan Maha Esa. Apalah yang boleh saya lakukan. Selain redha dengan segala ketetapan yang di catat dalam perjalanan kehidupan saya. AllahuAkbar.

Saya tinggalkan dulu semua kekusutan itu. Saya mahu mulakan dengan aktiviti terbaru kami sekeluarga. Semalam kami menemani adik saya ke Stadium UKM atas aktiviti sokongan untuk  National Cancer Society Malaysia (NCSM). Ini adalah pertama kali kami mengikut adik saya dalam program yang dianjurkan NCSM.

Meriahkan?? ini bukan perhimpunan BERSIH..hehe.. Tapi mungkin juga, Bak kata adik saya ini adalah perhimpunan BERSIH DARI KANSER. Saya dapati ramai dari mereka adalah berbangsa cina. Adakah kerana bangsa mereka yang mudah sembuh?? Dah tentu bukan sebab itu. Bagi saya disebabkan kesedaran dan semangat yang tinggi.




Kanser adalah sesuatu yang amat menakutkan. Kita akan panik.. seluruh keluarga akan rasa seperti mahu mati. Chemotherapy tu rasanya sangat teruk. Kamu tak akan sempat sembuh. Mak cik saya mati, atuk sedara saya muntah, lemah, rasa tercabut nyawa setiap saat semasa rawatan, kamu akan botak, kening segala rambut dan bulu gugur..blaa..blaa..blaa....Maaf lah.. bangsa kita kurang kesedaran dan memberi dorongan. Ingat.. Hidup kita Berpantang Maut Sebelum Ajal. Kalau mahu sembuh, hati dan jiwa perlu kuat untuk melawan penyakit itu. Segala rawatan Chemotherapy.. Radiotherapy semua itu mestilah di jalani dengan sempurna. Ya, memang rasa teruk melalui rawatan ini. Tetapi, ketahuilah.. Buat masa ini, itulah rawatan yang paling sempurna untuk membunuh penyakit ini..sebelum sakit itu terus membunuh kita. Jadi, Teruslah memberi semangat dan sokongan.


Adik saya Fazirul Nizar. Adik saya adalah bekas pesakit Kanser Nasofaring tahap 4 bermula dari 2008. Alhamdulillah, adik saya disahkan sembuh sepenuhnya selepas menerima rawatan secara teratur selama setahun. InsyaAllah saya akan berkongsi pengalaman adik saya ketika itu.


Adik saya (paling kanan) bersama Doktor Yap (tengah) yang merawat sepanjang di Hospital Kuala Lumpur. Uncle (paling kiri) yang juga bekas pesakit kanser yang sama. Terima Kasih Dr Yap.






Anak Mummy Agharr, yang tak mengerti apa-apa. Tetap sama-sama memberi sokongan pada Ayah Su (adik saya). Kusss semangat nak melayan Agharr berkeliaran satu padang..hahaha. Masuk khemah amoi seksi.. perangai Agharr dah macam Sin Chan.

Mereka yang berbaju purple ni adalah mereka yang sudah sembuh (Cancer Survivor). Lihatlah Auntie2 ni yang tak penat menari sepanjang malam setiapkali music cha cha dimainkan.

Sebelum pulang semalam, saya merenung seluruh padang. Saya membuka mata dan jiwa saya besar-besar.. luas-luas. Saya melihat, sungguh ramai yang pernah melalui ujian itu. Ya, saya tak menafikan ada antara pesakit kanser yang mati, tapi lihatlah.. masih ramai yang punya harapan, sudah sembuh, dan masih terus sihat dan hidup. Berpantang Maut Sebelum Ajal. Berusahalah dan Berserah lah Kepada-Nya yang Maha Memberi Kehidupan.

Sekian Terima Kasih..

8 comments:

  1. alhamdulillah adik mommy sembuh dr kanser, adik ipar sy ada kanser otak meninggal thn lps, nenek sy kanser saraf pun meninggal, kedua2 pd tahap 4 yg kritikal.. da ajal, kmi redha .. harap mommy ble kongsi pegalaman adik dgn rawatan kanser pd tahap 4 k:)

    ReplyDelete
  2. Salam Mamma Olyn, takziah pd pmergian adik ipar & nenek Mamma Olyn..btul tu..tahap 4 pringkat kanser sgt2 kritikal.Wlau kita x rsa, tgok kperitan mereka pun dah cukup buat kita rsa sakit juga...Sy harap, x de sesiapa dr kita yg lalui hal itu lg.

    ReplyDelete
  3. ayah umi pun kanser paru2 stage 4 sekarang tengah rawatan kemo lagi 2 kali tapi Allah lebih memahami, ayah mcm hilang ingatan sekarang..sedih sangat mommy..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, Kesian ayah Umi.. rsanya dugaan tu bkn utk Ayh Umi je..tp sluruh kluarga pun trasa di uji jugak. Tak snggup rsanya tgok org2 yg kita syg rsa sakit. Sabarlah Umi..ada hikmah di sebalik dugaan. Semoga ayah Umi cepat sembuh..Berkat Ramadhan akan datang..Aaaminn

    ReplyDelete
  5. salam momy aghar.saya wartawan dari majalah kesihatan kumpulan utusan.boleh tolong saya tak?saya nak dapatkan contact adik momy, fazirul nizar tu untuk ditemuramah dan berkongsi pengalaman dalam majalah kami.hopefully boleh contact saya di noreen1705@gmail.com
    tq

    ReplyDelete
  6. berikut adalah testimoni pesakit kanser otak tahap 4 yg sembuh dlm masa seminggu sahaja setelah mengambil penawar kanser B17 + Bromilin + Graviola + Sabah Snake Grass.. sila lihat di sini http://www.facebook.com/groups/197287873647763/433042483405633/?ref=notif&notif_t=group_comment_reply

    ReplyDelete
  7. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan...akar kayu warisan...merawat dan membaik pulih...jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi...

    sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin

    Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh

    NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  8. ANTARA KANSER YANG MAMPU DIRAWAT DAN BERJAYA DIUBATI :

    KANSER PARU-PARU
    KANSER USUS BESAR
    KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM
    KANSER PUNDI KENCING
    LEUKIMIA
    KANSER REKTUM/DUBUR
    KANSER TULANG
    KANSER OTAK
    KANSER OVARI
    KANSER HATI
    KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA
    KANSER PAYUDARA
    KANSER RAHIM
    KANSER PROSTAT
    KANSER PERUT
    KANSER PANKREAS
    KANSER PITUITARI
    KANSER KELENJAR LIUR
    KANSER VAGINA/FARAJ
    KANSER KULIT
    KANSER MULUT
    KANSER HIDUNG
    KANSER TIROID
    KANSER TEKAK
    KANSER TESTIS
    KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN
    KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU
    DAN LAIN-LAIN KANSER

    ReplyDelete