Wednesday, March 30, 2011

My Miracle Baby Story. (Miracle from Heaven)

Assalamualaikum,

Entah beberapa kali saya berfikir sama ada saya patut menceritakan hal ini pada umum. Saya bimbang jika hal ni akan memalukan diri saya sendiri. Saya harap serba sedikit kisah saya, boleh memberi semangat kepada sesiapa yang masih mengalami masalah yang sama seperti saya dulu.

Kenapa Miracle Baby? hebat ke anak saya? Boleh terbang kah? Terselamat dari Tsunami kah? Bukan, tapi semestinya sebagai seorang ibu saya menganggap saya anak saya yang hebat.

Sepanjang kami berkahwin, kami mengambil masa lebih 3 tahun untuk hamil. Mengandung adalah satu benda yang mudah bagi kebanyakan orang. Tapi, pada sesetengah orang, ia bukanlah satu proses yang mudah. Nak pulak kalau semua yang kita usahakan menemui jalan buntu.

Macam-macam dah buat. Pegi pakar puan sudah (IUI & IVF dinasihatkn untuk pasangan yang mencuba selepas 5 tahun), berurut sudah, makan pil kesuburan sudah, herba sudah, Produk makanan kehamilan yang terkenal sudah, yang telan, yang kunyah, yang kemam, yang minum, teknik itu, ini..blaa..blaa.. IVF aje yang tak try. Kalau lain-lain sebut lah. Semuanya dah naik tepu badan ni. Sampai otak dah penat nak fikir ape benda lagi tak buat ek??.

Yang best tu, kalau orang dok menyibuk tanya, saya jawab " Eishh, saya memang tak suka budak. Leceh!". Dalam hati "Hambik kau!! sape suruh menyibuk." Tapi Allah Maha tahu hati saya.

Satu hari, masa bulan Ramadhan 2009 (selepas dua minggu puasa). Saya cuba muhasabah diri saya. Saya tetapkan dalam diri saya, kerana segala usaha yang kami lakukan selama ini belum berhasil, dan kami pun dah tak tau nak buat apa lagi. Jadi segala-galanya saya serahkan sahaja pada Allah. Saya serahkan bulat-bulat, diri dan jiwa saya hanya untuk Allah. Saya tak mahu lagi memohon di kurniakan anak. Ketika itu , saya hanya mohon agar Allah terima diri, saya dan segala amalan saya di dunia akhirat..full stop. Tak de lagi doa panjang-panjang, nak mintak subur ke, hamil ke, jadi ibu ke..tak de dah semua. Saya fikir, ada yang kurang diri saya sebagai Hamba Allah dan saya mohon agar saya di terima dan di redhai.

Kenapa fikir begitu? SebabSelalunya saya frust sungguh bila datang period. Bila period aje, saya mesti berfikir yang bukan-bukan dan jahat-jahat. Saya selalu cakap "kenapa ni?, kan dah buat solat hajat, kan aku dah bagi sedekah hari tu, kan aku dah makan ubat bulan ni, kan aku dah pegi berurut, blaa..blaa." Saya terlalu berharap dengan usaha-usaha dan doa. Kali ini, saya hanya berdoa menyerahkan segala-gala hal yang saya tidak tahu kepada yang Maha Mengetahui. Bila saya terlalu berusaha, saya jadi lebih kecewa dan seterusnya saya berhenti berharap.

Semasa bulan Ramadhan tu, saya berhenti kerja, dan berniat untuk cari kerja lepas Hari Raya nanti. Saya bercadang untuk khatam Al-Quran pada bulan itu. Tapi, mampu kah saya? Ketika tu Ramadhan sudah masuk minggu ke-3. Saya rujuk di internet, kaedah untuk khatam Al-Quran dalam 10 hari. Saya rasa, saya mampu.

Saya teruskan bacaan kitab suci Al-Quran dari Subuh ke Zuhur, dari Zuhur membawa ke Asar. Dan seterusnya. Dan berkali-kali juga saya niat dan berdoa bahawa segala yang saya lakukan adalah hanya untuk diri saya dan Allah. Saya pelajari satu perkara, iaitu Ikhlas. Saya tidak penat langsung semasa sesi bacaan Al-Quran itu, walaupun seharian saya membacanya. Ada ketika, saya tak mahu berhenti dan meneruskan bacaan sehingga menjelang Subuh. Dalam masa sama juga tugas sebagai isteri tidak saya abaikan. Ada kalanya, bila saya berhenti membaca pada pukul 3 pagi, saya sempat memasak makanan baru untuk kami bersahur. MasyaAllah.. saya tak penat langsung. Sepanjang waktu tu, saya langsung tak menonton TV. Leka dengan Al-Quran sepanjang hari.

Keadaan berlarutan sehinggalah pada bulan 12, Saya mula bekerja di pejabat baru. Sebelum bulan puasa tu, saya ada order herba kesuburan dari satu laman web. Caranya, saya perlu mula makan herba tu selepas 3 hari period dan seterusnya. Saya rasa dah lama sangat saya tak datang bulan. Tapi saya tak ingat dah berapa lama. Masa tu, saya langsung tak terfikir apa-apa. Sebab saya dah berhenti berharap. Saya dah ada perancangan lain untuk kehidupan rumahtangga kami. Ubat tu saya tak sentuh langsung.

Malam tu, saya ajak suami ke klinik. "Doktor, saya rasa, macam dah lama tak period, tapi tak ingat tarikh last period tu, saya risau lah, last period awal puasa aritu kot!". Masa tu doktor nasihatkan saya buat urine test. Saya cakap " Alaa.. saya dah buang air kat rumah. lagipun saya bukan pregnant, cuma nak check kalau ada ubat keluarkan period ke."(mulut aku tak cover, nasib baik doktor baik). Doktor kata, "Kalau macam tu, saya scan lah perut tu. kalau ada apa-apa ke." Saya pandang suami, saya, dia senyum aje. (Tapi Demi Allah, masa ni kitaorang tak terfikir apa-apa pun)

Masa scan tu, doktor suruh saya tengok screen tu, tapi sumpah kitaorang tak nampak apa-apa. Sehinggalah doktor besarkan imej tu, nampak lah ada baby yang bergerak-gerak kat screen tu. Kenapa saya tak panggil janin, sebab Masyaallah, memang nampak dengan jelas kepala, lengan dan kaki baby tu. Ikut anggaran ketika tu baby saya dah pun berusia 3 bulan.

Masyaallah. 3 bulan. Macamana saya tak sedar langsung. Selama waktu tu, dah laa saya suka hati makan itu ini. Hari-hari makan nenas, minum coke, makan twisties lepas balik kerja, berjogging. Sebab sebelum ni, dah 3 tahun berpantang makan semua ni, sebab nak pregnant punya pasal. Masa tu saya doa agar Anak yang saya kandung ni sihat dan sempurna.

Saya bersyukur sangat-sangat. Saya teruskan juga rutin mengaji seperti biasa. Saya tak memilih surah sepanjang saya hamil. Semuanya saya baca, kerana saya percaya, setiap ayat dan surah Allah turunkan itu ada mukjizat yang tersembunyi. Alhamdulillah pada 28 May 2010. Saya berjaya menjadi ibu. Kepada sesiapa yang masih berusaha menjadi ibu. Percaya lah. Jika kita dah puas mencuba berusaha, tapi tak berjaya, Serahkan lah semuanya bulat-bulat semula pada Allah yang Maha Pencipta. Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Satu lagi, Baca lah dan hayati Surah Maryam beserta maksudnya. Maryam Al-Masih, hamil tanpa berbuat apa-apa. Isteri Nabi Zakaria hamil sedangkan isterinya mandul dan sudah tua. Jangan fikir, alah itu Maryam, Itu Nabi, manusia macam kita ni, tak kan lah boleh jadi macam tu..blaa..blaa.. Ingat!  Segalanya Mudah Bagi Allah.

Surah Maryam Ayat 8-10
(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".
[8]
Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?"
[9]
Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya - janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; "Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun."
[10]


Surah Maryam Ayat 21-22
Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"
[21]
Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.
[22]


Nampak tak?? Surah Maryam ni beri saya semangat dan kekuatan. Saya harap anda juga beroleh manafaat dari kisah ni.


Sekian Terima Kasih!

 

Sunday, March 27, 2011

Man VS Food ( Itu Saya! )



Pernah tengok tak Man Vs Food kat channel TLC tu.. ke.. rancangan Jalan-jalan Cari Makan ke..(Yang tadi makan burger harga RM100 tu) Saya kalau bab makan ni memang favorite. Saya tau, hidup kat dunia ni bukan makan je semata-mata. Tapi saya memang suka makan. Saya food lover bukan food tester yang suka komplen. Saya suka komplen kalau makanan lambat siap aje (tu pun dalam hati..).

Saya tak makan pun burger besar RM100 tu. Saya kan suka yang murah-murah. Buat sendiri sudah!.


Kalau tengok License To Grill kat AFC tu, dia guna Mince beef dengan Black Pepper ngan garam sikit. Itu aje. Tapi ni, ikut tekak saya.



Tapi roti ni ada bau macam Vanilla Essence sikit. Rasa macam kacau sikit laa.  Dah! Jangan Komplen!.

Makan dan Jagalah Kesihatan!

Hagemaru Handsome kan..??


Ini Sarah. Anak kakak saya. Saya dan kakak saya berkahwin sama tarikh. Kalau saya pregnant sama tahun dengan akak saya masa tu, mesti anak kami sebaya. Tapi, tak baik berkalau-kalau, Astaghfirullah.

Kitaorang rapat sangat tau. Sarah pun panggil saya Mommy. Masa saya pregnant dia kata, "Oooh, dulu, Sarah pun duduk dalam perut Mommy eh??". Susah skit nak jawab, sebab dia tak pernah tengok mak dia pregnant.

Kalau budak perempuan lain suka main teddy bear ke Barbie semua,( Dolly tu pun orang bagi). Bila dia sendiri yang pilih, kereta mainanlah, robot lah, jigsaw puzzle lah, lego dan sewaktu dengannya. Tapi kalau pilih color pandai plak nak color pink.

Tapi, taste Sarah memang lain sikit. Dia selalu cakap dia nak kawin dengan Hagemaru. Kusss semangat taste ngko. Mintak simpang ngan bad taste ko tu Sarah,  Nasib baik kecik lagi. Nanti dah besar pilih orang elok-elok ye Anak ye..


Kartun Hagemaru ni tak senonoh kan perangai dia? Kartun ni tak sesuai untuk kanak-kanak sebenarnya (bagi saya laa). Ntah laah. Suka hati laa kalau sesiapa nak tengok.

Saturday, March 26, 2011

Don't Play With Your Food

Macarons.. sejak dua menjak ni orang dok sibuk-sibuk pasal benda alah ni. Minggu lepas keluar paper, sampai meleleh air liur teringin nak merasa si Macarons nih. Tadi pegi beli barang dapur kat Carrefour masa nak balik, ada plak jual (macam tiba-tiba kan..) Dlm Satu gelas tu, dalam 12-13 keping kot harga RM4.50. Best ke?? Rasa macam..ok laa..sedap laa..ok laa..boleh laa.. Tapi takde laa sampai nak mimpi-mimpi lagi beli benda ni. Oh yee..saya blom try yang ada filling sebab color oren je yang tinggal.

 Eat your food and don't play with it!!! 


Tempat saya bermain-bermain Macarons. Tak pe lah! saya dah makan.

Sunday, March 20, 2011

Pengajaran Pertama ( No Pain, No Gain)

Sejak dua tiga hari ni, anak saya, Agharr dah mula belajar berdiri dan berjalan-jalan dengan berpaut di baby play pan dan sofa. Petang tadi saya tinggalkan anak saya tidur di katil dengan Abahnya.

Lepas beberapa ketika, saya terdengar, Agharr menangis. Mulanya saya biarkan aje, sebab suami saya ada. Tapi kali ni bersungguh benar dia menangis. Saya terus jenguk ke bilik. Rupanya, diam-diam anak saya bangun dan cuba berpaut di kepala katil, dan..seterusnya...secepat kilat.. sepantas cahaya..Baammmm!. Kepala dia dah terhantuk kat kepala katil tu. Merah sikit laa dahi tu.

Sampai sekarang, Suami saya rasa bersalah bila melihat dahi merah anaknya tu.
Tapi, nak buat macamana. Anak lelaki, memang macam tu.

Sikit aje tu ye baby. Hero mesti kuat. Tapi, lepas tu.. memanjat balik kat play pan dia. Memang anak bertuah.( Sape lagi nak puji anak Mommy ).

Sebelum dan Selepas (bukan iklan ubat kurus!) - CLUTTER



Clutter.. semak..sesak.. tengok di dapur saya banyak sangat barang-barang yang menyesakkan saya. Saya tak mahu hidup dan tinggal dengan barang-barang yang saya tak perlu. Saya nak benar-benar hidup  di rumah saya sendiri.

Mana satu saya nak mulakan?? Saya rasakan, saya patut mulakan di dapur.
Saya bukak almari di dapur saya, keluarkan semua sampai kosong semua. Macam-macam ada. Cocoa powder, Milo, dah keras pun semua. Tak termasuk bekas-bekas plastik yang banyak di dapur, buat saya berfikir. Betukah saya perlukan semua ni? Mula-mula sayang nak buang, bekas tau fu fah pun saya basuh, simpan. Tak termasuk bekas ais krim, apa-apa bekas lah. Semua ada. Macam lah saya rajin buat Kimchi nak simpan bekas plastik ni semua..(tapi Kimchi best)

Macamana laa.. saya boleh hidup macam ni.  Mulai sekarang. Stop! Say No to Clutter ( Foods, plastic containers, clothes, )

  • Apa yang patut di simpan.
  • Apa yang patut dibuang / recycle / di dermakan ( boleh di guna pakai untuk pakaian, mainan anak-anak, bag tangan, kasut )
  • Apa yang boleh di jual semula ( seperti barangan elektrik, perabot)
  • Keluarkan semua barangan yang tidak di gunakan dalam 12 bulan ( Apa sahaja termasuk pakaian / kasut / aksesori / )
Semua barangan yang tak di perlukan ini, bukanlah untuk diasingkan dan di simpan di tempat lain. Seperti di bilik store / bawah katil / dalam kotak atau sebagainya. Belajar lah untuk membuang atau mengeluarkan terus semua kesesakan ini dari hidup dan rumah kita untuk selama-lamanya.

 The Golden Rules by Peter Walsh:

  • If you get it out, put it away.
  • If you open it, close it.
  • If you finish it, replace it.
  • If it's full, empty it.
  • If you take it off, hang it up.
  • If it's dirty, wash it.
  • If it's garbage, trash it.
Ini baru kat almari dapur dengan atas peti sejuk (belum dalam peti sejuk lagi ni..) ada lagi nanti.. Bukan berlagak pro, tapi ok laah sikit dari sebelum ni.

Thursday, March 17, 2011

Melur Jelita Datang.. Jeng Jeng Jeng





Hai, sejak mula berblog, ini adalah segmen pertama  yang saya join. . Ingatkan lepas Post banyak-banyak, baru boleh join segmen ni. Dah beberapa kali saya keluar masuk kat blog Kak Melur Jelita dok membaca syarat-syarat segmen ni. Tak paham-paham jugak. Tapi tak nak bertanya.hehe. Tapi kali ni saya rasa dah faham dah. (Cuba teka berapa kali saya sebut segmen..)

Kalau dah termasuk kat blog Melur Jelita  ni, saya mesti asyik nak menjenguk aje. Semua post saya nak baca. Seronok, tak payah letak gambar gempak-gempak pun,  ramai orang berduyun-duyun nak follow. First time saya jadi follower ni.

Saya harap, blog Melur Jelita  sentiasa berterusan memberikan kisah-kisah menarik dan nasihat untuk tatapan kita semua. Update kak..jangan tak update.

Wednesday, March 16, 2011

KeBodohan Pertama Selepas Bergelar Mommy..

Selepas melahirkan Baby Agharr, saya tersangat-sangatlah nak menyusukan Baby saya sehingga dia berumur dua tahun. Tapi, oleh kerana susu saya lambat keluar, nurse nasihatkan saya untuk memberi susu formula dahulu sementara saya tetap teruskan usaha untuk breastfeed Agharr ni. Oleh sebab Agharr selalu meronta-ronta bila saya sua kan 'susu saya'. Kesian dan tak ada pilihan, saya bersetuju untuk memberi Agharr susu formula.

Dengan naluri keibuan yang perihatin, saya memilih Susu Soya (Rumusan Bayi) untuk Agharr. Sebab saya fikir saya tak mahu anak minum susu lembu. Soya kan bagus (Tengok lah..saya boleh jealous dengan lembu)

Anak saya punyalah suka, susu sentiasa habis, laju aje dia minum. Pandai sungguh Agharr hisap puting botol masa tu. Jadi, baby saya yang berusia beberapa hari tu pun, rajin lah membuang air besar. Amboi! lawas sungguh anak Mommy. Pantang bukak diapers ke dia kentut ke, mesti diiringi poo..poo dia tu sekali. Tapi anak saya tak menangis pun, tidurrr aje, baby lah kata kan.

Mama saya risau pulak, sebab kerap sangat cucu dia ni buang air besar. Saya cakap tak payah risau, sebab baby memang kerap `membuang'. Suami saya risau jugak, tapi dia kena ikut cakap isteri yang tengah berpantang ni, Setuju aja lah ok!. Oleh sebab saya berpantang di rumah yang semua orang risau-risau belaka, saya pun terpaksa ikut risau jugak. Saya risau Agharr ada masalah perut ke ..air tak masak betul-betul ke.

Sampai di Klinik kat Hospital.

Doktor : Kenapa baby ye?
Saya    : Baby saya ok je , tapi my mum risau, baby ni selalu buang air besar.

Doktor : Ye ke! baby memang macam tu, lebih-lebih lagi kalau baby menyusu badan.
Saya     : Oh..nasib baik, lagipun saya tak bagi susu badan pun, sebab saya bagi Baby formula Soya tu.(Masa ni rasa macam pandai aje)

Masa tu doktor pandang muka saya, dahi macam berkerut sikit.

Doktor : Kenapa awak bagi Susu Soya? Siapa suruh? Baby allergic susu lembu ke?
Saya    : Tak lah, susu saya tak banyak lagi, so.. saya tak mau lah bagi baby saya susu lembu. Saya tak nak anak saya dapat sumber susu dari Mamalia lain selain saya (Sekarang dah nampak tak bodoh saya?)

Doktor : Siapa cakap macam tu?
Saya    : Ummm..errr..aa.. (cakap dalam hati..saya rasa laa.)

Doktor : Apa-apa hal, kalau tak de susu badan, mula-mula mesti formula susu lembu dulu, kalau baby allergic, baru pakai susu lain selepas di nasihatkan. Kesian je Baby awak. Lahir-lahir je dah jadi Vegetarian.

Sorry baby!! Tengok lah, nak bagi Agharr minum susu pun Mommy jadi bodoh macam tu.

Baby Agharr, That's what Mommy did, and it was A MISTAKE.

Lepas tu, sampai sekarang anak saya Setia dengan Susu Dulac (iklan Dumex sekejap). Baru lah Mama saya rasa cucu dia normal macam baby-baby lain.
 
Iklan Percuma:


Susu baby saya ni kalau beli yang tin kecik cuma RM10 je. My baby ok je. Yang mahal tak semestinya yang terbaik. Ape pun, Susu Ibu Adalah Yang TERBAIK.

Sunday, March 13, 2011

Pasar Ahad & Upin Ipin

Yeayy..Hari Ahad, bangun awal pegi Pasar Tani kat Stadium Shah Alam tu. Saya suka pegi sana tiap-tiap minggu. Saya suka tengok macam-macam jualan kat situ, cuci mata tengok tudung-tudung, baju-baju, barangan dekorasi rumah. Yang penting harganya murah-murah (saya suka lah..). Bila dah banyak sangat,tak tau pulak nak beli apa. Sibuk nak cari yang murah, nak cari yang lagi cantik, sudahnya sampai kehujung tangan kosong lagi. Saya tak boleh fokus lah kalau ada banyak sangat barang. Kalau nak cari tudung, nanti tiba-tiba masuk kat gerai yang jual baju pula, lepas tu menyinggah di gerai yang jual kainlah, jual bantal lah, cadar semua.

Saya ajar anak saya pakai baju yang murah-murah juga. Dah laa dia suka tumpahkan susu kat baju. Dalam sehari sampai empat ke lima kali jugaklah kena tukar baju dia ni. Kalau tak, berbau cheese. Cheese..umm..yummyy. tapi kalau kat baju, is No.. No.. Yaiiksss!!


Baju ni di jual longgok-longgok. Kena rajin pilih sikit laa, ramai pulak orang kat situ. Sehelai RM2, seluar pun harga sama jugak. Baju dengan seluar tu asing-asing. Jadi saya beli tiga helai baju dan tiga helai seluar, semuanya RM12. Ok lah tu duduk rumah. Ada sesiapa yang allergic dengan baju murah?? Saya No hal!


Tengah jalan-jalan terjumpa pulak diaorang nih. Yang mana satu Upin ek? Anak saya macam excited je tengok. Dress up anak pun macam sama je.(Invisible mommy, memang takde kat gambo.)

Saturday, March 12, 2011

Lepas Geram, Bawak bertenang OK

Pagi tadi dalam perjalanan kitaorang ke tempat kerja, kitaorang? Yess, saya kerja sama office dengan my hubby. Kami dengar la segmen pagi di Sinar FM tu. Lepas tu ada satu pemanggil ni, SMS yang dia bengang sangat dekat orang yang selalu tanya wife dia "Bila nak mengandung?" padahal baru je kawin dua bulan.

Dulu saya selalu di terjah soalan macam ni. Dah jadi makanan harian dah soalan tu, Kalau memang saya boleh makan soalan tu dah lama saya gemuk segemuknya sampai muntah, lagi bagus kalau boleh muntahkan dekat manusia-manusia yang tanya soalan tu. Selama tiga tahun saya di tanya. Baru tiga tahun je, apatah lagi orang yang dah kawin sampai berbelas-belas tahun tu. Percaya lah, soalan tu tak membantu pun. Kalau boleh, tolong sangat-sangat jangan di tanya. Buat tak tau sudah. Dekat opis lama dulu, diaorang ni jenis yang bunting pelamin gamaknya, sibuk suruh saya gosok-gosok perut diaorang lah, tanya pasal baju mengandung lah. Suruh tengok perut diaorang bergerak-gerak lah. Dah lah saya bukan duduk dekat department tu, Kenapa tak mintak tolong orang sebelah dia aje yang gosok-gosokkan perut tu. Dah tu bila dah mintak tolong nak tanya lagi, "Ha..perut aku dah makin besar ni, kau bila lagi?" Memang lah sah-sah kena maki dalam hati. Ada pulak yang memang macam haram aje perangai, nak photostate pun nak suruh gak sebab nanti mesin photostate tu boleh bagi effect kat baby dalam perut tu. Eee.. pegi terbalik laa korang. Apa hal pulak dengan aku.

"Bila nak ngandung weh?". "Ko ape hal tak mengandung lagi?" bagi saya pulak soalan ni macam What the.... korang nak menyibuk. Ada lagi yang bengong siap tanya, "Weh engkau ni tak berdoa ke? Engkau berdoa la baru Allah bagi kau mengandung". Wah siap guna perkataan Doa, Allah semua. Diaorang tau ke saya ni berdoa ke tidak? kalau macam tu semua orang yang tak ada anak atau orang yang kurang bernasib baik dalam hidup ni, memang tak pernah berdoa ke? Diaorang rasa perempuan-perempuan yang mengandung anak luar nikah tu, memang berdoa-doa ke biar dapat mengandung.Ada lagi yang kononnya bagi pendapat. "Aku rasa kan, kau tak mengandung lagi sebab kau suami isteri kurang berkemampuan, sebab nak ada anak ni kena banyak duit". Bodoh betul! Habis kau tak pernah tengok ke, kalau ada orang miskin, tapi ada anak berderet-deret. Kau tengok kami sekeluarga ni ada macam orang susah ke nampaknya.

Hello, ni semua rezeki, REZEKI tau tak. Tapi saya tau, Orang yang mengalami nasib macam saya ni selalu cuba larikan diri. Pergi kenduri sedara terkena, pergi opis pun terkena jugak. Saya bukan nak bersangka buruk. Tapi soalan tu mereka tak nak kita jawab macam ni "Kami belum ada rezeki lagi?" diaorang nak sangat kita cakap "Ye laah, aku ni memang susah nak mengandung, tak subur, hormon kurang, hormon lelaki saya terlebih".

Selalu kalau pejabat yang ada majoriti Melayu selalu terkena macam ni. Lepas tu saya terus resign sebab sakit jiwa duduk dengan orang-orang ntah apa-apa tu. Bila kerja di Company yang majoriti bangsa Cina, lega sangat-sangat. Diaorang tak pernah nak tanya pun. Kalau ada pun siap suggest pegi Specialist itu laa..makan herba ini laa. Kalau diaorang pregnant pun saya tengok rilex je diaorang. Tak de pun terpekik-pekik mintak saya urut-urut perut diaorang. Boleh aje buat kerja. Kat Company ni ada jugak Melayu. Tapi diaorang memang ok sangat-sangat~ Rena, Sikin & Waheeda thanks for being so positive & supportive.hehe sempat lagi tu bodek diaorang ni.

Selalunya orang tak tanya suami, diaorang tanya isteri. Sebab? perempuan yang mengandung. Habis tu, kalau tak ada anak, kena tanya perempuan, so kalau tak boleh beranak maknanya kita boleh di tinggalkan? Habis tu siapa pulak yang kena buat saya mengandung? Tak tanya pulak dekat suami saya. "Kenapa U tak boleh buat wife U pregnant??" Saya jugak yang kena tanggung soalan tu, Saya lah juga yang kena makan ubat , Saya lah jugak yang nak kena lalui ujian itu dan ini di hospital. Orang lelaki, tolong lah sikit ok. Jumpa doktor ke, cari ubat ke. Bukan sedap-sedap cakap, "Eh, kenapa U tak habiskan ubat ni? kalau macam ni macamana kita nak ada baby". Amboi, sedap mulut, memang sah-sah handphone melayang kat kepala.

Suami saya, mula-mula memang macam tu jugak. Tapi bila tengok saya dah macam tak nak bergaul dengan masyrakat semua. Setiap kali orang tanya tentang anak, cepat-cepat dia jawab, "Sebenarnya saya yang ada masalah!". Haa..berani tak lelaki lain nak cakap macam tu? Bagi saya lantak lah suami saya nak jawab apa. Sekurang-kurangnya dia boleh memahami keadaan saya bila berdepan dengan soalan macam tu. Kesian jugak, tapi, ye laah. Bagi saya, kalau dah namanya suami isteri, mestilah berkongsi segala susah senang bersama. Cover meng'cover antara satu sama lain jugak.

Sekarang ni pulak, bila dah ada anak, diaorang cakap macam ni pulak, "Laa, Baru dapat? Aku ni dah nak masuk tiga dah anak aku?" Hmmm..kesimpulanya, kalau dah namanya manusia, sampai kiamat pun, gitulah jugak perangainya. Lantak kau lahh!!

Photobucket
"Sape yang cakap Mommy kite macam tu hah??!!"

Friday, March 11, 2011

Cari Pasal di Opis

Adooii. Busy sikit minggu ni kat opis. Report nak kena hantar sebelum 15 hb ni. Job sheet pun tak filing lagi, hari-hari makin bertambah, menyemak meja je. Teruk laa saya ni, padahal admin je.  Tapi, mengaku aje lah wei.. salah saya jugak. Ni semua kerja saya sejak bulan lepas. Masa bos cuti Chinese New Year hari tu, saya sibuk mencari template free nak buat blog. Lepas tu sibuk layan internet laa. Youtube laa.satu kerja pun tak jalan. Kat rumah sibuk main-main dgn anak. Bila dah tengah malam nak online pun mata dah ngantuk. Tempat saya kat opis ni, strategik sungguh nak meng'ular'. Port hujung kat tepi dinding ni, macam-macam saya buat. Bila bos datang, menggelabah buat-buat busy.

Ntah laa. Bila kat opis je, mula lah tangan ni menggatal nak Google pasal fashion laa, recipe laa, home design. Tapi rumah macam tongkang pecah jugak, Menyalin resepi pun oven tak berasap jugak. Kalau kat Youtube tu, sibuk laa tengok make up tutorial. Sampai dah tak tau nak tengok apa. Sekarang saya dah sibuk menyampuk-nyampuk kat blog Melur Jelita. Ye..ye laa..memang saya yang salah. Padan muka!.Sekarang kerja ni macam tak berkurang je. Nnt esok pagi ada laa kat atas meja saya kerja lain lagi. Malas je nak pergi kerja. Bangun pagi je, Tak de mood.

Tapi, bila saya fikirkan balik, dah lah saya yang salah, lepas tu nak membebel-bebel, bising-bising bagai. Ramai orang yang sibuk nak cari kerja, tapi tak dapat. Sekurang-kurangnya walau gaji yang saya dapat ok, ok je tahapnya, at least berjalan dan bertambah jugak EPF saya. Sikit-sikit lama-lama jadi banyak. Tunggu ape lagi!! tak reti-reti lagi nak bersyukur??Alhamdulillah,  buat keje cepaattt!!.

Photobucket

Ni meja saya kat opis. Ambik gambar guna handphone sorok-sorok. Masa ni pegang hp pun paras bahu je..1, 2, 3 snap.. Kalau ambik gambar jauh sikit boleh nampak bersepah ni. Sebenarnya kat drawer saya ada lagi yang saya sorok. Lepas kat meja dah clear, baru saya keluarkan yang lain sikit-sikit. Saya rasa nampak ok je kan close up macam ni.

Esok Jumaat! Yeaayy.. Sabtu , Ahad cuti. Nak pegi mana???

Monday, March 7, 2011

Jalan-jalan dan Durian Pancake..

Aktiviti hari minggu, kitaorang jalan-jalan kat Berjaya Times Square. kalau pegi KL kat tempat yang boleh di tuju kat sini je laa. Harga pun murah-murah. Kalau ke Mid Valley tu pun ok lagi laa. Menjengah ke JUSCO je laa..heheh.  Dah lama tak pijak KLCC ngan  Pavillion tu, kalau ada duit, cepat laa kopaknya duit hubby tu. Kalau duit takde kang, menangis melalak-lalak laa saya sampai rumah kalau tak dapat beli apa-apa. Saya tak de istilah window shopping ye. Kalau setakat nak tengok-tengok je, buat sakit hati je tengok orang lain membeli belah tu, baik duduk rumah je layan Playhouse Disney dengan Agharr. Tak pun kalau nak jugak jalan-jalan, kami beriadah kat Tasik Titiwangsa ke, Taman Tasik Perdana ke, sampai ke City Park Seremban 2 pun kitaorang belasah gak. Bagus aktiviti ni, selain menenangkan fikiran, boleh jugak menyihatkan badan (Statement tak boleh blah punya..)

Last, dah penat tu, menyinggah jap kat Sweet Chat Cafe, melayan Durian Pancake. Kalau di tanya saya yang memang pecinta makanan ni, saya tak pernah ada istilah tak sedap. bagi saya semuanya sedap-sedap belaka. dah order sampai empat set Durian Pancake tu, satu pun gambar tak ambik, terpaksa order lagi satu, mulut pun dah bau durian. Taaadaaa!!


Yang lain-lain pun saya suka jugak tapi tak ingat laa nama dia, satu tu Manggo Mountain rasanya. Cuba teka yang mana satu. hehe. kelakar pulak sebab sebelum ni tak pernah amik gambar makanan lagi. Kalau gambo tak clear. Sorry, salahkan camera ni, Apasal blur??? macam tuan dia jugak.


Tengok!! gigih saya ambil gambo. air dah terminum sikit, tapi still nampak penuh. Padahal kat tepi meja penuh pinggan kotor kitaorang. Dah habis semua licin, kalau ada terperasan mint leaves kat durian pancake tu pun habis saya telan. Lemon slice kat tepi gelas tu pun saya sebat jugak. haha. Sekarang boleh tengok hasilnya.. semua licin ngan meja comot. Teruk betol perangai.


 Bila laa nak jalan-jalan lagi..

Wednesday, March 2, 2011

My Baby

Name: Agharr 
 
.
Meaning: Handsome, beautiful, distinguishedillustrious, noble, Magnanimous. Name of a companion of the Prophet, bin Al-Muzan; he transmitted a hadith: "My heart is invaded by unmindfulness and I ask Allah's forgiveness a hundred times a day.