Monday, May 2, 2011

Saya lebih tahu.. Ini diri saya..

Sepanjang saya berblog selama beberapa bulan ini, saya lebih merasakan ini adalah diri saya yang sebenar. Saya menjadi lebih tulus dan telus dalam menyampaikan apa yang saya rasa, apa yang saya buat, apa yang ingin saya kata kan, perasaan, segala-galanya. Setiap kali saya luahkan di sini, saat saya menekan butang publish, saya rasa lebih lega kerana saya sudah menyampaikan sepenuhnya apa yang benar-benar saya rasa dan lalui selama ini.

Saya tidak pernah mengira berapa banyak komen yang masuk, saya juga tak memilih siapa yang mahu follow blog saya.  Semuanya terpulang pada siapa yang mahu dan suka membacanya.

Saya suka membuat orang sekeliling saya ketawa. Kadangkala apa yang saya cakap dan ceritakan bukanlah apa yang saya suka dan ingin sampaikan. Bila ada kenalan saya yang membaca blog saya, mereka menganggap saya banyak mereka-reka cerita. Apa yang saya ceritakan tentang Miracle baby dulu adalah perkara benar yang saya ceritakan di sini. Tidak mudah untuk saya ceritakan kerana bagi saya, satu persatu, setiap kejadian, dan apa yang saya lakukan ketika itu adalah apa yang telah Allah tetapkan untuk saya. Saya hanyalah manusia biasa. Saya tak sempurna. Tajuk Miracle baby itu sendiri, bukanlah mahu menunjukkan saya manusia sempurna dan tiba-tiba mengandung secara ajaib.

Kenalan saya itu merasakan adalah pelik dan macam luar biasa, macam pembohong mungkin.. jika perempuan yang selama ini sudah lama ternanti-nantikan waktu untuk hamil, boleh tak sedar akan perkara sebegitu. Itu diri saya, saya memang tak macam sesetengah orang lain yang period nya tetap, lepas tu lewat satu atau dua hari dah boleh  confirm diri dah mengandung, saya pun memang bukan orang yang loya-loya, muntah-muntah sampai berbulan-bulan, melepek ke, pengsan ke, sampai nak pergi jumpa doktor. Saya sentiasa rasa sihat, sebab itu lah saya lewat buat pemeriksaan di klinik. Mintak maaf banyak-banyak!

Semasa saya di sahkan hamil dulu, saya sendiri tak sangka, dan memang betul, saya tak tahu pun saya sedang hamil ketika itu. saya pun sebenarnya terfikir jugak, apa yang menyebabkan kali ini berjaya hamil? Saya tak maksudkan kerana saya berhenti berdoa, oleh itu saya hamil, Saya juga tak bermaksud, kita kena khatam Al-Quran dalam masa 10 hari, baru kita berjaya hamil. Bukan itu maksud saya.  

Sebenarnya saya ingin maksudkan dan sampaikan adalah untuk kita cuba mencari satu masa dan tempoh dan tumpuan untuk diri kita sendiri. Mencari sesuatu yang boleh memberi ketenangan pada diri dan jiwa kita. Buatlah apa-apa hal sendiri, buat lah apa pun, melancong ke, tanam ubi ke, tanam sayur ke .. Kadang-kadang bila masanya kita berehat sebentar dari berusaha itu lah, ketika itu lah TIME/MASA tu sampai. Sebenarnya kalau ikut logic (orang kita suka logic, sebab Miracle ni kedengaran tak masuk akal langsung, tapi saya percaya kedua-duanya)  sepanjang tempoh berehat tu kita tak stress, bila tak tension semuanya rasa ok, kepala tak pening, hari-hari ceria, fikiran pun tenang. Lagipun selepas 'bersama' suami dah tak terfikir, sama ada kali ini 'menjadi' ke.. tidak ke.. Dan mungkin juga dengan keadaan yang tenang itulah, secara tidak langsung peredaran hormon dalam badan kita menjadi lebih baik. Itu lah yang saya mahu sampaikan dengan jelas.

Setiap kali kita fikirkan sesuatu yang kita mahu, tak kiralah negative atau positif, Tuhan Sedang Mendengar dan tahu walaupun baru terdetik dalam hati kita. Bila kita bersungguh-sungguh, dengan yakin mahu mendapatkan apa yang benar-benar kita inginkan itu, sama ada kita sedar atau tidak, Allah sebenarnya memerhati dan memantau kita semua. Hanya Dia lah sahaja yang mendengar segala rintihan dan keluh kesah setiap kita hamba-Nya. Bila sampai masa dan ketika yang telah Allah tetapkan, itulah kuasa-Nya dan segala-galanya adalah diantara perancangan yang telah ditetapkan untuk kita semua.

Saya sentiasa percaya melebihi segalanya di dunia ini bahawa Allah Maha Segala-galanya. Tuhan boleh memberikan apa sahaja yang kita mahu sekiranya itu juga yang DIA mahukan. Jika bukan saat ini, esok, jika bukan esok, mungkin hari-hari yang lain. Bila saya tak dapat apa yang saya mahukan, saya mesti rasa gembira kerana sebenarnya Allah sangat suka dan mahu kita sentiasa mahu mengadu dan mendekatkan diri Pada-Nya. Jangan sedih.. sebenarnya Tuhan itu sedang memberi seluruh tumpuan dan sangat sayang pada kita melebihi apa yang kita fikirkan.

 

6 comments:

  1. ALLAH telah merencanakan apa yang terbaik untuk kita...berusaha dan terus berdoa agar ada hikmahnya

    ReplyDelete
  2. ada hikmah disebalik semua yg berlaku... & bkn semua manusia mengalami benda yg sama dlm hidup dorg...

    ReplyDelete
  3. Ntah laa Su Su, Mama Olyn. Saya harap hal tentang kisah ini tak melarat-larat lagi..Sebagai manusia, kite cuma ikut apa yg telah direncanakan untuk kita. Allah saje lah yang tahu dan berkuasa atas Segala hikmah disebalik semua tu..

    ReplyDelete
  4. Biar la apa yang orang lain nak kata..yang penting Allah tau niat dan tahniah sebab jadi diri sendiri

    ReplyDelete
  5. nice entry dear.. zana sekarang ni mula tenangkan diri.. sebab zana rasa sampai bila nak stress sedangkan Allah dah merancang sesuatu yg lebih baik utk kita semua..

    p/s: nice blog dear..

    ReplyDelete
  6. TQ Zana, apa juga perancangan dari Allah , itulah yang terbaik untuk kita. Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang pada kita semua Hamba-Nya..

    Segala yang terbaik untuk Zana.. Aamiin..

    ReplyDelete