Thursday, May 12, 2011

Selamat Hari Jururawat... Terima Kasih Jururawat..


gmbr dari, superpages
 
Hari ini Hari Jururawat.. Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia .. Emmm.. Tapi sayang.. Saya bukan lah Jururawat. Cuma, saya selalu mendengar cerita tentang jururawat yang garang, sombong, suka menengking pesakit, macam-macamlah.. Yang paling popular saya dengar..ialah...Kalau kita bersalin, jerit-jerit nanti nurse tengking dan maki cakap “OOoo.. masa buat anak sedap..diam-diam je..masa nak beranak baru awak tau sakit ye..” Pernah dengar tak?? Pada andaian saya, mungkin jururawat seluruh Negara kita ni sepakat.. sebab cerita yang saya dengar sama je versinya.. Jururawat hospital kerajaan macam HARRAMMM je.. hehehe

Saya lahir di hospital kerajaan, dan saya juga mendapatkan rawatan  dan melahirkan Agharr di Hospital Kerajaan juga. Sebab pertama, duit tak dek..haha.. sebab ke dua company pun tak cover.. sebab ke 3, saya tak pasti  komplikasi yang saya alami ketika saya bersalin nanti mungkin akan membuatkan bil hospital saya mencanak-canak.. Duit..Duit..Duit..

Sejak saya hamil buat 1st check up lagi, saya jalani rutin bulanan di klinik kerajaan. Ambil nombor, sambil tunggu giliran saya memerhati.. kaunter belum bukak pun, orang ramai dah tunggu. Hospital kerajaan orang ramai.. bermacam-macam kasta jugak yang datang. Jururawat yang bertugas beberapa orang sahaja . Nak jaga kaunter, nak cek buku merah (orang pregnant ada buku rekod color merah ni..) Mula-mula… jururawat  suara kena kuat..maklumlah kena panggil nama kita yang bermacam-macam bangsa ni. Yang datang pun, bukan aje orang kita, Myanmar ke.. indon ke.. so bermacam-macam perangai lah. Ramai juga  orang-orang yang tak faham bahasa.. main hanntammm saja.. sebagai manusia, kita pun boleh naik angin jugak lah.. jururawat pun manusia juga. ..Lagi satu, ikut peraturan..ye.. satu..satu.. sorang..sorang.. Maklumlah proses yang di ambil pun bukan lah cincai-cincai.. nak kena ambil berat badan, kena periksa tekanan darah, ambil darah (bukan boleh suka-suka cucuk aje.. kena berhati-hati..), bagi nasihat pemakanan kat kita, ambil ubat..memang diaorang kerja lambat.. Sudah laah semua rawatan dan servis ini adalah PERCUMA..

Mungkin dengan menghadapi karenah ini semua, boleh menghilangkan wajah manis jururawat. Saya pernah juga berdepan dengan jururawat begini, mungkin mereka penat,  pandang muka saya pun tidak, tetapi selepas rawatan itu selesai, saya ucapkan TERIMA KASIH Nurse.. (bukan thank you tau.. TERIMA KASIH..) dan jururawat itu memandang saya dan dengan bersemangat menjawab `Sama-sama’ sambil tersenyum pada saya. Mungkin rasa penat atau ada rasa marah ketika itu, boleh hilang dan sejuk  bila mendengar ucapan sebegitu. Kalau mereka tak membalas senyuman kita, mungkin sebab tak terperasan saya di celah-celah orang yang menunggu yang ramai itu.

Semasa di dewan bersalin, Alhamdulillah, saya hanya terjumpa jururawat yang baik-baik dan berbudi pekerti. Selama 12 jam saya di situ, dan bermacam ragam jugak ibu-ibu di dewan tu. Sudah lah sakit, sampai menengking jururawat, Saya ni sakit tau tak nurse.. tolong lah..Nurse cakap, awak tak boleh jerit-jerit, awak kena dengar saya jugak, kalau awak terus menjerit smpai bila nak brsalin. Whaaaattt?? Dengar arahan.. Saya fikir betul juga… Sebab masa push rupanya ada tekniknya..  kalau tak tentu pasal..tak dengar arahan.. baby boleh lemas,  kita jugak yang penat, baby pun tak jugak keluar. Memang rasa marah, tapi bila difikirkan..ini lah yang membuatkan orang kena marah dengan jururawat.. Tapi tak nak mengaku salah sendiri. Saya rasa semasa saya rasa sakit yang teramat itu, dan jururawat di situ cukup manis muka dan baik hati, tak juga hilang rasa sakit yang saya lalui itu. 

Jururawat tak best, sebab lepas bersalin tak bagi ibu-ibu rehat. Baby terus bagi kat ibu tu bulat-bulat.. heiii.. takde nursery ke?? Bukan..sebenarnya  sebab susu ibu yang paling awal sekali itu lah yang terbaik untuk bayi yang kita sayangi itu. Iye.. kita kena bergerak.. supaya rahim akan cepat kecut dan lagipun di rumah pun kita kena bergerak jugak. Jangan risau hal-hal rehat itu sebenarnya tak penting, sebab setelah menggalas title ibu tu, dari saat yang pertama tugas menjadi ibu itu dah pun bermula. Kamu nak anak kan?? Nak jadi ibu kan..?? haa.. apa lagi.. silakan.. Kalau kita tengah pengsan, tapi di maki hamun jugak.. memang lah nasib kita malang mendapat jururawat yang  memang Gila macam tu.

Itu tak termasuk lagi  dengan karenah pesakit yang masih belum di benarkan balik, tapi sibuk nak balik,  selagi tak di bagi balik.. bising-bising kat dalam ward itu. Menimbulkan ketidakselesaan pada pesakit yang lain. Pesakit ramai dan jururawat yang bertugas perlu menjaga perasaan dan hati pesakit yang bermacam-macam status tu.. Katil hujung dah selesai, yang dari katil tengah pulak nak minta di bantu.  

Saya rasa di mana-mana pun jururawat kita bertugas, di hospital kerajaan ke.. swasta ke.. mereka semua,  sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mulia ini sebaik mungkin . Di mananya nak menghulur ubat, memastikan drip pesakit diganti, membasuh najis, mengadap muntah, kahak, lendir pesakit semua, kemas katil..hari-hari….kalau rasa service lambat.. boleh buat sendiri…diaorang No hal punya lah.. So.. Whaaatt Do you expect from them??? Nak diorang cium,nak di mandi buih2…  nak di urut-urut.. bed time story.. ?? Ini hospital.. Ikut peraturan ye.. kita pun semua bukannya nak duduk hospital lama-lama kan..

Terima Kasih Jururawat….

** Kepada sesiapa yang pernah mengalami layanan buruk dari Jururawat. Saya percaya, perkara sebegini masih wujud lagi zaman ini. Saya harap perkara tersebut  tidak akan berulang lagi pada sesiapa, kerana sebagai pesakit, kita berhak mendapat layanan dan khidmat yang terbaik dari mereka.**

(Sekali lagi, saya bukan lah jururawat..)

4 comments:

  1. Haaaaaa...MommyAgharr, sebab tu la saya tak suka p hospital...terutama Hosp/klinik kerajaan,
    selalu service x best...
    Tapikan,
    bila baca entry Mommy Aghar ni, saya jadi SEDAR pulak..betui gak kan...

    Tq MommyAghar...=)
    suka sangat tengok muka Aghaar kat atas tu...=)

    ReplyDelete
  2. Sy pun pnah gak terkena caci maki nurse ni ms check up pregnt tp bla tgkkan keadaan sekeliling yg dia kna hadapi stiap saat spanjang dia berkhidmat sbg nurse, sy xamik ati & ucap terima kasih coz sekurang2nya dia bantu sy.. bkn semu org perfect, tp ms bersalin dua kali ni, sy xg gov coz takut..hrmm

    ReplyDelete
  3. hehe.. tak pe laa Anie, kat mana-mana pun sama sbenarnya, ikut keselesaan dan kemampuan.. ini cuma mngikut pngalaman saya je..hihi

    Gmbar Agharr je laa yg slalu sy letak kat blog sy ni, sbb x tau nak letak gmbo sape lagi.. Tq Anie

    ReplyDelete
  4. Tu laa Mamma Olyn, kdg2 bile dpt layanan teruk, tross rsa tawar hati kan.. kalo sy dlayan teruk, boleh tbawa2 dlm mimpi lg..hehehe

    ReplyDelete