Tuesday, June 14, 2011

Mati Itu Pasti..


Semalam saya menerima berita tentang kematian salah seorang saudara. Dia masih muda dan bakal melangsungkan perkahwinan akhir tahun ini. Bukan pertama kali saya menerima berita sebegini, malah dalam keluarga saya sendiri sudah beberapa kali terjadi. Cuma, kali ini berita itu benar-benar membuatkan saya mula berfikir dan patut memikirkannya semula segala-gala dalam diri saya.

Bilakah agaknya masa itu tiba untuk saya? Apakah yang terjadi ketika saat itu sampai? Apakah saya sudah bersedia  untuk menempuhi hari itu?

Saya selalu tak mahu tahu. Saya takut.. Tetapi mengapakah saya tidak mahu tahu dan takut?? Adakah kerana saya belum bersedia kerana amalan yang ada masih belum layak untuk saya bawa kesana? Apakah saya takut kerana tidak ada apa amal kebajikan dan ibadat yang tidak seberapa yang boleh saya hadapkan pada yang Maha Berkuasa?

Bolehkah saya meminta pada Tuhan agar waktu untuk saya itu di lewatkan, sedangkan saya tahu bila saat kematian itu sudah tiba, tiada apa pun yang dicepatkan atau dilewatkan walau dalam satu saat..

Saya silap bila kadangkala saya berfikir yang muda dan sihat itu akan terus hidup dan yang tua dan sakit itu akan terus tenat dan mati. Selama udara, kudrat, dan hayat ini adalah milik Allah, Maka, hanya Dia lah yang berhak menamatkan setiap hayat hambanya menunaikan janji-Nya mengikut Kemahuan-Nya.

Adakah saya bersedia?? Adakah Kita Bersedia??? 

Semoga mereka yang telah pergi sentiasa di bawah keredhaan Allah dan Rahmat-Nya..

12 comments:

  1. Al-fatihah buat arwah..

    Sy blm bersedia lg kak~

    ReplyDelete
  2. MommyAghar:
    Ye..Yang hidup pasti akan mati,
    takkan ada yang Kekal didunia...

    Sy penah mimpi MATI,
    semua bacakan saya Yasin...
    Keluarga saya menangis..
    bila bangun tido, saya menangis, memang macam MATI itu terjadi betul-betul..
    Sejak tu, saya ada rasa TAKUT,..
    Macam-macam saya bayangkan kalo saya MATI..

    Walau apepun,
    saya tahu, Allah akan tarik nyawa kita bila tiba saatnya..sesungguhnya Mati itu, tak mengira umur, masa, sakit/ pun tidak,
    segalanya ditangan Allah...

    ReplyDelete
  3. al fatihah utk arwah.. cam2 belaku skang ni, seolah2 diakhir zaman da..mati tu mmg satu ketetapan.. sy sndri takut, rasa xpenah cukup amalan selagi hayat dikandung badan..

    ReplyDelete
  4. al fatihah... semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 beriman..

    ReplyDelete
  5. Hi Zul, akak pun x sedia rsanya tp.. smpai bila laa akak bleh ckp mcm tu kan??

    ReplyDelete
  6. Hi Anie, pnah mimpi cmtu ke? org kata mimpi mcm tu pnjang umur..

    Ye laa.. nak x nak kna akui jugak hakikat tu.. TQ

    ReplyDelete
  7. Ye laa Mamma Olyn kdg2 lg kita fikir mcm x pnah cukup plak amal kita. Tp Mamma Olyn rajin masak2 utk family tu kan ibadat.. Byk tu Mamma Olynn..hehehe

    ReplyDelete
  8. Hi Qasehqaleef.. Al Fatihah utk smua yg dah mninggalkan kita..

    ReplyDelete
  9. Al fatihah untuk arwah dan semoga ahli keluarga dan insan2 yang menyayangi arwah tabah...masa kita? semoga kita diambil dengan keredhaan Allah dan tergolong dalam golongan yang dikehendaki-Nya..amin

    ReplyDelete
  10. Harap mcm tu jugak Umi, Saya juga mgharapkan diri sy trgolong diantara hamba2-Nya yg diredhai Aaamiin..

    ReplyDelete
  11. Mati itu pasti. siapapun pasti merasa mati.

    Al-fatihah untuk arwah.moga ditempatkan ditempat para solihin..amin

    ReplyDelete