Wednesday, February 9, 2011

Nak Berblog Jugak

Dari dulu lagi nak berblog.. sejak mula kahwin empat tahun dulu..tapi tak tau nak blog pasal apa?? masa tu saya cuma tau Raja Petra aje yang ada blog, so rasanya kalau kita tak tau pasal politik tak boleh ade blog lah kot. Lepas dah setahun kawin mula sibuk nak jadi ibu. Tapi kuasa Allah, nasib masih belum menyebelahi saya. Macam-macam petua , ubat , teknik saya cuba. Tak cukup jumpa doktor , tukang urut , bomoh..siap tanya kat bomoh..makcik cuba telekkan bile saya boleh mengandung agaknya?? macam ni punya terdesak. Jadi kalo ada orang yang mengalami masalah yang sama, jangan risau saya sangat faham perasaan anda. Perkara macam ni sangat jarang ada orang nak berbincang secara terbuka. Maklumlah tak ramai yang sukar hamil ( Sebenarnya Ramai tau ). Sepanjang tempoh mencuba untuk hamil tu saya banyak dapatkan info dari internet. Masa ini lah saya terselak selak blog tentang keibuan dan blog mereka yang mengalami masalah yang sama. Jadi saya harap blog ini juga boleh memberi manafaat kepada anda.

Sekarang saya dah berjaya menjadi seorang ibu kepada seorang cahayamata lelaki yang bernama Agharr Fauzi Bin Mohd Fauzi. Mungkin selepas ini saya boleh berkongsi kepada anda bagaimana saya boleh hamil. Kepada sesiapa yang sudi berkunjung di Blog saya ni, Terima Kasih dan Selamat Datang. Semoga saya dapat meneruskan aktiviti baru saya ni dengan berkongsi serba sedikit tentang perasaan , pengalaman , dan kehidupan kami sekeluarga yang serba sederhana.

2 comments:

  1. suke nk buat blog camni..tp xde mase plak nk mengupdate..bagus2!!!truskan usaha..ank pun ensem & comey:)

    ReplyDelete
  2. Tq..tq teruskan bagi kata semangat.hehe

    ReplyDelete