Sunday, July 17, 2011

Berpantang Maut Sebelum Ajal - Relay For Life KL

Assalamualaikum../ Selamat Sejahtera,

Allah... Dah lama sungguh-sungguh saya tak jenguk blog sendiri. Macam dah lupa macamana nak mula. Sepanjang waktu ni macam-macam yang terjadi pada kehidupan kami sekeluarga. Semuanya kejadian yang belaku penuh dugaan dan ujian dari Tuhan Maha Esa. Apalah yang boleh saya lakukan. Selain redha dengan segala ketetapan yang di catat dalam perjalanan kehidupan saya. AllahuAkbar.

Saya tinggalkan dulu semua kekusutan itu. Saya mahu mulakan dengan aktiviti terbaru kami sekeluarga. Semalam kami menemani adik saya ke Stadium UKM atas aktiviti sokongan untuk  National Cancer Society Malaysia (NCSM). Ini adalah pertama kali kami mengikut adik saya dalam program yang dianjurkan NCSM.

Meriahkan?? ini bukan perhimpunan BERSIH..hehe.. Tapi mungkin juga, Bak kata adik saya ini adalah perhimpunan BERSIH DARI KANSER. Saya dapati ramai dari mereka adalah berbangsa cina. Adakah kerana bangsa mereka yang mudah sembuh?? Dah tentu bukan sebab itu. Bagi saya disebabkan kesedaran dan semangat yang tinggi.




Kanser adalah sesuatu yang amat menakutkan. Kita akan panik.. seluruh keluarga akan rasa seperti mahu mati. Chemotherapy tu rasanya sangat teruk. Kamu tak akan sempat sembuh. Mak cik saya mati, atuk sedara saya muntah, lemah, rasa tercabut nyawa setiap saat semasa rawatan, kamu akan botak, kening segala rambut dan bulu gugur..blaa..blaa..blaa....Maaf lah.. bangsa kita kurang kesedaran dan memberi dorongan. Ingat.. Hidup kita Berpantang Maut Sebelum Ajal. Kalau mahu sembuh, hati dan jiwa perlu kuat untuk melawan penyakit itu. Segala rawatan Chemotherapy.. Radiotherapy semua itu mestilah di jalani dengan sempurna. Ya, memang rasa teruk melalui rawatan ini. Tetapi, ketahuilah.. Buat masa ini, itulah rawatan yang paling sempurna untuk membunuh penyakit ini..sebelum sakit itu terus membunuh kita. Jadi, Teruslah memberi semangat dan sokongan.


Adik saya Fazirul Nizar. Adik saya adalah bekas pesakit Kanser Nasofaring tahap 4 bermula dari 2008. Alhamdulillah, adik saya disahkan sembuh sepenuhnya selepas menerima rawatan secara teratur selama setahun. InsyaAllah saya akan berkongsi pengalaman adik saya ketika itu.


Adik saya (paling kanan) bersama Doktor Yap (tengah) yang merawat sepanjang di Hospital Kuala Lumpur. Uncle (paling kiri) yang juga bekas pesakit kanser yang sama. Terima Kasih Dr Yap.






Anak Mummy Agharr, yang tak mengerti apa-apa. Tetap sama-sama memberi sokongan pada Ayah Su (adik saya). Kusss semangat nak melayan Agharr berkeliaran satu padang..hahaha. Masuk khemah amoi seksi.. perangai Agharr dah macam Sin Chan.

Mereka yang berbaju purple ni adalah mereka yang sudah sembuh (Cancer Survivor). Lihatlah Auntie2 ni yang tak penat menari sepanjang malam setiapkali music cha cha dimainkan.

Sebelum pulang semalam, saya merenung seluruh padang. Saya membuka mata dan jiwa saya besar-besar.. luas-luas. Saya melihat, sungguh ramai yang pernah melalui ujian itu. Ya, saya tak menafikan ada antara pesakit kanser yang mati, tapi lihatlah.. masih ramai yang punya harapan, sudah sembuh, dan masih terus sihat dan hidup. Berpantang Maut Sebelum Ajal. Berusahalah dan Berserah lah Kepada-Nya yang Maha Memberi Kehidupan.

Sekian Terima Kasih..