Sunday, May 29, 2011

Happy Birthday Agharr...

28hb May 2011. Agharr sudah 1 tahun. Dengan itu juga sudah 1 tahun jugalah saya menikmati kehidupan saya sehari-hari sebagai seorang Mommy.

Tadi, saya melihat Agharr bermain sendiri, Saya memandangnya dan tak putus putus menyebut Subhanallah berkali-kali hingga menyebabkan Agharr tersentak dan memandang saya. Sehingga saat ini, saya selalu merasakan kehadiran Agharr untuk saya adalah satu keajaiban dan rahmat yang tidak terhingga. Kadangkala saya merasa bimbang andainya amanah dari Allah ini tidak dapat saya pelihara dan sayangi sepertimana yang selalu saya janjikan pada Tuhan semasa saya begitu inginkan cahayamata dulu.

Saya menghulurkan kedua tangan saya pada Agharr dan terus sahaja Agharr mendepakan kedua tangannya dan tidak sabar-sabar mahu saya mengangkatnya. Saya dukung dan memeluknya, dan Agharr terus merapatkan kepalanya ke bahu saya. Kami sama-sama memandang ke luar rumah dan ketika itu hujan mula turun.

Bau hujan itu membuatkan saya teringat ... Semasa saya menanti saat kelahiran Agharr di Dewan Bersalin tempoh hari, ketika itu juga hari hujan. Agharr.. hari ini juga hujan.. keadaan hari ini, sama seperti hari kelahiran Agharr. Ketika itu saya hanya merasa kesakitan dan saya juga mendengar hujan turun. Hujan adalah Rahmat dari Tuhan.. Kelahiran Agharr pula adalah Rahmat yang dikurniakan kepada kami sekeluarga. Hari itu, saya merasakan saya diselubungi Rahmat sepanjang hari. Agharr..Kamu lah Rahmat kurniaan dari Tuhan untuk Mommy dan Abah.

Agharr.. Selamat Hari Lahir Sayang, Semoga Agharr sentiasa menjadi insan yang sentiasa berjaya di dunia dan Akhirat. Mommy dan Abah pohon pada Tuhan, Agharr sentiasa di bawah perlindungan dan kasih sayang Allah selama-lamanya.


"My Little Miracle"

Saturday, May 14, 2011

Selamat Pagi Mc D.. 4 a.m.. hehehe

Ape yang peliknya hari ni ye selain dari komen kat blog saya hilang?? sebenarnya pagi tadi kami sekeluarga 'Bersarapan" di MC Donald..So What!!

Tapi kitaorang keluar rumah pukul 4 pagi..hehe.. Ok! menu breakfast tu memang start pukul 4 a.m. Tapi tak semestinya nak kena keluar pukul 4 pagi tu jugak kan..haha

Tak de laa, sebenarnya kitaorang jemput adik saya kat Puduraya pagi tadi, dalam perjalanan balik tu laa tiba-tiba nak singgah McD tu..  itu yang kitaorang angkut sekali Agharr tengah tido tu.. macamana Agharr boleh tak sedar sepanjang perjalanan ek.. Hurrrmmm.. Kadang-kadang kitaorang suka buat keje-keje macam ni...

Mommy nak gak amik gmbar pancake mcm dlm iklan tu..siap ada butter ngan syrup tu..hmm...Mommy tak minum coffee.. Tea please..

Hi Mama, makan pagi-pagi..siap mandi pakai baju cantik-cantik nak amik adik hehe.. Saya tak mandi pun..hahaha..


Bestnye tido..hurmmm..


Aiikkk..kat mana aku nih???tiba-tiba kat sini??


Hehehe.. ini musti aku mimpi ni..mcm2 laa.. mimpi2 plak smpai McD..smbung tido..

Nyyuummm...Nyummm.. lepas tu balik, lepas solat subuh.. bleh plak kitaorang sambung tido balik.. Rasa macam... apa yang aku buat tadi ek??? Sorry Agharr.

Aikk... Komen Hilang Pulak...huhuhu

Hari ni bila saya nak update blog saya, saya perhatikan banyak komen-komen dah hilang. Saya pun cuba google, mungkin ada yang lain-lain pun hadapi perkara ni, rupanya bukan saya sorang je. Mula-mula saya risau jugak kalau orang ingat saya dah delete komen-komen tu. Mintak maaf ye, saya tak delete pun dan tak tau sebabnya. saya sangat-sangat menghargai komen dari sesiapa sahaja.

Mintak maaf banyak -banyak ye.. Saya tak sombong..hehehhe

Sekian, Terima Kasih..

Thursday, May 12, 2011

Selamat Hari Jururawat... Terima Kasih Jururawat..


gmbr dari, superpages
 
Hari ini Hari Jururawat.. Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia .. Emmm.. Tapi sayang.. Saya bukan lah Jururawat. Cuma, saya selalu mendengar cerita tentang jururawat yang garang, sombong, suka menengking pesakit, macam-macamlah.. Yang paling popular saya dengar..ialah...Kalau kita bersalin, jerit-jerit nanti nurse tengking dan maki cakap “OOoo.. masa buat anak sedap..diam-diam je..masa nak beranak baru awak tau sakit ye..” Pernah dengar tak?? Pada andaian saya, mungkin jururawat seluruh Negara kita ni sepakat.. sebab cerita yang saya dengar sama je versinya.. Jururawat hospital kerajaan macam HARRAMMM je.. hehehe

Saya lahir di hospital kerajaan, dan saya juga mendapatkan rawatan  dan melahirkan Agharr di Hospital Kerajaan juga. Sebab pertama, duit tak dek..haha.. sebab ke dua company pun tak cover.. sebab ke 3, saya tak pasti  komplikasi yang saya alami ketika saya bersalin nanti mungkin akan membuatkan bil hospital saya mencanak-canak.. Duit..Duit..Duit..

Sejak saya hamil buat 1st check up lagi, saya jalani rutin bulanan di klinik kerajaan. Ambil nombor, sambil tunggu giliran saya memerhati.. kaunter belum bukak pun, orang ramai dah tunggu. Hospital kerajaan orang ramai.. bermacam-macam kasta jugak yang datang. Jururawat yang bertugas beberapa orang sahaja . Nak jaga kaunter, nak cek buku merah (orang pregnant ada buku rekod color merah ni..) Mula-mula… jururawat  suara kena kuat..maklumlah kena panggil nama kita yang bermacam-macam bangsa ni. Yang datang pun, bukan aje orang kita, Myanmar ke.. indon ke.. so bermacam-macam perangai lah. Ramai juga  orang-orang yang tak faham bahasa.. main hanntammm saja.. sebagai manusia, kita pun boleh naik angin jugak lah.. jururawat pun manusia juga. ..Lagi satu, ikut peraturan..ye.. satu..satu.. sorang..sorang.. Maklumlah proses yang di ambil pun bukan lah cincai-cincai.. nak kena ambil berat badan, kena periksa tekanan darah, ambil darah (bukan boleh suka-suka cucuk aje.. kena berhati-hati..), bagi nasihat pemakanan kat kita, ambil ubat..memang diaorang kerja lambat.. Sudah laah semua rawatan dan servis ini adalah PERCUMA..

Mungkin dengan menghadapi karenah ini semua, boleh menghilangkan wajah manis jururawat. Saya pernah juga berdepan dengan jururawat begini, mungkin mereka penat,  pandang muka saya pun tidak, tetapi selepas rawatan itu selesai, saya ucapkan TERIMA KASIH Nurse.. (bukan thank you tau.. TERIMA KASIH..) dan jururawat itu memandang saya dan dengan bersemangat menjawab `Sama-sama’ sambil tersenyum pada saya. Mungkin rasa penat atau ada rasa marah ketika itu, boleh hilang dan sejuk  bila mendengar ucapan sebegitu. Kalau mereka tak membalas senyuman kita, mungkin sebab tak terperasan saya di celah-celah orang yang menunggu yang ramai itu.

Semasa di dewan bersalin, Alhamdulillah, saya hanya terjumpa jururawat yang baik-baik dan berbudi pekerti. Selama 12 jam saya di situ, dan bermacam ragam jugak ibu-ibu di dewan tu. Sudah lah sakit, sampai menengking jururawat, Saya ni sakit tau tak nurse.. tolong lah..Nurse cakap, awak tak boleh jerit-jerit, awak kena dengar saya jugak, kalau awak terus menjerit smpai bila nak brsalin. Whaaaattt?? Dengar arahan.. Saya fikir betul juga… Sebab masa push rupanya ada tekniknya..  kalau tak tentu pasal..tak dengar arahan.. baby boleh lemas,  kita jugak yang penat, baby pun tak jugak keluar. Memang rasa marah, tapi bila difikirkan..ini lah yang membuatkan orang kena marah dengan jururawat.. Tapi tak nak mengaku salah sendiri. Saya rasa semasa saya rasa sakit yang teramat itu, dan jururawat di situ cukup manis muka dan baik hati, tak juga hilang rasa sakit yang saya lalui itu. 

Jururawat tak best, sebab lepas bersalin tak bagi ibu-ibu rehat. Baby terus bagi kat ibu tu bulat-bulat.. heiii.. takde nursery ke?? Bukan..sebenarnya  sebab susu ibu yang paling awal sekali itu lah yang terbaik untuk bayi yang kita sayangi itu. Iye.. kita kena bergerak.. supaya rahim akan cepat kecut dan lagipun di rumah pun kita kena bergerak jugak. Jangan risau hal-hal rehat itu sebenarnya tak penting, sebab setelah menggalas title ibu tu, dari saat yang pertama tugas menjadi ibu itu dah pun bermula. Kamu nak anak kan?? Nak jadi ibu kan..?? haa.. apa lagi.. silakan.. Kalau kita tengah pengsan, tapi di maki hamun jugak.. memang lah nasib kita malang mendapat jururawat yang  memang Gila macam tu.

Itu tak termasuk lagi  dengan karenah pesakit yang masih belum di benarkan balik, tapi sibuk nak balik,  selagi tak di bagi balik.. bising-bising kat dalam ward itu. Menimbulkan ketidakselesaan pada pesakit yang lain. Pesakit ramai dan jururawat yang bertugas perlu menjaga perasaan dan hati pesakit yang bermacam-macam status tu.. Katil hujung dah selesai, yang dari katil tengah pulak nak minta di bantu.  

Saya rasa di mana-mana pun jururawat kita bertugas, di hospital kerajaan ke.. swasta ke.. mereka semua,  sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mulia ini sebaik mungkin . Di mananya nak menghulur ubat, memastikan drip pesakit diganti, membasuh najis, mengadap muntah, kahak, lendir pesakit semua, kemas katil..hari-hari….kalau rasa service lambat.. boleh buat sendiri…diaorang No hal punya lah.. So.. Whaaatt Do you expect from them??? Nak diorang cium,nak di mandi buih2…  nak di urut-urut.. bed time story.. ?? Ini hospital.. Ikut peraturan ye.. kita pun semua bukannya nak duduk hospital lama-lama kan..

Terima Kasih Jururawat….

** Kepada sesiapa yang pernah mengalami layanan buruk dari Jururawat. Saya percaya, perkara sebegini masih wujud lagi zaman ini. Saya harap perkara tersebut  tidak akan berulang lagi pada sesiapa, kerana sebagai pesakit, kita berhak mendapat layanan dan khidmat yang terbaik dari mereka.**

(Sekali lagi, saya bukan lah jururawat..)

Tuesday, May 10, 2011

Noor Khairina Damiya'..A Gift From Above...

Petang semalam, selepas balik dari office, kami melawat anak saudara suami saya yang baru sahaja melahirkan Puteri pertamanya.  Sekarang saya dan suami dah bergelar Tok.huhu. Tak mengapa lah.. ape pun, saya tetap gembira bergelar Tok Mommy. Alhamdulillahh..

Jaga-jaga Damiya.... nanti Tok Mommy cium lama-lama sampai kamu terjaga nanti...

Hai.. Baby Khairina Damiya'..  She's A bundle of Sweetness..
 

Tiada lagi yang lebih mendamaikan dan menenangkan selain menatap, memeluk dan mencium bau bayi.. Saya selalu gelarkannya bau syurga.. Dari mana datangnya rahmat ini kalau bukan dari Syurga..


Noor Khairina Damiya' kamu adalah pemberian Tuhan untuk diraikan..

Little tiny feet, So small..So sweet....

Tahniah Kausar dan Asyraf , semoga kehidupan kalian sentiasa dipenuhi Cinta, Kegembiraan, dan Gelak Tawa dengan kehadiran Puteri yang sungguh di Rahmati ini..

Saturday, May 7, 2011

Makan-makan.. terimalah seadanya..

Aktiviti kami malam kelmarin... sempena meraikan yang tersayang.. saya usahakan juga mencari makanan kegemaran ibu saya...

Basbosa..Bassboussa..Bassbousseh..Baklava..lantaklah orang panggil ape pun... .. akhirnya.. dapat juga tempat yang ada jual makanan ni.. Dekat je kat Shah Alam.. Malaysia..Malaysia.. semuanya ada. Alhamdulillah.. Harga pun ok sangat..sekejap aje dah sampai hidangan tu.. belum order pun dah sampai ..hehe..tak de laah.

Kalau sesiapa suka makan yang pedas-pedas, tekak melayu habis macam saya ni, boleh lah bawak cili padi.. huhuhu

ZamZam Arabic Restaurant, Shah Alam


Ini laa Mama saya..hehe.. malu plak nak bergambar..


Saya makan, Chicken Mandy.. ..   



Lamb Mandy.. utk Mama, Hubby saya pun order mcm ni jugak..


Kashkash Kebab.. dah makan separuh tu..tp cover ngan roti..hubby lagi..isshh...issh...

Ermmm Agharr..?? Paling selamat.. Sila lah makan Milk Pudding ye Agharr ku.. Mula-mula macam terkulat-kulat gak dia makan ni.. sebab ada bau jasmine yang kuat...saya ingat diaorang guna rose water...tp memang bau melur pun.. tapi lama-lama.. ok.. no hal punya..Baguss, sama macam Mommy, semua sental.

Wangi-wangi pun, sedap jugak ye Agharr..
 My mum favorite...

Taaadaaaaa.....

Nampak tak yang dah termakan separuh tu..hmmm..
 Agaknya.. siapa lah yang tak sabar-sabar tu ye Mama..Hmmm..hehehe..

Yang bentuk petak macam kek yang dua ketul tu Bassboussa.. Manisssssss... Mama saya suka sangat, rasa yang kat sini ok laa.. cuma pernah makan yang lebih sedap.. ini untuk orang yang suka Manisss.. dan yang tak de kencing Manis..


Baklavaa...Baqlawah..Manisssss .. kalau ada pistachio lagi sedap.. tapi.. Alhamdulillah.. Allah yang memberi segala rezeki dan nikmat.. Nyumm Nyumm..


Agharrr... Macam boring je.... duduk diam-diam ye sayang!
Boring nye Mommy..huhu


Bestnye kalau balik umah..

 Burrrpppp.. Alhamdulillah.. ..

Bye.. Sorry gambar tak terang sebab guna Handphone.. dah tak boleh nak edit dah.. terima lah seadanya entry kali ini ye..huhu

Tuesday, May 3, 2011

Sorry Agharr...Mommy Panic ...


Anak saya suka sangat dengan iklan susu Dutch lady kat TV yang ada budak ramai-ramai nyanyi Mama..Mama..Mama. tu..  Jadi semalam, saya pun beli laa sebotol susu segar tu (bukan untuk dia minum, tapi kami biar anak kami tu main-main dengan botol susu segar tu aje) Pada mulanya, mulut Agharr macam biasa bising laa belek-belek botol tu sambil sebut Mamma..Mamma.. tiba-tiba diam aje kat Play Pan tu. Suami saya jenguk dan ambil botol tu dari dia. Rupa-rupanya Agharr dah berjaya koyak label plastic kat botol tu dengan gigi empat batang dia tu. Ada laa besar hujung jari telunjuk saya ni, dan serpihan plastic tu ada dalam mulut dia. Ya Rabbi.. bederau darah saya ni.. tengok dia tengah kemam-kemam plastic tu sambil tersengih-sengih.

Saya cuma terfikir macamana nak keluarkan dari mulut Agharr benda tu. Saya dah suruh suami saya dukung Agharr  lagipun suami saya dah tak sanggup dah tengok mulut anak dia. Agharr dah mula kemam mulut dia macam tau saya nak keluarkan serpihan plastic tu. Darah saya dah bederau risau sangat sampai naik kebas muka saya masa tu. Saya terus pegang muka Agharr, korek mulut dia, terasa je plastic dalam mulut Agharr tu, terus tarik keluar. Bila semua panic macam tu, Agharr yang tengah ok sebenarnya tu pun mesti laa terkejut  dan menangis. Ye laa..Tak pe laa... nangis laa sayang.. Mommy tak mau menangis dan menyesal  kemudian. Tapi Agharr, Mommy memang salah, Mommy memang menyesal dan Mommy pun memang menangis jugak semalam lagi teruk dari Agharr. Satu hal suami saya nak pujuk.

Susah kan kalau hidup sentiasa panic macam saya ni. Selalu anggap diri macam Superwoman. Saya jugak selalu terfikir, sampai bila laa saya boleh kawal dan lindungi anak saya. Sebelum ada anak, saya bimbang, adakah suatu hari nanti, saya dapat menjadi ibu dan menjaga anak saya sendiri. Sekarang baru Mommy tahu, rupanya menjadi ibu itu tak pernah mudah, sentiasa ada rasa bimbang, risau, dan rasa ini akan tetap Mommy hadapi sampai bila-bila. Tetapi Mommy harus sedar, suatu hari nanti, Mommy juga harus benarkan diri Mommy untuk melepaskan Agharr belajar mencorakkan kehidupan Agharr sendiri.  

Taappii kaan Agharr.. Sampai bila-bila pun Mommy nak Follow Agharr jugak....hehehe..

Uwwwaaaaaa Mommy....TiidaaaKKKKK….!!!!!..

Monday, May 2, 2011

Saya lebih tahu.. Ini diri saya..

Sepanjang saya berblog selama beberapa bulan ini, saya lebih merasakan ini adalah diri saya yang sebenar. Saya menjadi lebih tulus dan telus dalam menyampaikan apa yang saya rasa, apa yang saya buat, apa yang ingin saya kata kan, perasaan, segala-galanya. Setiap kali saya luahkan di sini, saat saya menekan butang publish, saya rasa lebih lega kerana saya sudah menyampaikan sepenuhnya apa yang benar-benar saya rasa dan lalui selama ini.

Saya tidak pernah mengira berapa banyak komen yang masuk, saya juga tak memilih siapa yang mahu follow blog saya.  Semuanya terpulang pada siapa yang mahu dan suka membacanya.

Saya suka membuat orang sekeliling saya ketawa. Kadangkala apa yang saya cakap dan ceritakan bukanlah apa yang saya suka dan ingin sampaikan. Bila ada kenalan saya yang membaca blog saya, mereka menganggap saya banyak mereka-reka cerita. Apa yang saya ceritakan tentang Miracle baby dulu adalah perkara benar yang saya ceritakan di sini. Tidak mudah untuk saya ceritakan kerana bagi saya, satu persatu, setiap kejadian, dan apa yang saya lakukan ketika itu adalah apa yang telah Allah tetapkan untuk saya. Saya hanyalah manusia biasa. Saya tak sempurna. Tajuk Miracle baby itu sendiri, bukanlah mahu menunjukkan saya manusia sempurna dan tiba-tiba mengandung secara ajaib.

Kenalan saya itu merasakan adalah pelik dan macam luar biasa, macam pembohong mungkin.. jika perempuan yang selama ini sudah lama ternanti-nantikan waktu untuk hamil, boleh tak sedar akan perkara sebegitu. Itu diri saya, saya memang tak macam sesetengah orang lain yang period nya tetap, lepas tu lewat satu atau dua hari dah boleh  confirm diri dah mengandung, saya pun memang bukan orang yang loya-loya, muntah-muntah sampai berbulan-bulan, melepek ke, pengsan ke, sampai nak pergi jumpa doktor. Saya sentiasa rasa sihat, sebab itu lah saya lewat buat pemeriksaan di klinik. Mintak maaf banyak-banyak!

Semasa saya di sahkan hamil dulu, saya sendiri tak sangka, dan memang betul, saya tak tahu pun saya sedang hamil ketika itu. saya pun sebenarnya terfikir jugak, apa yang menyebabkan kali ini berjaya hamil? Saya tak maksudkan kerana saya berhenti berdoa, oleh itu saya hamil, Saya juga tak bermaksud, kita kena khatam Al-Quran dalam masa 10 hari, baru kita berjaya hamil. Bukan itu maksud saya.  

Sebenarnya saya ingin maksudkan dan sampaikan adalah untuk kita cuba mencari satu masa dan tempoh dan tumpuan untuk diri kita sendiri. Mencari sesuatu yang boleh memberi ketenangan pada diri dan jiwa kita. Buatlah apa-apa hal sendiri, buat lah apa pun, melancong ke, tanam ubi ke, tanam sayur ke .. Kadang-kadang bila masanya kita berehat sebentar dari berusaha itu lah, ketika itu lah TIME/MASA tu sampai. Sebenarnya kalau ikut logic (orang kita suka logic, sebab Miracle ni kedengaran tak masuk akal langsung, tapi saya percaya kedua-duanya)  sepanjang tempoh berehat tu kita tak stress, bila tak tension semuanya rasa ok, kepala tak pening, hari-hari ceria, fikiran pun tenang. Lagipun selepas 'bersama' suami dah tak terfikir, sama ada kali ini 'menjadi' ke.. tidak ke.. Dan mungkin juga dengan keadaan yang tenang itulah, secara tidak langsung peredaran hormon dalam badan kita menjadi lebih baik. Itu lah yang saya mahu sampaikan dengan jelas.

Setiap kali kita fikirkan sesuatu yang kita mahu, tak kiralah negative atau positif, Tuhan Sedang Mendengar dan tahu walaupun baru terdetik dalam hati kita. Bila kita bersungguh-sungguh, dengan yakin mahu mendapatkan apa yang benar-benar kita inginkan itu, sama ada kita sedar atau tidak, Allah sebenarnya memerhati dan memantau kita semua. Hanya Dia lah sahaja yang mendengar segala rintihan dan keluh kesah setiap kita hamba-Nya. Bila sampai masa dan ketika yang telah Allah tetapkan, itulah kuasa-Nya dan segala-galanya adalah diantara perancangan yang telah ditetapkan untuk kita semua.

Saya sentiasa percaya melebihi segalanya di dunia ini bahawa Allah Maha Segala-galanya. Tuhan boleh memberikan apa sahaja yang kita mahu sekiranya itu juga yang DIA mahukan. Jika bukan saat ini, esok, jika bukan esok, mungkin hari-hari yang lain. Bila saya tak dapat apa yang saya mahukan, saya mesti rasa gembira kerana sebenarnya Allah sangat suka dan mahu kita sentiasa mahu mengadu dan mendekatkan diri Pada-Nya. Jangan sedih.. sebenarnya Tuhan itu sedang memberi seluruh tumpuan dan sangat sayang pada kita melebihi apa yang kita fikirkan.