Tuesday, May 3, 2011

Sorry Agharr...Mommy Panic ...


Anak saya suka sangat dengan iklan susu Dutch lady kat TV yang ada budak ramai-ramai nyanyi Mama..Mama..Mama. tu..  Jadi semalam, saya pun beli laa sebotol susu segar tu (bukan untuk dia minum, tapi kami biar anak kami tu main-main dengan botol susu segar tu aje) Pada mulanya, mulut Agharr macam biasa bising laa belek-belek botol tu sambil sebut Mamma..Mamma.. tiba-tiba diam aje kat Play Pan tu. Suami saya jenguk dan ambil botol tu dari dia. Rupa-rupanya Agharr dah berjaya koyak label plastic kat botol tu dengan gigi empat batang dia tu. Ada laa besar hujung jari telunjuk saya ni, dan serpihan plastic tu ada dalam mulut dia. Ya Rabbi.. bederau darah saya ni.. tengok dia tengah kemam-kemam plastic tu sambil tersengih-sengih.

Saya cuma terfikir macamana nak keluarkan dari mulut Agharr benda tu. Saya dah suruh suami saya dukung Agharr  lagipun suami saya dah tak sanggup dah tengok mulut anak dia. Agharr dah mula kemam mulut dia macam tau saya nak keluarkan serpihan plastic tu. Darah saya dah bederau risau sangat sampai naik kebas muka saya masa tu. Saya terus pegang muka Agharr, korek mulut dia, terasa je plastic dalam mulut Agharr tu, terus tarik keluar. Bila semua panic macam tu, Agharr yang tengah ok sebenarnya tu pun mesti laa terkejut  dan menangis. Ye laa..Tak pe laa... nangis laa sayang.. Mommy tak mau menangis dan menyesal  kemudian. Tapi Agharr, Mommy memang salah, Mommy memang menyesal dan Mommy pun memang menangis jugak semalam lagi teruk dari Agharr. Satu hal suami saya nak pujuk.

Susah kan kalau hidup sentiasa panic macam saya ni. Selalu anggap diri macam Superwoman. Saya jugak selalu terfikir, sampai bila laa saya boleh kawal dan lindungi anak saya. Sebelum ada anak, saya bimbang, adakah suatu hari nanti, saya dapat menjadi ibu dan menjaga anak saya sendiri. Sekarang baru Mommy tahu, rupanya menjadi ibu itu tak pernah mudah, sentiasa ada rasa bimbang, risau, dan rasa ini akan tetap Mommy hadapi sampai bila-bila. Tetapi Mommy harus sedar, suatu hari nanti, Mommy juga harus benarkan diri Mommy untuk melepaskan Agharr belajar mencorakkan kehidupan Agharr sendiri.  

Taappii kaan Agharr.. Sampai bila-bila pun Mommy nak Follow Agharr jugak....hehehe..

Uwwwaaaaaa Mommy....TiidaaaKKKKK….!!!!!..

8 comments:

  1. hehe..sebenarnya memang ramai anak-anak kecil yang suka iklan tu tau..Seronok bile tgk diorang hepi sangat tgk iklan tu..
    "sedangkan yang belum menjadi Ibu da terasa naluri Ibu, apatah lagi yang telah menjadi Ibu, baru kita tahu betapa bernilainya Anak yang Allah anugerahkan..=)
    tapi sayang ada insan yang tidak pernah puas dan membuang anugerah yang Allah beri...

    ReplyDelete
  2. Anie pun tau gak iklan tu..heh..susah gak nak terangkan sbenarnya td..heheh.

    Anie, org yg x hargai anugerah Allah tu, smpai kiamat pun tak akn tenteram dgn prbuatan yg dorg lakukan. Nauzubillah..

    ReplyDelete
  3. ahnaf pun sekarang 'pantang' jumpa apa yang menarik perhatian..dia suka masukkan dalam mulut..tu yang umi sediakan stok biskut yang lembut supaya senang telan..panic memang panic kan tp pengalaman...

    ReplyDelete
  4. saya dan suami pun pernah mengalami kejadian panic ni...bila teringat rasa kelakar sebab over acting lak..bola kecil yang kami ingat ada kat dlm mulut rupanya ada kat tangan, kesian anak kena tepuk2 belakang kononnya nak kuarkan bola tu..lepas tu kami sentiasa beringat

    ReplyDelete
  5. Budak2 umor mcm ni agknya smuanya nmpak sedap kot Umi. kdg2 butang baju, brooch kat tdung pun nak msuk mulut gak.

    ReplyDelete
  6. Biar over acting Liniey, yg pnting sume selamat.hehe. msti ank liniey pun pelik msa tu..hihi

    ReplyDelete
  7. mmg panic, i pun slalu cam tu, & i panic sampe nangis sambil bertindak dgn pantas, dorg ni semu benda nak rasa & masukkan dlm mulut..haishh, sama la kita mommy, tetambah my 2nd baby tu bfeed lg, manja, semu tempat i g mesti ada muka dia...huuhu, kekdg rs nak dia jd baby sepjg masa, heheeee

    ReplyDelete
  8. Ye laa Mama Olyn, bile dah panic tu mcm2 kite bleh buat, kelakar, bdebar2, sume kite rsa dgn karenah dorg ni.. Hehe, rsanya kalau diorang dah besar pun, kite msih jugak rsa dorg ni baby lg.

    ReplyDelete