Saturday, April 30, 2011

I Do.. I Do.. I Do..do do do

Colbie Caillat: I Do

It's always been about me myself and I
If all relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody's other half
I was happy to say that our love wouldn't last
That was the only way I knew to that you

You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh, I did, I get myself into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,

Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I'm not playing games
I promise I won't turn around and I won't let you down
You can trust and never feel it now
Baby there's nothing, there's nothing we can't get through

So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Wooh Can I get myself into
You make we wanna say

Me a family, a house a family
Ooh, can we be a family?
And when I'm old and sit next to you.

And when we remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you

lyrics found on http://www.directlyrics.com/colbie-caillat-i-do-lyrics.html




Thursday, April 28, 2011

Glee.. Gwyneth.. Glee.. Hmmm..

Minggu ni saya agak bosan sikit di office. Selalunya saya sibuk kerja gila babi setiap awal bulan, Tapi, selepas 15hb setiap bulan saya selalunya jugak relax sampai tak tau nak buat apa dah. Best kan!!

Kadang-kadang bila tengah duduk sorang-sorang tu, tiba-tiba saya boleh mengelamun saya  menyanyi macam Gwyneth Paltrow dalam Glee  . pastu semua orang kat office tu pun nyanyi dan menari jugak..hahah..Bzzzzztt.. saya setakat mengelamun ok. Tapi dalam kereta masa balik rumah terkeluar jugak perangai tu. Hehe suami saya tak terkejut tiba-tiba saya menyanyi macam tu. Orang kat luar pun boleh dengar punya lah.

Hmmm..Ada satu lagi ahli keluarga yang dah mula menerima perangai saya..... Agharr!!!.. Let's sing together!!!.
  






Hehe ni laa keje saya tengah malam.. download Glee kat Youtube! Suka sangat..sangat..sangat.. Sorry! Ermm Sempena Royal Wedding Week ni pun saya ada berangan melambai-lambai tangan macam Lady D.. Perasssann!!.. Ehh!! this is the way I'm feeling goood !!!

Saturday, April 23, 2011

Hai.. Imam Muda

Menonton Rancangan Imam Muda dari Musim Pertama lagi membuatkan saya tak sabar-sabar mahu menimang anak lelaki. Walaupun sebelum ini saya selalu berangan-angan mahu punya anak perempuan, supaya saya boleh hias anak perempuan  saya cantik-cantik macam Suri Cruise.hihi.

Agharr anak Mommy sayang, tak sabar nak tunggu anak Mommy ni dewasa, jadi insan yang sentiasa berjaya dunia akhirat, Mommy harap dapat tengok Agharr punya aura seperti Imam Muda. Tentu sejuk perut Mommy mengandungkan Agharr dulu. Besar perasaan Mommy mesti sama dengan perasaan ibu-ibu peserta Imam Muda itu.

Tak pe lah Agharr. Mommy memang suka berimpian begini, Mommy tak mintak Agharr jadi Doktor ke.. Lawyer ke.. Menteri ke.. Tapi, Mommy cuma harap Aghar sentiasa menjadi insan Yang Berjaya di Dunia juga Akhirat!! Aaamiinn.

 ( Tak susah kan..permintaan Mommy..Amacam Agharr, ada Berani!!)

 



Friday, April 22, 2011

Terimalah Kasih Sayang Allah Untuk Kamu..


Anak saya sudah hampir usia 1 tahun. Tapi,  sampai sekarang saya hanya beri padanya makanan yang dikisar halus sahaja. Semuanya saya blender dan saya hancurkan dan selepas saya puas hati, baru saya sua kan ke mulut Agharr. Mata saya tak akan berkelip memerhatikan anak saya mengunyah dan menelan makanannya. Saya akan pastikan Agharr betul-betul mengunyah dan menelannya dengan sempurna. Saya tak akan menyuapnya selagi terdapat makanan dalam mulutnya. Saya fobia. Kenangan bersama arwah adik saya yang meninggal dunia semasa umurnya 3 tahun betul-betul meninggalkan kesan pada diri kami sekeluarga.

Adik saya tercekik, jeruk cermai. Ketika itu saya berusia 6 tahun. Saya tak dapat bayangkan keadaan itu, ibu saya sedang berbual-bual dan bagaimana adik saya boleh mencapai jeruk itu di dapur dan selepas itu, dia terhuyung hayang mendapatkan Mama saya sambil memeluk Mama saya dengan erat.  Dalam keadaan itu, Mama saya cuba membantu mengeluarkan dari tekaknya dan dengan keadaan panic itu menyebabkan jeruk itu terus masuk ke kerongkong adik saya. Ya Allah!!

Ayah saya  ketika itu balik kerja masih belum sampai di rumah. Mujurlah ada jiran membantu Mama dan adik saya ke Hospital. Kami adik beradik tinggal di rumah menunggu ayah balik. Sewaktu ayah saya sampai dirumah, dan turun sahaja dari kereta, jiran-jiran memberitahu hal itu kepada Ayah dan kami sama-sama bergegas ke hospital. Saya tak memandang wajah Ayah. Yang saya ingat kami semua menangis sepanjang perjalanan.

Ketika sampai di perkarangan hospital, Saat yang paling saya ingat sampai bila-bila, ialah tatkala melihat Mama menekup muka dan tersujud-sujud seorang diri di perkarangan hospital meratapi pemergian adik saya ketika itu. Masih saya ingat lagi keadaan Mama tidak berkasut diatas rumput itu. Ayah terdiam melihat Mama seolah-olah tahu apakah maksudnya semua itu. Bagaimanakah agaknya perasaan Mama ketika itu? Melihat adik terhuyung hayang, memangku adik semasa dalam perjalanan ke hospital dan memeluk adik sehingga adik menghembuskan nafas terakhirnya itu di riba Mama. Orang boleh kata macam-macam, kenapa Mama tak tonggeng kan adik dan tepuk belakangnya dan mungkin adik tak jadi begitu. Mereka boleh kata apa sahaja kerana  bukan mereka yang tanggung derita  Mama ketika itu. Saya percaya, tak mungkin Mama dapat memadamkan memori itu sepanjang hayatnya.

Orang kata, kehilangan adik itu adalah kemanisan yang akan  membawa  Mama dan Ayah ke Syurga bila sampai masanya kelak. Tapi kehilangan dan kesedihan Mama dan Ayah akan tetap juga kami rasakan hingga akhir nanti. Bagi diri saya sendiri, untuk mengejar Syurga yang abadi itu, demi Allah, saya tak mahu dan tak mampu untuk mengharungi keadaan seperti itu. Benar, Itu hak Allah, tetapi janganlah orang-orang yang saya sayang di ambil dulu dari saya lagi. Saya hanya mohon agar Allah terus pinjamkan untuk saya segalanya, sehinggalah saya menutup mata satu hari nanti.  

Buat Mama dan Ayah yang sentiasa Tabah, Kamulah permulaan hidup kami di dunia ini. Segala jasa dan pengorbanan tak akan cukup untuk kami balas hingga akhir hayat.

Untuk Adikku Fazrul Anuar, Kasih sayang Mama, Ayah dan kami adik beradik, tak dapat menandingi Kasih Sayang Allah pada Kamu. Bersemadi lah kamu dengan tenang dan Bahagia di Samping Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alfatihah..


 
  

Tuesday, April 19, 2011

MU & Liverpool.. Ada Aku kisah!!

Sorry , Mommy tak tau , benda ni boleh buat Abah muncung dan berkerut dahi sepanjang hari bile dapat tau Mommy belikan Agharr jersey Liverpool. Mommy tak tau pasal bola, lagipun jersey tu harga RM 10 je. Sebab tu Mommy beli. Takkan lah nak beli Jersey MU kesukaan Abah lagi. Tak paham lah Mommy...Heishhh..

Anak Mommy Agharr Ucuk Acam..

Diam tak diam anak saya Agharr dah nak masuk 1 tahun dah usianya bulan May nanti. Rasa tak sedar bila masa berlalu.

Kalau dulu, bila saya pangku Agharr, ngam-ngam aje dia di atas riba saya. Sekarang dah terjulur-julur kaki dia melebihi pelukan saya. Tapi kegemaran wajib Agharr masih sama. Setiap hari mesti nak tidur di pangkuan Mommy, memang tak boleh miss. Peluk sekejap aje, bagai di dodoi Agharr tertidur. Dalam masa dua jam, cukup lah Agharr bermanja dengan Mommy, lepas tu dia boleh main-main sendiri.

Agharr suka panggil saya Momma. Walau berkali-kali saya betulkan sebutan Mommy, dia akan berulang-ulang sebut Momma jugak. Tapi untuk sebutan Abah, Agharr tak ada masalah. Kacang je sebutan `Abah’ tu agaknye. Tak kisah laa Agharr, Mommy ke, Momma ke, orangnya tetap Mommy kamu yang satu ini lah orangnya.

Masa sekarang ni lah saya boleh manjakan Agharr. Anak saya lelaki. Paling lama saya boleh peluk-peluk, cium-cium sampai usianya 10 tahun. Lepas tu bila dah meningkat remaja, tentu tak manis kalau saya peluk cium anak lelaki saya sungguh-sungguh macam cium baby di khalayak ramai. Tentu dia rasa segan bila di depan kawan-kawan nanti kalau saya panggil “Anak Mommy Agharr yang bucuk-bucuk!!”hehe.

Berbanding anak perempuan, sampai dia dah ada suami, dah ada anak pun, kita tak de masalah kalau kita masih rapat dan erat macam selalu.

Sebab itu lah, saya tak kisah kalau mendukung Agharr seharian. Saya boleh tengok aje Agharr main-main walaupun waktu itu dia tak mahu diganggu. Walau dia tengah meneran buang air besar pun Mommy rasa Agharr comel sangat.haha. Tak pe lah.. Agharr main lah, Mommy tak kacau, Mommy tengok aje.


 

Saturday, April 16, 2011

What A Girl - Mea Medina


Ini Mea Medina. Anak kawan saya. (unik kann nama dia) Tapi sayang, saya sendiri belum pernah bertemu Baby Mea Medina ni. Sejak kawan saya dalam pantang haritu, saya memandai –mandai berjanji nak menjenguk. Bila semua hal saya bertangguh, sampailah minggu lepas kawan saya ni email, bagitau dah masuk kerja, dah abis pantang, rupanya.

 Ya Allah, kenapa laa saya macam ni. Sejak dia kawin sampai laa dah dapat anak, perangai saya macam ni laah. Janji-janji je (Dosa..dosa). Nasib baik sahabat saya ni orang yang baik-baik, so saya tau, dia tak marah punye..(kot..hehe)

Macamanalah saya boleh berlengah-lengah nak menjenguk baby secomel kamu. Mea Medina, dengar aunty nak cakap (Mama Medina tolong baca kan!) Aunty nak mintak maaf sebab kecil-kecil lagi kamu dah dimungkiri janji. Insyaallah satu hari nanti, aunty mesti jenguk kamu biar aunty dapat cium-cium, cubit-cubit pipi putih gebu kamu tu.

Pada kawan saya Fara Dila, Welcome to Mom's World.

Mea Medina, Selamat datang ke dunia ni, jangan bimbang, kamu akan selalu dilindungi dengan kesejahteraan dan Kasih sayang semua.


Amacam Fara, ko suke tak..hihi Jangan Marah.

Thursday, April 14, 2011

Mudah tapi susah..

Semenjak saya bercerita tentang pengalaman mendapatkan zuriat (Miracle Baby Story) tempoh hari, saya menerima maklum balas dari pembaca dan pengunjung dan ada yang sudi menjadi Follower blog saya ni. Terima Kasih yang Tak Terhingga kepada anda semua dan komen yang di berikan..

Apabila saya berkunjung semula ke blog rakan-rakan yang sedang berjuang menjadi ibu, saya juga merasai keperitan itu, memandangkan saya juga pernah mengalaminya.

Tak mudah untuk saya menyarankan supaya bersabar, kerana saya dulu sentiasa gagal untuk bersabar. Sabarlah (Cakap senang!)

Kita seperti berperang. Berperang dengan orang sekeliling yang negatif amat menyakitkan hati. Paling kuat, kita akan menjawab segala pertanyaan mereka dan berlalu pergi.

Tapi sebenarnya, apa yang tinggal dalam diri kita itulah yang lebih menyakitkan. Kita berperang dengan diri kita sendiri. Orang kata, jangan fikirkan sangat, nanti kami boleh hamil. Padahal, bolehkah kita berhenti fikirkan perkara yang benar-benar kita inginkan?. Susah kan??


Buat lah apa sahaja yang buat anda gembira. Buat lah apa sahaja yang boleh membuatkan kita mencintai diri kita semula. Beri kan masa untuk diri kita berasa tenang dan tenteram. Memaksa diri, membuatkan kita menjadi lebih tertekan dan segala-galanya akan menjadi sia-sia. Jika anda dalam proses ini, jalani lah ia dengan bersemangat dan penuh Yakin. Saya sentiasa mendoakan kejayaan dan kamu semua.

Semoga segala-galanya menjadi mudah buat kita semua. Aamiin.

Wednesday, April 6, 2011

Menangislah Sepuas Hati Kamu

Petang tadi, saya menerima SMS dari kenalan yang tertera 'Salam, Kak Ngah, kite ada berita sedih, kite keguguran'. Kandungannya baru berusia 5 minggu.

Sesiapa saja boleh berkata "Alah, baru 5 minggu, baru sangat, kecil sangat." Tapi, biar berapa pun usia kandungan tersebut, bagi saya keguguran itu adalah satu kehilangan. Bohong lah kalau tidak merasa sedih. Terutamanya jika kandungan itu adalah pertama kali yang dinanti dalam hidupnya. Sebagai wanita, ketika di sahkan hamil, tentunya kita sudah terdetik perasaan seorang ibu.

Saya tak katakan bahawa saya memahami perasaannya. Bagi saya, bila disentuh soal perasaan, hanya dia dan Allah sahaja yang tahu seperti apakah perasaan itu. Tapi, disaat saya mendengarnya, saya juga sedih.

Kepada kenalan saya itu, yang boleh saya katakan, kalau kamu bersedih, menangislah sepuas-puasnya dan mengadulah segala yang kamu rasa pada Allah Sekalian Alam yang Maha Mendengar kerana, hanya Dia Maha Tahu perasaan yang kamu tanggung itu. Tetapi, bila kamu sudah puas, tabahkanlah dan kuatkan diri kamu dengan penuh semangat.

Hai hai..Bye bye

Salam,

Satu petang tu, sedang saya membelek blog saya, tiba-tiba ada ahli keluarga bertanya. "Kenapa kau nak ada blog?, Kau nak cerita apa?, Kau nak carik glamor ke?" Sinis sekali bunyinya. Sedangkan dari hari pertama saya bagitau blog saya, dia tak pernah melihat apatah lagi membaca.

Emm.. Kalau saya glamor, kenapa? tak happy kalau keluarga sendiri orang popular?hehehe. Kalau saya nak glamor, saya tak memilih duduk diam dan menjadi Invisible Mommy macam ni Ok!

Bukan dituju pada keluarga saya, malah pada sesiapa pun, kalau kamu tak mahu membaca, saya tak kisah. Lupakan dan tinggalkan dan berlalu pergi. Kamu Betul! Tak ada apa yang penting dan tak ada apa-apa yang rugi kalau tak membaca blog saya. Rugi masa kamu, mungkin.

Sebelum ini, bila saya membaca blog seseorang, saya rasakan ini adalah satu dunia yang ajaib. Kita boleh meluahkan perasaan, pendapat dan dapat mengeluarkan segala kekusutan fikiran. Tak perlu berfikir, sama ada orang akan tertidur semasa saya bercerita, tak terfikir orang lain akan mencebik bila mendengar cerita saya. Tak terasa dengan rakan-rakan yang mengata di belakang kita tanpa sedar.

Rupanya, saya tak dapat lari dari manusia seperti itu. Saya harus sedar, selagi dinamakan manusia, sesiapa pun boleh menjadi sinis dan negatif.

Saya tak mahu orang lain terpaksa membaca sampai mengabaikan kerja pejabat, abaikan anak-anak. Blog ini adalah hal saya. Saya andaikan seperti rumah. Bila kita di jemput, silakan lah, datanglah. Tapi, kalau tak mahu datang, tak perlu timbul bermacam-macam soalan pada tuan rumah. "Kenapa aku kena datang? Menarik sangat ke? Penting sangat ke? Sudah..Cukuplah! Tutup mulut dan Diam!

Bye!