Sunday, March 20, 2011

Pengajaran Pertama ( No Pain, No Gain)

Sejak dua tiga hari ni, anak saya, Agharr dah mula belajar berdiri dan berjalan-jalan dengan berpaut di baby play pan dan sofa. Petang tadi saya tinggalkan anak saya tidur di katil dengan Abahnya.

Lepas beberapa ketika, saya terdengar, Agharr menangis. Mulanya saya biarkan aje, sebab suami saya ada. Tapi kali ni bersungguh benar dia menangis. Saya terus jenguk ke bilik. Rupanya, diam-diam anak saya bangun dan cuba berpaut di kepala katil, dan..seterusnya...secepat kilat.. sepantas cahaya..Baammmm!. Kepala dia dah terhantuk kat kepala katil tu. Merah sikit laa dahi tu.

Sampai sekarang, Suami saya rasa bersalah bila melihat dahi merah anaknya tu.
Tapi, nak buat macamana. Anak lelaki, memang macam tu.

Sikit aje tu ye baby. Hero mesti kuat. Tapi, lepas tu.. memanjat balik kat play pan dia. Memang anak bertuah.( Sape lagi nak puji anak Mommy ).

5 comments:

  1. xpe.. masih dalam advanture mmg mcm akn jadi.. sama dgn ank lya dulu.. tp itulah pelajaran terbaik utk ank.iq bkembang. cuma kt awasi ank kita tkut ada y merbahaya:-)

    ReplyDelete
  2. dulu sy pun byk juga jatuh2 ni. mak sy la yg ckp. smpi skrg kepala sy otak geliga je. hehehe....

    ReplyDelete
  3. Maklum laa.. 1st time jatuh hehe..Harap2 gitu laa Nurun,otak geliga & IQ tnggi..Aaminn.

    ReplyDelete
  4. tak pe..semua budak akan ada proses tu..sekurang-kurangnya kita tau..ada perkembangan dalam hidup si manja..tahniah agharr

    ReplyDelete
  5. Tq everyone for your support.Go baby go..hihi

    ReplyDelete