Friday, April 22, 2011

Terimalah Kasih Sayang Allah Untuk Kamu..


Anak saya sudah hampir usia 1 tahun. Tapi,  sampai sekarang saya hanya beri padanya makanan yang dikisar halus sahaja. Semuanya saya blender dan saya hancurkan dan selepas saya puas hati, baru saya sua kan ke mulut Agharr. Mata saya tak akan berkelip memerhatikan anak saya mengunyah dan menelan makanannya. Saya akan pastikan Agharr betul-betul mengunyah dan menelannya dengan sempurna. Saya tak akan menyuapnya selagi terdapat makanan dalam mulutnya. Saya fobia. Kenangan bersama arwah adik saya yang meninggal dunia semasa umurnya 3 tahun betul-betul meninggalkan kesan pada diri kami sekeluarga.

Adik saya tercekik, jeruk cermai. Ketika itu saya berusia 6 tahun. Saya tak dapat bayangkan keadaan itu, ibu saya sedang berbual-bual dan bagaimana adik saya boleh mencapai jeruk itu di dapur dan selepas itu, dia terhuyung hayang mendapatkan Mama saya sambil memeluk Mama saya dengan erat.  Dalam keadaan itu, Mama saya cuba membantu mengeluarkan dari tekaknya dan dengan keadaan panic itu menyebabkan jeruk itu terus masuk ke kerongkong adik saya. Ya Allah!!

Ayah saya  ketika itu balik kerja masih belum sampai di rumah. Mujurlah ada jiran membantu Mama dan adik saya ke Hospital. Kami adik beradik tinggal di rumah menunggu ayah balik. Sewaktu ayah saya sampai dirumah, dan turun sahaja dari kereta, jiran-jiran memberitahu hal itu kepada Ayah dan kami sama-sama bergegas ke hospital. Saya tak memandang wajah Ayah. Yang saya ingat kami semua menangis sepanjang perjalanan.

Ketika sampai di perkarangan hospital, Saat yang paling saya ingat sampai bila-bila, ialah tatkala melihat Mama menekup muka dan tersujud-sujud seorang diri di perkarangan hospital meratapi pemergian adik saya ketika itu. Masih saya ingat lagi keadaan Mama tidak berkasut diatas rumput itu. Ayah terdiam melihat Mama seolah-olah tahu apakah maksudnya semua itu. Bagaimanakah agaknya perasaan Mama ketika itu? Melihat adik terhuyung hayang, memangku adik semasa dalam perjalanan ke hospital dan memeluk adik sehingga adik menghembuskan nafas terakhirnya itu di riba Mama. Orang boleh kata macam-macam, kenapa Mama tak tonggeng kan adik dan tepuk belakangnya dan mungkin adik tak jadi begitu. Mereka boleh kata apa sahaja kerana  bukan mereka yang tanggung derita  Mama ketika itu. Saya percaya, tak mungkin Mama dapat memadamkan memori itu sepanjang hayatnya.

Orang kata, kehilangan adik itu adalah kemanisan yang akan  membawa  Mama dan Ayah ke Syurga bila sampai masanya kelak. Tapi kehilangan dan kesedihan Mama dan Ayah akan tetap juga kami rasakan hingga akhir nanti. Bagi diri saya sendiri, untuk mengejar Syurga yang abadi itu, demi Allah, saya tak mahu dan tak mampu untuk mengharungi keadaan seperti itu. Benar, Itu hak Allah, tetapi janganlah orang-orang yang saya sayang di ambil dulu dari saya lagi. Saya hanya mohon agar Allah terus pinjamkan untuk saya segalanya, sehinggalah saya menutup mata satu hari nanti.  

Buat Mama dan Ayah yang sentiasa Tabah, Kamulah permulaan hidup kami di dunia ini. Segala jasa dan pengorbanan tak akan cukup untuk kami balas hingga akhir hayat.

Untuk Adikku Fazrul Anuar, Kasih sayang Mama, Ayah dan kami adik beradik, tak dapat menandingi Kasih Sayang Allah pada Kamu. Bersemadi lah kamu dengan tenang dan Bahagia di Samping Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alfatihah..


 
  

8 comments:

  1. Al fatihah untuk adik Mommy ya..satu pengalaman dan hanya yang mengalami sahaja mengetahui...

    ReplyDelete
  2. al fatihah... bnda yg paling sy takut pd anak2 bla mkn dorg tercekik... sy ble histeria bla tgk dorg tercekik, kdg2 tersedak minum air pun riso.. mmg kna berjaga2:)

    ReplyDelete
  3. Alfatihah, takziah..betul, kite perlu sangat teliti menjaga keselamatan kanak-kanak.. saya ade satu pengalaman menghadapi sorang kanak-kanak, tercekik gula-ula sehingga mengalir air mata darah *darah cair*, situasi tu sungguh mendebarkan seolah-olah nyawa saya diawangan, kanak2 tu x dapat nak bercakap, gula2 da tersangkut....hanya allah yang tahu, detik itu,n dengan Izin n bantuan Allah, ade hamba allah yang tau teknik kecemasan, die tepuk blakang kanak2 tu, budak2 tertelan terus gula2 tu..Masyaallah, masih segar dalam ingatan, sejak tu, saya x pernah bagi knak-kanak gula2 lagi...Kita perlu peka dengan keselamatan kanak-kanak,,follow ur blog..~

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah..takziah..

    Kalaulah sy brd d tempat akak..bgaimanalah rsanya..hnya akak dn tuhan shj yg tahu..

    Kak, nnt boleh x picitkn pipi agharr.. heeee~ =)

    ReplyDelete
  5. Ye laa Umi, tu yg fobia smpai skrg nih.

    ReplyDelete
  6. Tu laa Mamma Olyn, sy tgk org bg mkn gula2 ke,rmbutan sbijik kat bdk2 pun sy x nak tgk.

    Time ksih sudi jnguk & follow blog sy :) hihi

    ReplyDelete
  7. Btul tu Anie, bile dah tgk dpan mata msti x bleh lupa punye. Bile dah panic,kite dah x tau nak buat apa dah..harap2 x mau lg dgr bnda ni jd kat sesape lg.huhu.. Thanks ye follow blog sy ni, sy dah follow Anie jgak....hehe

    ReplyDelete
  8. Tak trtanggung rsanya Zul,

    akak dah picit2 pipi Agharr tu hari2.. x pe laa walau pun pipi die x tembam..hihi

    ReplyDelete