Thursday, June 2, 2011

Campak Baby itu....Orang Bodoh


Pagi ni ternampak cerita muka depan Harian Metro masa nak beli nasi lemak. Ada orang bodoh campak baby dari tingkat 5. Ye laa Bodoh.. saya memang tak tau apa masalah orang yang campak baby tu. Nak bersangka baik, mana laaah tau orang bodoh tu TERlepas baby tu dari tingkat 5 tu ke.. Entah lah…nanti balik-balik keluar cerita orang bodoh tu ada penyakit Mental laa.. Dengar suara halus laa..Dah ramai laa lepas bunuh orang pastu cakap macamtu..Dari rasa geram dah jadi cerita kesian pulak. Aaaahhhhh..tak kesian pun. Kalau dah bunuh tu..bunuh laa.. masa buat anak tak Mental pulak.. Bodoh laah diaorang.

Saya dulu bila dah dapat tahu saya hamil. Punya laah gembira sampai buat pulut kuning bagi kat jiran-jiran. Ok laa..ok..ok.. saya lain, saya tak mental problem pun sebab tu laa saya happy.  Kalaupun orang bodoh tu tak nak baby tu, tak perlu lah susah-susah nak mengandungkan baby tu sampai dah cukup sifat macam tu. Tak kisahlah orang apa dan agama apa yang orang bodoh tu anuti, tak ada sesiapa pun yang berhak berbuat begitu.

Pada baby yang tak berdosa tu, kejadian kamu adalah buat beri petunjuk kepada diri kami. Hidup dan mati kamu, telah Allah janjikan hanya sampai saat itu. Sesiapa yang bodoh itu yang dari mula melakukan perkara kejam itu pada kamu akan di balas seadil-adilnya oleh Maha Pencipta dari mula hingga ke akhirnya bila sampai masanya kelak. Baby, bukan salah kamu, bukan dosa kamu, itulah takdir hidup kamu..dan kembalilah pada Tuhan Maha Pencipta dengan tenang.  Syukurlah kamu tidak terus hidup di dunia yang di penuhi manusia yang sungguh kejam.

4 comments:

  1. so sad.....astarfirullahallazim....

    ReplyDelete
  2. ya allah, sampai hati... ramai lg yg menanti & nakkan baby, tp org yg xreti bersyukur cam tu senang hati ja wat cam2 kat baby xbedosa tu..pilu hati...

    ReplyDelete
  3. Sdih bile pkara mcm ni jadi kan faiez, smoga kita x trserempak ngan pkara2 mcm ni.

    ReplyDelete
  4. Tu laa Mamma Olyn, sy dulu nak dpt ank punya laa susah..dorg plak bila dah dpt baby bleh tgamak buat mcm tu..

    ReplyDelete