Sunday, May 29, 2011

Happy Birthday Agharr...

28hb May 2011. Agharr sudah 1 tahun. Dengan itu juga sudah 1 tahun jugalah saya menikmati kehidupan saya sehari-hari sebagai seorang Mommy.

Tadi, saya melihat Agharr bermain sendiri, Saya memandangnya dan tak putus putus menyebut Subhanallah berkali-kali hingga menyebabkan Agharr tersentak dan memandang saya. Sehingga saat ini, saya selalu merasakan kehadiran Agharr untuk saya adalah satu keajaiban dan rahmat yang tidak terhingga. Kadangkala saya merasa bimbang andainya amanah dari Allah ini tidak dapat saya pelihara dan sayangi sepertimana yang selalu saya janjikan pada Tuhan semasa saya begitu inginkan cahayamata dulu.

Saya menghulurkan kedua tangan saya pada Agharr dan terus sahaja Agharr mendepakan kedua tangannya dan tidak sabar-sabar mahu saya mengangkatnya. Saya dukung dan memeluknya, dan Agharr terus merapatkan kepalanya ke bahu saya. Kami sama-sama memandang ke luar rumah dan ketika itu hujan mula turun.

Bau hujan itu membuatkan saya teringat ... Semasa saya menanti saat kelahiran Agharr di Dewan Bersalin tempoh hari, ketika itu juga hari hujan. Agharr.. hari ini juga hujan.. keadaan hari ini, sama seperti hari kelahiran Agharr. Ketika itu saya hanya merasa kesakitan dan saya juga mendengar hujan turun. Hujan adalah Rahmat dari Tuhan.. Kelahiran Agharr pula adalah Rahmat yang dikurniakan kepada kami sekeluarga. Hari itu, saya merasakan saya diselubungi Rahmat sepanjang hari. Agharr..Kamu lah Rahmat kurniaan dari Tuhan untuk Mommy dan Abah.

Agharr.. Selamat Hari Lahir Sayang, Semoga Agharr sentiasa menjadi insan yang sentiasa berjaya di dunia dan Akhirat. Mommy dan Abah pohon pada Tuhan, Agharr sentiasa di bawah perlindungan dan kasih sayang Allah selama-lamanya.


"My Little Miracle"

7 comments:

  1. Selamat Hari Lahir Agharr!~

    Be a good boy okay! Amin~

    Skjp je dh stahun kan kak..

    (^_^)

    ReplyDelete
  2. Trima ksih Zul. Ank akak dah stahun pun akak rsa dia msih baby lg. x pe laa yg pnting akak rsa mkin muda plak..hehehe

    ReplyDelete
  3. Happy Belated Birthday My Dear Agharr...sori ya umi lambat wish..ahnaf demam...semoga Agharr manjadi anak yang soleh dan protect mommy bila besar nanti...anak yang menjadi penyejuk mata dan hati mommy...

    ReplyDelete
  4. Trima kasih umi, sori ape plak, x de ape laa, sy pun lmbat update bday Agharr kat sini.. ksian Ahnaf..cpat smbuh ek sayang..

    ReplyDelete
  5. Happy belated bday dear Agharr, sowy aunt lyn lambat wish, lama xblogwalking.. huhu, semoga Agharr menjadi anak yg soleh & taat pd kedua ibubapanya.. Aminn

    ReplyDelete
  6. Terima kasih, smoga doa Mamma Olyn jadi knyataan.. Aminnn

    ReplyDelete
  7. semoga agharr menjadi anak yg soleh..amin..

    ReplyDelete