Thursday, April 14, 2011

Mudah tapi susah..

Semenjak saya bercerita tentang pengalaman mendapatkan zuriat (Miracle Baby Story) tempoh hari, saya menerima maklum balas dari pembaca dan pengunjung dan ada yang sudi menjadi Follower blog saya ni. Terima Kasih yang Tak Terhingga kepada anda semua dan komen yang di berikan..

Apabila saya berkunjung semula ke blog rakan-rakan yang sedang berjuang menjadi ibu, saya juga merasai keperitan itu, memandangkan saya juga pernah mengalaminya.

Tak mudah untuk saya menyarankan supaya bersabar, kerana saya dulu sentiasa gagal untuk bersabar. Sabarlah (Cakap senang!)

Kita seperti berperang. Berperang dengan orang sekeliling yang negatif amat menyakitkan hati. Paling kuat, kita akan menjawab segala pertanyaan mereka dan berlalu pergi.

Tapi sebenarnya, apa yang tinggal dalam diri kita itulah yang lebih menyakitkan. Kita berperang dengan diri kita sendiri. Orang kata, jangan fikirkan sangat, nanti kami boleh hamil. Padahal, bolehkah kita berhenti fikirkan perkara yang benar-benar kita inginkan?. Susah kan??


Buat lah apa sahaja yang buat anda gembira. Buat lah apa sahaja yang boleh membuatkan kita mencintai diri kita semula. Beri kan masa untuk diri kita berasa tenang dan tenteram. Memaksa diri, membuatkan kita menjadi lebih tertekan dan segala-galanya akan menjadi sia-sia. Jika anda dalam proses ini, jalani lah ia dengan bersemangat dan penuh Yakin. Saya sentiasa mendoakan kejayaan dan kamu semua.

Semoga segala-galanya menjadi mudah buat kita semua. Aamiin.

2 comments:

  1. btul tu kak..orang yg suruh bersabar tu mmg senang ckp..tapi org yang disuruh bersabar tu,,bkn senang nak bersabar. orang asik tnya, pastu bila dah tnya, dia suruh kita jangan stress n jgn pkir sgt. pdhal diorang jugak yg tnya bila nak ada. sbb drg tnya tu yang buat kita lagiiiii stress.

    ReplyDelete
  2. umi ada akak ipar yang dah 8 thn tggu tapi sekarang alhamdulillah sedang berbadan 2. tapi ada seorang akak lagi la setelah 15 thn, akhirnya dapat seorang putera..Hanya Allah yang mengetahui perasaan mereka...

    ReplyDelete