Wednesday, April 6, 2011

Menangislah Sepuas Hati Kamu

Petang tadi, saya menerima SMS dari kenalan yang tertera 'Salam, Kak Ngah, kite ada berita sedih, kite keguguran'. Kandungannya baru berusia 5 minggu.

Sesiapa saja boleh berkata "Alah, baru 5 minggu, baru sangat, kecil sangat." Tapi, biar berapa pun usia kandungan tersebut, bagi saya keguguran itu adalah satu kehilangan. Bohong lah kalau tidak merasa sedih. Terutamanya jika kandungan itu adalah pertama kali yang dinanti dalam hidupnya. Sebagai wanita, ketika di sahkan hamil, tentunya kita sudah terdetik perasaan seorang ibu.

Saya tak katakan bahawa saya memahami perasaannya. Bagi saya, bila disentuh soal perasaan, hanya dia dan Allah sahaja yang tahu seperti apakah perasaan itu. Tapi, disaat saya mendengarnya, saya juga sedih.

Kepada kenalan saya itu, yang boleh saya katakan, kalau kamu bersedih, menangislah sepuas-puasnya dan mengadulah segala yang kamu rasa pada Allah Sekalian Alam yang Maha Mendengar kerana, hanya Dia Maha Tahu perasaan yang kamu tanggung itu. Tetapi, bila kamu sudah puas, tabahkanlah dan kuatkan diri kamu dengan penuh semangat.

4 comments:

  1. salam takziah utk pengirim sms tersebut.. :(

    ReplyDelete
  2. Memang sdihkan. tp x pe,,sy penah baca kalo kita penah gugur, baby kita tu yang akan tarik kita ke syurga. InsyaALLAH.. Akak Mommyagharr..doakan sy mengandung pulak lepas ni..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih ye fika, sy dah smpaikn Salam Takziah pd knalan sy tu.

    ReplyDelete
  4. Insyaallah Tini akn mndpt zuriat. Rezeki Allah sntiasa ada.Mana tau tahun ni mgkin...

    ReplyDelete