Wednesday, March 16, 2011

KeBodohan Pertama Selepas Bergelar Mommy..

Selepas melahirkan Baby Agharr, saya tersangat-sangatlah nak menyusukan Baby saya sehingga dia berumur dua tahun. Tapi, oleh kerana susu saya lambat keluar, nurse nasihatkan saya untuk memberi susu formula dahulu sementara saya tetap teruskan usaha untuk breastfeed Agharr ni. Oleh sebab Agharr selalu meronta-ronta bila saya sua kan 'susu saya'. Kesian dan tak ada pilihan, saya bersetuju untuk memberi Agharr susu formula.

Dengan naluri keibuan yang perihatin, saya memilih Susu Soya (Rumusan Bayi) untuk Agharr. Sebab saya fikir saya tak mahu anak minum susu lembu. Soya kan bagus (Tengok lah..saya boleh jealous dengan lembu)

Anak saya punyalah suka, susu sentiasa habis, laju aje dia minum. Pandai sungguh Agharr hisap puting botol masa tu. Jadi, baby saya yang berusia beberapa hari tu pun, rajin lah membuang air besar. Amboi! lawas sungguh anak Mommy. Pantang bukak diapers ke dia kentut ke, mesti diiringi poo..poo dia tu sekali. Tapi anak saya tak menangis pun, tidurrr aje, baby lah kata kan.

Mama saya risau pulak, sebab kerap sangat cucu dia ni buang air besar. Saya cakap tak payah risau, sebab baby memang kerap `membuang'. Suami saya risau jugak, tapi dia kena ikut cakap isteri yang tengah berpantang ni, Setuju aja lah ok!. Oleh sebab saya berpantang di rumah yang semua orang risau-risau belaka, saya pun terpaksa ikut risau jugak. Saya risau Agharr ada masalah perut ke ..air tak masak betul-betul ke.

Sampai di Klinik kat Hospital.

Doktor : Kenapa baby ye?
Saya    : Baby saya ok je , tapi my mum risau, baby ni selalu buang air besar.

Doktor : Ye ke! baby memang macam tu, lebih-lebih lagi kalau baby menyusu badan.
Saya     : Oh..nasib baik, lagipun saya tak bagi susu badan pun, sebab saya bagi Baby formula Soya tu.(Masa ni rasa macam pandai aje)

Masa tu doktor pandang muka saya, dahi macam berkerut sikit.

Doktor : Kenapa awak bagi Susu Soya? Siapa suruh? Baby allergic susu lembu ke?
Saya    : Tak lah, susu saya tak banyak lagi, so.. saya tak mau lah bagi baby saya susu lembu. Saya tak nak anak saya dapat sumber susu dari Mamalia lain selain saya (Sekarang dah nampak tak bodoh saya?)

Doktor : Siapa cakap macam tu?
Saya    : Ummm..errr..aa.. (cakap dalam hati..saya rasa laa.)

Doktor : Apa-apa hal, kalau tak de susu badan, mula-mula mesti formula susu lembu dulu, kalau baby allergic, baru pakai susu lain selepas di nasihatkan. Kesian je Baby awak. Lahir-lahir je dah jadi Vegetarian.

Sorry baby!! Tengok lah, nak bagi Agharr minum susu pun Mommy jadi bodoh macam tu.

Baby Agharr, That's what Mommy did, and it was A MISTAKE.

Lepas tu, sampai sekarang anak saya Setia dengan Susu Dulac (iklan Dumex sekejap). Baru lah Mama saya rasa cucu dia normal macam baby-baby lain.
 
Iklan Percuma:


Susu baby saya ni kalau beli yang tin kecik cuma RM10 je. My baby ok je. Yang mahal tak semestinya yang terbaik. Ape pun, Susu Ibu Adalah Yang TERBAIK.

5 comments:

  1. salam kenal...singgah kembali & follow

    first time memang akan terjadi perkara macam tue...susu ibu jugak yg terbaik...anak kayrul dah nak masuk 3 tahun pun still susu mamanyer jugak...hehehehe

    ReplyDelete
  2. hi.thanks follow saya. untung laa dpt bg anak susu mama dia.. happy laa tu..hahaha

    ReplyDelete
  3. salam..sy pn bagi baby sy susu dulac ni..tp 2 3 arini,die poopoo hnya 1x sehari je..umur die br 1bln..ok ke x tu ye???

    ReplyDelete
  4. Salam Fiza, stiap baby x sama tau. Ada stengah baby yg sesuai mnum apa2 jnama susu & bgitu gak sbaliknya.Kalo susu badan fiza byk..lbih elok continue je susu bdn drpd susu formula ni. Tp lbih baik fiza g jmpa Dr kanak2 utk pngesahan lanjut. Lgpun baby fiza baru umur sbulan kan..perut baby msa ni agk sensitif. jgn lupe tnya je byk2 soalan kat Dr nnt. samaada poopoo baby keras ke..lembut ke..susu apa yg sesuai..apa yg boleh & x boleh..jgn agak2 je tau..lgpun ni kan baby kesayangan kite..btul tak..hihi..salam kenal Cahayafiza...

    ReplyDelete
  5. Hehe.. kelakar baca entry MommyAgharr ni. Baby sy mula2 dulu minum Dulac juga. Sekali tu dah dkt sebulan lebih minum, dkt seminggu tak poo poo. Terus tukar susu..hehe..

    ReplyDelete