Tuesday, April 19, 2011

Anak Mommy Agharr Ucuk Acam..

Diam tak diam anak saya Agharr dah nak masuk 1 tahun dah usianya bulan May nanti. Rasa tak sedar bila masa berlalu.

Kalau dulu, bila saya pangku Agharr, ngam-ngam aje dia di atas riba saya. Sekarang dah terjulur-julur kaki dia melebihi pelukan saya. Tapi kegemaran wajib Agharr masih sama. Setiap hari mesti nak tidur di pangkuan Mommy, memang tak boleh miss. Peluk sekejap aje, bagai di dodoi Agharr tertidur. Dalam masa dua jam, cukup lah Agharr bermanja dengan Mommy, lepas tu dia boleh main-main sendiri.

Agharr suka panggil saya Momma. Walau berkali-kali saya betulkan sebutan Mommy, dia akan berulang-ulang sebut Momma jugak. Tapi untuk sebutan Abah, Agharr tak ada masalah. Kacang je sebutan `Abah’ tu agaknye. Tak kisah laa Agharr, Mommy ke, Momma ke, orangnya tetap Mommy kamu yang satu ini lah orangnya.

Masa sekarang ni lah saya boleh manjakan Agharr. Anak saya lelaki. Paling lama saya boleh peluk-peluk, cium-cium sampai usianya 10 tahun. Lepas tu bila dah meningkat remaja, tentu tak manis kalau saya peluk cium anak lelaki saya sungguh-sungguh macam cium baby di khalayak ramai. Tentu dia rasa segan bila di depan kawan-kawan nanti kalau saya panggil “Anak Mommy Agharr yang bucuk-bucuk!!”hehe.

Berbanding anak perempuan, sampai dia dah ada suami, dah ada anak pun, kita tak de masalah kalau kita masih rapat dan erat macam selalu.

Sebab itu lah, saya tak kisah kalau mendukung Agharr seharian. Saya boleh tengok aje Agharr main-main walaupun waktu itu dia tak mahu diganggu. Walau dia tengah meneran buang air besar pun Mommy rasa Agharr comel sangat.haha. Tak pe lah.. Agharr main lah, Mommy tak kacau, Mommy tengok aje.


 

5 comments:

  1. yang ucuk acamm tu yg sedapppp...

    ReplyDelete
  2. Ahnaf pun dah setahun bulan julai nnt..boleh sekolah sama ya..

    ReplyDelete
  3. Hi Puan Su,kalau sblom ada ank dulu,kite laaa yg ucuk acamm tu..hihi..

    ReplyDelete
  4. Boleh,kalau Agharr & Ahnaf skolah sama, Selalu laa Agharr mengendeng dkt Ahnaf kek umi yg best2 tu nnt..hehe

    ReplyDelete
  5. comel....nak kiss..hehe..kak, saya baru update blog n ada benda saya nak tnya skit..jom bg pendapat akak kat blog sy...

    ReplyDelete