Wednesday, March 30, 2011

My Miracle Baby Story. (Miracle from Heaven)

Assalamualaikum,

Entah beberapa kali saya berfikir sama ada saya patut menceritakan hal ini pada umum. Saya bimbang jika hal ni akan memalukan diri saya sendiri. Saya harap serba sedikit kisah saya, boleh memberi semangat kepada sesiapa yang masih mengalami masalah yang sama seperti saya dulu.

Kenapa Miracle Baby? hebat ke anak saya? Boleh terbang kah? Terselamat dari Tsunami kah? Bukan, tapi semestinya sebagai seorang ibu saya menganggap saya anak saya yang hebat.

Sepanjang kami berkahwin, kami mengambil masa lebih 3 tahun untuk hamil. Mengandung adalah satu benda yang mudah bagi kebanyakan orang. Tapi, pada sesetengah orang, ia bukanlah satu proses yang mudah. Nak pulak kalau semua yang kita usahakan menemui jalan buntu.

Macam-macam dah buat. Pegi pakar puan sudah (IUI & IVF dinasihatkn untuk pasangan yang mencuba selepas 5 tahun), berurut sudah, makan pil kesuburan sudah, herba sudah, Produk makanan kehamilan yang terkenal sudah, yang telan, yang kunyah, yang kemam, yang minum, teknik itu, ini..blaa..blaa.. IVF aje yang tak try. Kalau lain-lain sebut lah. Semuanya dah naik tepu badan ni. Sampai otak dah penat nak fikir ape benda lagi tak buat ek??.

Yang best tu, kalau orang dok menyibuk tanya, saya jawab " Eishh, saya memang tak suka budak. Leceh!". Dalam hati "Hambik kau!! sape suruh menyibuk." Tapi Allah Maha tahu hati saya.

Satu hari, masa bulan Ramadhan 2009 (selepas dua minggu puasa). Saya cuba muhasabah diri saya. Saya tetapkan dalam diri saya, kerana segala usaha yang kami lakukan selama ini belum berhasil, dan kami pun dah tak tau nak buat apa lagi. Jadi segala-galanya saya serahkan sahaja pada Allah. Saya serahkan bulat-bulat, diri dan jiwa saya hanya untuk Allah. Saya tak mahu lagi memohon di kurniakan anak. Ketika itu , saya hanya mohon agar Allah terima diri, saya dan segala amalan saya di dunia akhirat..full stop. Tak de lagi doa panjang-panjang, nak mintak subur ke, hamil ke, jadi ibu ke..tak de dah semua. Saya fikir, ada yang kurang diri saya sebagai Hamba Allah dan saya mohon agar saya di terima dan di redhai.

Kenapa fikir begitu? SebabSelalunya saya frust sungguh bila datang period. Bila period aje, saya mesti berfikir yang bukan-bukan dan jahat-jahat. Saya selalu cakap "kenapa ni?, kan dah buat solat hajat, kan aku dah bagi sedekah hari tu, kan aku dah makan ubat bulan ni, kan aku dah pegi berurut, blaa..blaa." Saya terlalu berharap dengan usaha-usaha dan doa. Kali ini, saya hanya berdoa menyerahkan segala-gala hal yang saya tidak tahu kepada yang Maha Mengetahui. Bila saya terlalu berusaha, saya jadi lebih kecewa dan seterusnya saya berhenti berharap.

Semasa bulan Ramadhan tu, saya berhenti kerja, dan berniat untuk cari kerja lepas Hari Raya nanti. Saya bercadang untuk khatam Al-Quran pada bulan itu. Tapi, mampu kah saya? Ketika tu Ramadhan sudah masuk minggu ke-3. Saya rujuk di internet, kaedah untuk khatam Al-Quran dalam 10 hari. Saya rasa, saya mampu.

Saya teruskan bacaan kitab suci Al-Quran dari Subuh ke Zuhur, dari Zuhur membawa ke Asar. Dan seterusnya. Dan berkali-kali juga saya niat dan berdoa bahawa segala yang saya lakukan adalah hanya untuk diri saya dan Allah. Saya pelajari satu perkara, iaitu Ikhlas. Saya tidak penat langsung semasa sesi bacaan Al-Quran itu, walaupun seharian saya membacanya. Ada ketika, saya tak mahu berhenti dan meneruskan bacaan sehingga menjelang Subuh. Dalam masa sama juga tugas sebagai isteri tidak saya abaikan. Ada kalanya, bila saya berhenti membaca pada pukul 3 pagi, saya sempat memasak makanan baru untuk kami bersahur. MasyaAllah.. saya tak penat langsung. Sepanjang waktu tu, saya langsung tak menonton TV. Leka dengan Al-Quran sepanjang hari.

Keadaan berlarutan sehinggalah pada bulan 12, Saya mula bekerja di pejabat baru. Sebelum bulan puasa tu, saya ada order herba kesuburan dari satu laman web. Caranya, saya perlu mula makan herba tu selepas 3 hari period dan seterusnya. Saya rasa dah lama sangat saya tak datang bulan. Tapi saya tak ingat dah berapa lama. Masa tu, saya langsung tak terfikir apa-apa. Sebab saya dah berhenti berharap. Saya dah ada perancangan lain untuk kehidupan rumahtangga kami. Ubat tu saya tak sentuh langsung.

Malam tu, saya ajak suami ke klinik. "Doktor, saya rasa, macam dah lama tak period, tapi tak ingat tarikh last period tu, saya risau lah, last period awal puasa aritu kot!". Masa tu doktor nasihatkan saya buat urine test. Saya cakap " Alaa.. saya dah buang air kat rumah. lagipun saya bukan pregnant, cuma nak check kalau ada ubat keluarkan period ke."(mulut aku tak cover, nasib baik doktor baik). Doktor kata, "Kalau macam tu, saya scan lah perut tu. kalau ada apa-apa ke." Saya pandang suami, saya, dia senyum aje. (Tapi Demi Allah, masa ni kitaorang tak terfikir apa-apa pun)

Masa scan tu, doktor suruh saya tengok screen tu, tapi sumpah kitaorang tak nampak apa-apa. Sehinggalah doktor besarkan imej tu, nampak lah ada baby yang bergerak-gerak kat screen tu. Kenapa saya tak panggil janin, sebab Masyaallah, memang nampak dengan jelas kepala, lengan dan kaki baby tu. Ikut anggaran ketika tu baby saya dah pun berusia 3 bulan.

Masyaallah. 3 bulan. Macamana saya tak sedar langsung. Selama waktu tu, dah laa saya suka hati makan itu ini. Hari-hari makan nenas, minum coke, makan twisties lepas balik kerja, berjogging. Sebab sebelum ni, dah 3 tahun berpantang makan semua ni, sebab nak pregnant punya pasal. Masa tu saya doa agar Anak yang saya kandung ni sihat dan sempurna.

Saya bersyukur sangat-sangat. Saya teruskan juga rutin mengaji seperti biasa. Saya tak memilih surah sepanjang saya hamil. Semuanya saya baca, kerana saya percaya, setiap ayat dan surah Allah turunkan itu ada mukjizat yang tersembunyi. Alhamdulillah pada 28 May 2010. Saya berjaya menjadi ibu. Kepada sesiapa yang masih berusaha menjadi ibu. Percaya lah. Jika kita dah puas mencuba berusaha, tapi tak berjaya, Serahkan lah semuanya bulat-bulat semula pada Allah yang Maha Pencipta. Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Satu lagi, Baca lah dan hayati Surah Maryam beserta maksudnya. Maryam Al-Masih, hamil tanpa berbuat apa-apa. Isteri Nabi Zakaria hamil sedangkan isterinya mandul dan sudah tua. Jangan fikir, alah itu Maryam, Itu Nabi, manusia macam kita ni, tak kan lah boleh jadi macam tu..blaa..blaa.. Ingat!  Segalanya Mudah Bagi Allah.

Surah Maryam Ayat 8-10
(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".
[8]
Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?"
[9]
Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya - janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; "Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun."
[10]


Surah Maryam Ayat 21-22
Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"
[21]
Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.
[22]


Nampak tak?? Surah Maryam ni beri saya semangat dan kekuatan. Saya harap anda juga beroleh manafaat dari kisah ni.


Sekian Terima Kasih!

 

36 comments:

  1. Salam dear..touching bc ur entry nie..sharing is caring..situasi sy pon sm mcm awak..tp sy 2 thn menunggu dan syukur dpt Nureen Najwa...

    aperpon berserah pd Allah Taala adalah yg terbaik kan..:D

    ReplyDelete
  2. Salam Giena, thanks sudi jenguk sini ek. Ye laa..dah lama nak share, tp x tau nak start mcamana. Mana tau cara saya berhasil gak pada org lain. Betul2 Allah Taala adalah yg terbaik.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Terima Kasih.
    Buat saya memikirkan kembali...apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku...
    Sekali lagi...terima kasih...

    ReplyDelete
  4. ya Allah..tersentuh dengan entry ni sampai tersedu-sedu nangis...

    tetiba rasa sedih sangat...

    tw mamaangarr

    ReplyDelete
  5. *sobs*

    Entry ini memberi kesedaran kepada saya... Terima kasih :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih....ingatan untuk su yang kadang2 alpa bahawa ujian ALLAH itu kerana sayangkan hambanya...

    ReplyDelete
  7. x pe Yummy mummy, skrg kite nangis puas2. Bile kite dah puas lpaskan rsa sdih tu. Kita kumpul kekuatan, truskan usaha, x payah sdih2 lg dah..Selalunya bile kita mula belajar terima diri dan prcaya diri sndiri,smua yg kita usahakn akn bjln dgn lancar.Thanks follow blog saya.

    ReplyDelete
  8. salam....subhanallah.kagum dengan kisah ni.terima kasih banyak2,rasa insaf sangat bila baca entry ni.saya pun sejak balik dr umrah,saya cuba utk dekatkan diri dengan Allah.mungkin Allah nak sedarkan saya,sebab tu dia uji saya & saya bersyukur sgt sebab diuji macam ni,sekurang-kurangnya,saya sedar akan saya hanyalah insan lemah....

    namun,Allah Maha Besar,Maha Penyayang,dia tidak lokek dengan rezeki,dia kurniakan rezeki lain utk kami.Alhamdulillah....ramai org ckp kat kami,Allah nak bg rezeki lain dulu,lps tu baru la nak bg rezeki anak.harap2nya begitu lah....:)

    ReplyDelete
  9. Hi Ms Papaya..hihi..bleh ke kite pnggil mcm tu.. Terima kasih sbb sudi jenguk blog saya ni ye. Saya sekadar bkongsi pengalaman. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih Puan Su, Allah sntiasa sygkan Hamba-Nya, tp slalunya kita slalu trlupa smua tu. Salam kenal ye Puan Su.

    ReplyDelete
  11. Hi As yang comei lote, hehe. Terima kasih sudi jnguk blog saya dari jauh. Beruntung As dpt pegi umrah. Dpt brdoa d Tanah Suci, Smoga sgala impian As sgera jd knyataan. Amin. Btul As, rezeki Allah tu sntiasa ada, tp dgn cara yg berbeza-beza. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. i luv u sis..i want to cry now..

    ReplyDelete
  13. baca entry nih sampai mengalir air mata..besar kan kuasa Allah? Thanks sbb secara tak langsung bg sy kesedaran. Thanks :)

    ReplyDelete
  14. Salam Ily, trima kasih sbb sudi jenguk & follow blog sy ni.

    Allah maha bkuasa pd segala2 nya. Apa pun yg blaku pd kite smua ni adalah atas kasih syg dan kuasa-Nya juga.

    Apa juga impian Ily, Insyaallah sgala2nya akn jd knyataan. Aamiin.

    ReplyDelete
  15. tq mommy...share ni...serius entry ni memberi semangat kpd saya

    itu lah...bila dah tuhan cakap, kun fa ya kun...maka berlakulah ia...lagi pun hanya DIA yg tahu waktu bila paling sesuai.kita faham tu.cuma bila org dok tanya, kita jadi stress...alhamdulilah permata yg dinanti dah kunjung tiba.

    ReplyDelete
  16. tengs mommyAgharr...

    rasa tersentuh bace entry mommy ni..

    Alhamdulillah. semoga Mommy dan suami berbahagia bersama permata yg diberi..ameen~~

    ReplyDelete
  17. dear..kisah kita lebih kurang sama...bezanya..ku cume menuggu setahun..tp baby kita lahir hampir sama waktu..1 june 2010..mmg Ramadhan itu memberi keberkatan...alhamdulillah

    ReplyDelete
  18. rasa nak nangis baca entri ni. situasi kita sama macam before pregnant, kecewa ya amat bila tau period, sekarang da sedar, saya hanya berpaling pada Maha Esa masa nak mintak sesuatu, huhu

    ReplyDelete
  19. selepas saya baca blog EKA, saya terus ke sini, thx bagi saya kata-kata nasihat yg berguna buat hidup saya....

    ReplyDelete
  20. Ye laa Eka, bila kita ngan hubby tgh ok,org lain plak yg sbuk2..mnambah stress kite aje.

    TQ Eka, sbb sudi jenguk blog sy nie.

    ReplyDelete
  21. TQ LeeyanaRadhi sbb sudi jnguk & baca blog sy ni.

    Sy hanya berkongsi rsa, mana tau bleh bg semangat pd org lain.. Insyaallah

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  22. TQ Faiez, Alhamdulillah, tp wlaupun amik msa setahun pun msti rsa tnanti2 gak kan..

    Ye Ramadhan yg berkat..Macam nama anak pnyanyi Rossa tu `Rezeki Langit Ramadhan' sesssuaii & mcm kena sgt dgn situasi mcm ni ..hihi

    ReplyDelete
  23. Ye Roseallay, mcm sy ni, selalu klau nak mntak sesuatu ngan Allah, mcm2 sy buat.. kang x dpt sy ungkit2 & sakit hati sndiri. Bila dah dpt sy buat ala kadar aje.. Astaghfirullah...

    ReplyDelete
  24. TQ Emma sudi singgah blog sy ni,

    xde laa nasihat sgt, tp skadar cerita peribadi dari sy, mgkin brmanafaat utk yg lain juga..

    TQ jugak kat Eka, sbb dari blog Eka lah yg lain2 kenal blog sy yg biasa ni. Terima kasih ye..heheh

    ReplyDelete
  25. tenkiu post entry ni..makin kuat semangat saya.:)

    ReplyDelete
  26. Hi Julia, time kasih sbb sudi baca blog ni. Sy pcaya org pompuan mcm kita ni mmg kuat semangat. Insyaallah.

    ReplyDelete
  27. Hi Eka, komen yg saya reply kat Eka kat sini dah hilang laa..sbb aritu kot. Sorry, sy hargai sgt2 komen dari Eka. Time kasih letak link blog ni kat entry blog Eka yg popular tu..hihi

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum..sy ni dh nk masuk 6 thn dh TTC ni..bila baca coretan mommy ni, meluncur je air mata dgn lajunya..mujur cik hubby x nmpk..hehe.. sy bersyukur sgt Allah gerakkan hati ofismate sy utk suggest bbrp blog berkenaan TTC ni & thru blog yg direkemen tu sy terjumpa blog mummy..alhamdulillah sy dh dpt kekuatan tambahan dlm mengharungi ujian yg Allah berikan..bukan calang2 org Allah berikan ujian kalu Dia rasa kita x mampu..doakan ramadhan tahun ni sy dpt kekuatan utk tingkatkan amalan yg ikhlas utkNya..amin..TERIMA KASIH YG TAK TERHINGGA sy ucapkan!

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum....Perkhabaran gembira yang mengugurkan perasaan keegoan saya. Perkongsian yang banyak memberi iktibar buat saya semoga puan sekeluarga terus dirahmati Allah. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  30. Salam big eye. Trima ksih pd big eye & kwn2 jugak sbb sudi baca & rekemen blog sy ni.

    Sy skadar bkongsi cerita & skiranya pngalaman ini bleh memberi sdikit kekuatan pd big eye & sahabat yg lain..alhamdulillah.Btul tu big eye, Allah mnguji kita, & sbenarnya kita istimewa, kerana di pilih Allah utk melalui ujian yg x smua org bleh hadapinya. Ingat tu, big eye pilihan Allah..jgnlah bsedih..

    Smoga bln Ramadhan yg pnuh berkat ini, big eye sntiasa dbawah lindungan & rahmat dari-Nya.

    ReplyDelete
  31. Salam Amy, saya pun gembira bila Amy gembira..Terima kasih sudi jnguk & baca blog sy ni.Saya hanya berkongsi, & kiranya ada iktibar dsebalik kisah sy ni..Syukur Alhamdulillah..

    Bg saya segala2 nya mudah bg Allah..

    ReplyDelete
  32. =( bergenang gak air mata ni...bila bc.. suddenly rasa positive dan yakin bhw IKHLAS itu adalah slh 1 kunci penerimaan Allah pada doa2 dan ibadat kita...

    ReplyDelete
  33. Salam. Saya nangis bila baca entry. Betul2 sama dgnnsituasi saya. Ttc selama 3thn 4bln. Skrg belum dikurniakan zuriat lg.

    "...selalunya saya frust sungguh bila datang period. Bila period aje, saya mesti berfikir yang bukan-bukan dan jahat-jahat. Saya selalu cakap "kenapa ni?, kan dah buat solat hajat, kan aku dah bagi sedekah hari tu, kan aku dah makan ubat bulan ni, kan aku dah pegi berurut, blaa..blaa." Saya terlalu berharap dengan usaha-usaha dan doa..."

    Sy slalu mcm tu. Sy blum dpt ikhlas kan hati sy ni. Sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih memang lah sedih Bss..ikhlas tu payah..sy pun x psti sama ada betulkah sy betul2 ikhlas msa tu..tapi bila di fikirkan.. mkin kita sedih..Allah makin Sayang kita kann..itu lah kemanisannya bila kita selalu dapat mengadu pada Allah yg Maha Penyayang.. InsyaAllah segalanya di permudahkan Allah untuk Bss..

      Delete
  34. Salam ... first time ke sini kerana sibuk mengugel pasal pengalaman orang2 yang susah mengandung macam saya .. ^_^

    Sangat2 appreciate dgn entri awak ni sbb saya pun sekarang ada merasa apa yg awak pernah rasa .. putus asa, kecewa dan macam2 rasa yg negatif laa ..

    Tapi, sy cuba muhasabah diri balik. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui. Walau 5 tahun berkahwin masih belum dikurniakan zuriat, saya takkan berhenti berdoa padaNYA ..

    Tolong doakan saya jugak ye .. doakan sy supaya sentiada 'Kuat' fizikal dan rohani dlm menghadapi dugaan yg satu ini .. Terima kasih .. ^_^

    ReplyDelete
  35. Ya Allah.. menitis airmata bca entry akk.. ye kk.. sy pm hadapi situasi mcm akk.. 3 tahun kwin x pernah lekat.. sampai fikir y bukan2.. dan berputus asa.. akhirnya, setelah 3 tahun 4 bulan, sy disahkan hamil 2 bulan.. masa tu, TUhan sj tau prsaan sy.. sungguh Tuham maha besar.. pengasih lg maha penyayang..

    ReplyDelete