Sunday, September 4, 2011

Money .. Mommy .. Moneyyyy..

Selama usia Agharr  Setahun tiga bulan ni.. saya dah sedar.. perkataan Mamma yang di sebut hari-hari tu, bukan lah merujuk kepada diri saya. Tapi... Mamma.. menurut Agharr ialah susu. Kalau memanggil saya pulak Agharr akan membahasakan Maaa... Susah sangat Agharr nak sebut Mommy.. jadi, dari siang tadi saya menyebut Mommy berkali-kali akhirnya terkeluarlah perkataan Monnney dari mulut Agharr.. Oleh itu dari waktu itu hinggalah sebelum Agharr tidur tadi.. panggilan Agharr untuk saya ialah Money.. Ummmm.. Ye laah Agharr.. Money pun Money lah..Kite cuba lagi esok ye sayanggg..







Saturday, September 3, 2011

Pagi Raya... ( Cara Kami.. )

Satu hari di Pagi Hari Raya...

Bestnye Mommy tengok Agharr tido .. bentang tilam tengah2 rumah.. orang lain dah bangun tinggal Agharr sorang je tengah-tengah rumah tu.. takpe2.. kalo tak keje kami tak siap.. shhhhhh...


Abah Agharr tengah siap-siap nak pegi Masjid untuk Solat Sunat Aidilfitri. Teringat dialog P Ramlee dalam Madu Tiga. Sudahnya Abah Agharr pakai baju nikah kite je Raya tahun ni.. Errrmmm tapi..kenapa saya dah tak muat pakai baju nikah saya tu??? 


Aktiviti wajib memenuhkan perut-perut.. Sejurus selesai Solat Sunat Aidilfitri.. 


Pagi-pagi raya kami baru terhegeh-hegeh masukkan biskut raya dalam balang.

Juadah wajib kami sekeluarga.. Tak tau lah.. asal Hari Raya je kami sebut juadah istimewa.. Padahal hari-hari lain pun selalu jugak mak saya buat.. Mungkin sebab juadah ni terhidang dari pagi-pagi buta di Hari Raya.. Apa tu??? 



Apa tu???  Laksa Johor..... Perahan limau kasturi... sesudu sambal belachaaan yang kaww tu... daun selasih letak banyak-banyak ...fuhhh... bagi saya itulah penentu kelazatan Laksa Johor nih.. Makan pakai tangan.. guna sudu garfu rasa macam tak puas pulak...



Ni lebihan lauk berbuka malam semalam sebenarnya.. jadi kita letak jugak atas meja..hahaha.. Ketupat tu sipi-sipi je gambar sebab ada beberapa ketul aje.. itu pun orang bagi.. Selalu kitaorang merasa ketupat kalau beraya rumah orang lain..



Gulai Ayam yang wajib guna Ayam Tua.. kurus-kurus pun sedap.. Peha Ayam yang kurus tu selalu jadi rebutan kami adik beradik..



Ermmm.. Ni daging masak apa ye?? Tak ingat.. (ke...tak tau..)


Emmmm.. Hari Raya mesti ada Burasak..hari lain pun ada, tapi saya selalu rasa nak makan waktu Hari Raya aje.. Nasi lemak (nasi aje) di bungkus dengan daun pisang (daun muda).. (cheewahh.. ye ke???main sebut aje kite nih.. rasanya betul kott..)


Ini pulak Lepat Lui / Loey / Lueh.. ape-ape je laa.. yang paling saya suka sesangat..


Saya mesti makan Lepat Lueh macam nih... Mmmm.. sedappp.. Ada orang makan dengan serunding kelapa.. terpulang laah...


Ini pulak.. orang penting Mommy... yang selalu menyibuk-nyibuk sepanjang hari Raya ni.. Sorry Agharr... Raya tahun-tahun depan boleh laaa Agharr merasa lauk pauk Raya ye.. Buat masa ni Mommy boleh cicah-cicah suap sikit-sikit je kat mulut tu..

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un ( Fuad Al-Ariffin)

Salam Lebaran,

Alhamdulillah saya sekeluarga selamat pulang ke kampung dan kembali semula ke sini malam semalam. Sebenarnya sehari sebelum balik kampung saya dan keluarga tak merasa pelik pulak beria-ia nak balik kampung lepas subuh.. padahal bukan kebiasaan kami pun nak bertolak pagi-pagi. Dari dulu-dulu kami memang kebiasaanya pulang ke kampung waktu malam.. sebolehnya sehabis solat Isya'.

Ntah lah sepanjang minggu lepas Mama dan saya adik beradik menyebut-nyebut nak bertolak selepas subuh. Cuma kali ni baru kami terasa rancangan kami itu sebenarnya adalah perancangan dari Allah juga. Pagi itu kami semua terlajak waktu sahur. Mama ketuk pintu bilik kami sambil memberitahu adiknya (pak cik saya) dah meninggal dunia. Memang benarlah ...kerana selesai sahaja solat Subuh kami terus berangkat untuk menyempurnakan dan membawa pulang jenazahnya ke kampung halaman kami di Johor.

Semasa adik beradik dan suami saya membantu memandikan jenazahnya di masjid, saya terpandang baju raya Agharr yang ada di jual di perkarangan masjid itu. Sayu sungguh saya kerana sebelum ini saya sibuk nak cari sangat baju raya tu, tapi dalam keadaan begitu pula cara saya menemukannya. Saya beli juga satu untuk Agharr sebagai kenangan pemergian itu.

Saya dan adik beradik yang lain sangat (tersangat) rapat dengan arwah pak cik saya. Mengenangkan anak-anaknya masih kecil, tak siapa boleh meneka suratan dan takdir Allah. Dan sampai di situ sahajalah usianya seperti janjinya dengan Allah semasa mula-mula di pinjamkan nyawa dulu. Tak mengapalah, setelah lebih setahun terlantar di Hospital.. pemergiannya itu adalah yang terbaik untuknya.

Keadaan Pak Cik semasa Program Singgah Sahur 2011(TV3) awal Ramadhan baru-baru ini .


Isteri yang sentiasa tabah, berkorban jiwa raga di sisinya.

Perjalanan Akhirnya di Bumi Allah ini. Terima kasih pada mereka yang membantu menyempurnakan jenazah beliau.


Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."- Surah Al Baqarah ayat 156

Sunday, August 28, 2011

Maaf Zahir & Batin... (Eid Mubarak..)



Malam ni saya dah sibuk-sibuk mengemas keperluan kami untuk menyambut Aidilfitri di kampung. Tahun ni kami beraya di Johor.. Tahun lepas pun kat Johor jugak..Tahun-tahun sebelum ni pun kat Johor jugak.. Yelaa..sampai bila-bila pun kat Johor  (berapa kali saya sebut Johor??)

Memandangkan kami akan bertolak esok pagi, perancangan lepas subuh ( tapi.. pukul 12 tghari pun lepas subuh gak..hehe) harap-harap kami tak sambung tidur lepas subuh nanti. Jadi sempena bulan yang mulia ini, saya dengan tulus dan ikhlas hati ingin mohon kemaafan sekiranya ada tersalah kata, terkurang bahasa, terkurang blogwalking, terkurang komen, dan segala-gala apa yang terkurang saya sekali lagi Mohon Maaf Zahir & Batin. Sebagai manusia yang penuh dengan kekurangan, saya mohon agar sentiasa di berikan Allah peluang memperbaiki kekurangan diri juga saling memohon kemaafan  dan memaafkan sesama insan.

Pada sesiapa yang balik kampung menjelang Aidilfitri ni, Hati-hati di Jalan Raya. Semoga Allah Merahmati dan Memberi kita Keselamatan sepanjang perjalanan pergi dan balik.

Semoga Allah Memberkati Segala Amalan Hidup Kita di Dunia Juga Akhirat.. Aaaamiin..




Friday, August 26, 2011

Pening Raya..(Tak Pasal-pasal)

Ramadhan dah hampir di penghujungnya. Persiapan menyambut Aidilfitri ni masih belum lengkap lagi. Frust skit, sebab masih tak jumpa lagi jubah untuk Agharr. Nak belikan Baju Melayu, tapi kepala ni asyik terfikir-fikir bila lagi laa Agharr akan pakai baju Melayu tu nanti.. Takkan pagi raya je kott.. Pening jugak nak fikir ni.. Ada pulak satu perasaan lain datang, nak jugak tengok Agharr 1st time berbaju Melayu.Isshhh.. Suami pulak semalam dah start mogok, kalau tak jumpa jubah Agharr, dia pun tak nak cari baju raya jugak. Hmmmm.. Kalau macam tu.. sudah laaah.. Suka hati korang laaa... Kite tengok je laa macam mana nanti.

Agharr.. dah2 jom balik!!


Ishh.. Comey plak kakak nih..


( Uiiikkkss Agharr...Ape ko buat tuh??? Pengsan laa Mommy mcm nih..)

Thursday, August 18, 2011

Terima Kasih Atas Segala Ujian...


Ketika itu tahun 2008, semasa adik saya menjalani Latihan PLKN, beberapa kali adik saya mengadu sakit di belakang kepala berhampiran tengkuk. Pada mulanya Mama dan Ayah mengagak kesakitan adik saya berpunca daripada aktiviti lasak semasa menjalani latihan ketika itu
Semasa di PLKN 2008

Secara tak langsung anugerah ini dapat membuatkan adik saya lupa sebentar rasa sakit ketika itu

Selepas Latihan PLKN berakhir, kami cuba membawa adik pergi berurut, mungkin terseliuh, mungkin juga salah tidur, kejang otot mungkin. Bermacam-macam tempat kami pergi, ada juga yang beranggapan adik saya di ganggu Hantu laut semasa PLKN tempohari. Tetapi sakit itu tak juga kebah, Beberapa bulan juga lah sakit adik saya berlarutan malah badannya makin susut dan terus susut. Semasa pertama kali membawa adik saya ke Darul Syifa, perawat di situ menasihatkan kami membawa adik saya ke hospital untuk mengetahui punca sebenar rasa sakit itu.
Gambar ni di ambil sebelum detect sakit
Sehingga lah ibu bapa saya membawa adik saya ke Hospital. Selepas di X-ray dan di scan, ketika itu adik saya mula mengalami batuk dan hidung berdarah. Doktor mendapati, ada ketumbuhan yang agak besar di bahagian belakang hidung adik saya. Pihak Hospital mengambil sample tisu melalui hidung  adik saya dan seminggu selepas itu pihak hospital mengesahkan itu adalah kanser,  adik saya di dapati mengidap Kanser hidung (nasopharyngeal carcinoma' (NPC)) tahap 4. Kanser itu bermula di hidung dan kanser sebesar penumbuk itu makin membesar dan telah menekan ke  bahagian otak dan mnyekat saraf matanya ketika itu. Keadaan itu juga menyukarkannya untuk menelan makanan kerana kanser yang makin membesar itu telah mengganggu hingga ke bahagian tekaknya. Begitulah deritanya adik saya ketika itu. Kami bingung kerana adik saya  selama ini menjalani kehidupan yang sungguh ceria dan aktif dan di sebalik tubuh itu rupa-rupanya ada sesuatu yang tumbuh didalamnya. Begitulah kuasa Allah pada Hambanya..Jadilah..Maka Jadilah ia.....kehendak-Nya juga bila semua itu akan berakhir.

Pada minggu yang sama juga, adik saya menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Alhamdulillah, adik saya tidak perlu di bedah untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk memandangkan ia melibatkan bahagian kepala dan otak. Doktor menyarankan adik saya menjalani chemotherapy sebanyak lima kali  dan menjalani rawatan Radiotherapy sebanyak 35 kali di Nilai Cancer Institute. Segala-galanya perlu di segerakan memandangkan sel kanser tersebut begitu cepat merebak hingga menyekat penglihatan adik saya dan kanser itu juga mula menular ke tulang belakang dan kerana hal itu lah sebenarnya yang menyebabkan adik saya sakit tengkuk dan tidak boleh menggerakkannya kepalanya sebelum ini.  (Nasib baik tengkuk adik saya tak tercabut masa kami bawak berurut dulu)
Di kelas,ketika ini berulang setiap hari ke hospital. Dia nampak ceria kan.. itulah dia.. kami yg terseksa tengok dia.

Dalam masa yang sama, adik saya juga menjalani rawatan di Darul Syifa'. Pelik ke? Sakit kanser tapi berubat ke Darul Syifa'. Sebagai manusia, kita kena yakin, Segala penyakit dan sakit itu adalah dari-Nya, dan Maka kepada Allah jugalah yang Maha Penyembuh. Segala bimbingan, Solat Hajat, Bacaan Ayat-ayat dari kitab suci Al-Quran yang disarankan perawat-perawat di situ Alhamdulillah membantu adik saya kuat sepanjang melalui rawatan di Hospital. Benar, semakin kita medekati Maha Pencipta, secara tidak langsung membantu diri dan jiwa kita bertambah positif menjalani setiap ujian dari-Nya. Penting sekali untuk kita tidak berputus asa dengan Allah sehingga nafas kita yang terakhir, sekurangnya kita berusaha dan telah mencuba.

Ketika itu pula adik saya sedang menjalani pengajian untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun di bawah tajaan JPA. masih berbaki sikit sahaja lagi, tetapi hamba yang Allah uji itu adalah adik saya, Dia tetap mahu meneruskan cita-citanya dan tiap-tiap hari dia berulang dari hospital ke kelas dengan menaiki bas. Sedangkan ibu saya tak habis-habis menitiskan air mata melihat keadaan adik saya itu. Pernah ibu saya bercerita . Satu hari tu, semasa pertama kali menjalani chemotherapy adik muntah teruk, sambil memegang kepalanya dan menjerit menahan sakit memanggil Mama, Terlalu sakit sangat mungkin disebabkan tekanan semasa muntah itu, membuatkan tumor itu begegar-gegar dalam kepalanya,  lalu Mama peluk adik kuat-kuat. Ketika itu Mama hanya mampu menyebut nama Allah berkali-kali dan merayu pada Allah agar tiada lagi anaknya yang pergi dahulu meninggalkannya. Mama dan adik sama-sama jatuh terduduk di lantai bilik air hospital itu sambil memangku adik. Ketika itu,  Mama tak tahu bagaimana mahu menghadapi kehilangan itu sekali lagi.

Menjalani rawatan chemotherapy itu menyebabkan badan adik saya mudah penat dan mungkin untuk menghilangkan rasa pening dan loya itu adik saya banyak berehat di surau  lantaran itu, pihak IPT dapat melihat perubahan adik saya yang kelihatan susut itu. Adik saya cuba berterus terang, mana tahu mereka boleh memahami keadaan yang dialaminya ketika itu. Pegawai yang bertugas di situ  cuba memberikan harapan untuk adik saya tetap boleh meneruskan pengajian di situ.

Satu hari pihak JPA memanggil kedua ibu bapa saya. Mereka menyatakan tidak dapat membenarkan adik saya meneruskan pengajian ke Jepun berikutan sakit yang dihidapi adik saya itu di tahap kritikal. Ibu saya cuba merayu, tetapi keputusan telah di ambil. Namun begitu JPA tetap meneruskan biasiswa itu untuk menyambung pengajian di dalam Negara.

Adik saya tenang sahaja selepas ibu saya memberitahunya akan hal itu sedangkan ibu saya tak henti-henti menangis. Tapi walau setenang mana pun yang kami nampak, gelodak hatinya itu, hanya Allah yang tahu. Bayangkan sudah setengah tahun adik saya menjalani rawatan, tetapi kecekalan hati dan semangat untuk capai impian dan matlamatnya membuatkan dirinya kuat dan bersemangat sepanjang tempoh rawatan.

Mungkin, keputusan itu adalah yang terbaik untuk adik. Bagi kami juga dia patut memberi banyak masa untuk dirinya sendiri . Keadaan adik saya yang sedang menghadapi kanser di Tahap 4 itu sangat di perlukan untuk adik saya benar-benar menumpukan sepenuh perhatiannya pada rawatan di hospital.

Adik saya bergambar kenangan dgn rakan2 di Institut Bahasa Teikyo

Pesakit disekelilingnya silih berganti. Hari ini datang dan bertegur sapa, esok lusa pergi meninggalkan kita. Ada juga yang tidak mahu meneruskan rawatan dan mahu berikhtiar cara lain. Setiap pesakit di situ yang pergi dulu, adik saya akan pergi ke setiap katil membaca kan Surah Yaasin dan hampir setiap hari juga adik saya menyaksikan sendiri satu persatu mereka menghembuskan nafas terakhir. Bagi kami sekeluarga, kami sendiri tidak tabah melihat penderitaan itu. Sedangkan Mama saya yang setia menemani adik saya di hospital rasa bagai tersekat-sekat nafasnya melihat mereka melalui semua itu.
    
Dengan doa kami sekeluarga, usaha rawatan Hospital dan Darul Syifa. Alhamdulillah, kini adik saya sudah sembuh sepenuhnya dan kini sedang meneruskan pengajian di Salah Sebuah Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia. Tetapi bagi kami rezeki dan ilmu itu ada di mana-mana. Jika kita ingin Berjaya, selagi kita berpijak di Bumi Allah ini, kejayaan dan Redha Allah sentiasa bersama kita. Untuk adik saya Fazirul Nizar. Teruskan lah kejayaan dan impian yang kamu idamkan-idamkan dalam  hidup kamu itu dan semoga kamu sentiasa di Rahmati-Nya dan Selamat  di dunia hingga Akhirat.
Adik saya setelah di sahkan sembuh sepenuhnya dari Cancer. Rambut buat macam tu utk menampakkan effect rambut tebal..hehehe..penangan Radiotherapy, habis licn jerawat kat muka pun hilang..


Subhanallah.. Agharr berpeluang  bertemu dan merasai kasih sayang Ayah Su selepas melalui ujian pahit itu. Mujur ujian itu datang sebelum Agharr hadir.. Ada hikmah di setiap apa yang berlaku.

Wednesday, August 10, 2011

Setulus Kasih Mama..

Sentiasa segar di ingatan saya, sebelum saya Berjaya hamil dulu, Pada Mama lah saya meluah segala perasaan saya,  walaupun Mama saya tak pernah bertanya atau berkata apa-apa tentang perkara itu. Saya rasa, saya lah yang banyak memberatkan fikiran Mama ketika itu. Selalunya Mama akan mendengar dan memberikan kata semangat untuk saya, tak pernah Mama memperlihatkan riak risau di wajahnya. Mungkin Mama tak mahu saya merasa lebih tertekan.

Walaupun begitu, Mama tetap juga membantu saya mencari produk atau rawatan kesuburan. Apa sahaja yang dia terdengar dari sesiapa, ada tempat berubat ini, tempat berurut itu, iklan itu, iklan ini cepat-cepat Mama sampaikan pada saya.  Pernah beberapa tahun sebelum itu, rakan Mama mengerjakan Haji. Selepas rakannya itu pulang dari Haji, Mama menyerahkan sejenis herba seperti daun-daun dan bijian kurma kering untuk saya. 

Malam itu juga dengan penuh semangat dan harapan, saya mengisar bahan-bahan itu. Tapi oleh kerana kurma kering itu agak keras,  walaupun sudah di kisar, ianya masih tidak hancur sepenuhnya. Ketika itu, saya membayangkan, saya mahu hasilnya halus sehalusnya dan bila saya membancuhnya saya boleh menelan semuanya tanpa meninggalkan serdak sedikit pun. Sayang sekiranya serdak yang tertinggal itu adalah bahagian yang paling berkat untuk saya berhasil hamil. Melihatkan harapan saya itu, Mama dengan sabar  membantu saya menumbuk herba yang telah dikisar itu bagi memastikan ianya betul-betul hancur. Berpeluh-peluh kami malam itu, kerana agak sukar sebenarnya nak melumatkan herba kering itu. Bila terasa mesin pengisar yang di guna itu sudah panas, kami menumbuk pula, bila tangan sudah penat berlesung batu, kami kembali semula mengisar.  Kami masing-masing tak bersuara langsung ketika itu dan tiba-tiba entah kenapa, akhirnya saya dan Mama tertawa bersama-sama. Bersungguh-sungguh, geli hati yang amat. Saya tak pasti kenapa kami ketawa sungguh-sungguh ketika itu. Mungkin mengenangkan betapa susahnya diri saya mendapatkan anak sehingga kami sanggup bertungkus lumus dan sanggup buat apa sahaja ketika itu, walaupun kami sendiri tak begitu pasti apakah sebenarnya bahan-bahan yang kami tumbuk dengan bertungkus lumus itu. Terima kasih banyak kepada kawan Mama yang sungguh baik hati membelikan herba tersebut untuk saya. Hanya Allah yang dapat membalas dan memberikan kemuliaan padanya .

Saya juga masih ingat semasa saya bertarung selama hampir 12 jam untuk melahirkan Agharr ketika itu. Ya Allah. Sakitnya. Andainya di beri pilihan, siapa yang saya mahu bersama-sama di dewan bersalin itu, walaupun berjuta-juta kali saya mati dan hidup semula, saya tetap mahu memilih Mama untuk menemani saya di waktu itu. Ketika di situ, saya tak mendengar ibu-ibu yang sedang sakit ingin melahirkan itu menyebut nama suami. Hanya terdengar mereka menyebut nama Allah dan menyebut ibu.. Ya Allah.. Mak.. aduuhh..Mak..Allah.. itu lah yang kerap kedengaran di saat saya di situ.

Semasa midwife yang saya agak lebih kurang bayanya dengan ibu saya datang pada saya mengusap perut saya dan membacakan selawat dan Zikir. Air mata saya mengalir, dan dia memandang saya dan bertanya , Sakit sangat?? Saya diam menggelengkan kepala. Dalam hati saya..Ya..Saya sakit.. tapi memang bukan kerana itu yang membuatkan saya mengalir air mata. Memandangnya ketika itu saya teringat mama. Saya mahukan Mama.. Jika Mama yang mengusap dan berselawat kepada saya ketika itu, saya membayangkan tapak tangan Mama saya yang sangat berkat itu akan memudahkan segala kesukaran yang sedang saya lalui itu. Melihatkan saya tidak menjawab apa-apa, midwife itu tersenyum dan berselawat  beberapa kali sebelum menyambung semula tugasnya untuk menyambut kelahiran bayi lain.

Mama saya mungkin bukanlah sehebat seperti ibu Mithali lain yang pernah bersusah payah membesarkan anak-anak sehingga sanggup berlapar, membanting tulang berpanas terik. Tetapi, sebagai anak perasaan itu tetap sama. Kita juga sama sentiasa memuliakan ibu yang bersusah payah melahirkan, menjaga dengan kasih sayang, melayan segala karenah, tempat bercerita segala suka duka, Menenangkan dan merawat hati  di saat jiwa sengsara.

Melihat senyuman Mama, memandang raut wajah kasih Mama setiap kali bercerita, menikmati hidangan dari air tangan yang penuh dengan kasih sayang,  membuatkan saya hanya melihat syurga padanya. Walaupun kami dah bernikah, walaupun tanggungjawab saya untuk suami. Tetapi kasih sayang dan syurga saya tetap untuk Mama seluruh hayat di dunia hingga akhirat. Mama tetap Ibu Mithali yang terunggul bagi kami.

Semoga Allah Memberikan kepada Mereka Kebahagiaan.. kegembiraan..kesejahteraan di dunia hingga Akhirat..

Saturday, August 6, 2011

Saat Ujian Itu Datang.. ( Tuhan ku Sembuhkanlah ia )

Beberapa hari ni, sepanjang hari saya bersama Agharr, melayan karenah Agharr yang bermacam-macam sejak mula mendapat kaki ni. Terhibur dengan telatah Agharr dan kadangkala buat saya hilang sabar juga. Semuanya nak di pegang, nak di campak, nak di baling, kadang-kadang hanya mahu saya dukung sepanjang hari. Kami anak beranak sama-sama berpeluh. Kalau di biar, entah apa pulak yang di buat. Jaadiii... saya Istighfar laah banyak-banyak. Lagi pun ini lah impian saya yang di nanti-nanti dulu, menjadi ibu.

Sejak dua minggu lepas saya menerima berita yang mendebarkan tentang anak sahabat saya . Sekarang Mia Medina berada di ICU Hospital Serdang berikutan pendarahan dalaman di kepala yang sahabat saya sendiri tidak pasti darimana puncanya. Saya mohon pada Tuhan, di bulan yang penuh rahmat & berkat ini, agar Mia Medina sembuh dan menggembirakan semula sahabat saya dari ujian yang menimpa ini. Saya juga kesal, kerana saya hanya melawat anaknya di Hospital dengan keadaan seperti itu. Apalah lagi yang termampu untuk saya berikan pada sahabat saya itu dan Medina, selain doa yang tak putus-putus saya panjangkan pada yang Maha Kuasa agar segalanya dugaan ini memberi sinar kebahagiaan untuk mereka semula.

Sememangnya jadi ibu itu indah. Tetapi menggalas tugas ibu bukan sekadar mendodoi tidur, memandikan dan menyuap makanan. Bukan juga sekadar rasa puas hati. Tetapi menjadi ibu itu juga bermakna kita perlu bersedia untuk melalui rasa bimbang, detik-detik cemas dan sukar yang hanya Allah sahaja yang tahu bila masanya ujian itu datang.

Andai kehidupan ini boleh di rancang mengikut kemahuan kita, segala-galanya hanya yang indah-indah. Apalah pula ertinya hidup, kerana ujian itu sebenarnya adalah bukti kasih sayang Tuhan untuk kita supaya kita dekat semula pada-Nya.
 
Serahkan lah sebulat hatimu pada Tuhan mu. Hanya Dia yang Maha Pemberi Ujian, dan Hanya Pada-Nya jugalah yang Maha Penyembuh. Semoga semua kesukaran ini berakhir dengan kesudahan yang baik dan semoga kesudahan yang baik itu pula akan berkekalan selama-lamanya.

Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan..

Alhamdulillah.. Syukur saya pada Allah yang memberikan saya peluang untuk terus menikmati bulan yang penuh kemuliaan ini sekali lagi. Bulan yang sungguh banyak memberikan rahmat dan keberkatan kepada kita. Bulan yang sungguh-sungguh banyak menyentuh jiwa saya secara peribadi.

Ada kala saya melalui Ramadhan penuh dengan kesedihan dan peristiwa pahit, ada kalanya Ramadhan yang saya lalui itu penuh dengan kegembiraan dan keajaiban. Apapun saya sentiasa menerima segalanya rasa suka & duka itu sebagai satu ujian untuk melengkapi hidup saya dia atas bumi Allah ini.

Walau begitu, apa juga rasa yang saya lalui itu, sama ada duka atau suka, saya tetap juga tidak sabar-sabar menanti dan mahu mengulangi bulan penuh berkat ini saban tahun. Apa juga yang terjadi dalam hidup saya, saya tetap juga rindu tiap kali bulan Ramadhan ini berakhir. Yang pasti bulan yang penuh mulia ini sentiasa membuatkan saya ternanti-nanti dan penuh rasa teruja.

Saya harap satu hari nanti Agharr juga akan merasa keterujaan seperti saya terhadap Ramadhan. Malah saya juga mahu Agharr akan merasa lebih teruja lebih-lebih lagi berbanding saya.


Semoga kita sama-sama teruja. Dan semoga juga saya masih tak terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua.


Maula Ya Salli wa Sallim (Qasida Burda Shareef)


Sunday, July 17, 2011

Berpantang Maut Sebelum Ajal - Relay For Life KL

Assalamualaikum../ Selamat Sejahtera,

Allah... Dah lama sungguh-sungguh saya tak jenguk blog sendiri. Macam dah lupa macamana nak mula. Sepanjang waktu ni macam-macam yang terjadi pada kehidupan kami sekeluarga. Semuanya kejadian yang belaku penuh dugaan dan ujian dari Tuhan Maha Esa. Apalah yang boleh saya lakukan. Selain redha dengan segala ketetapan yang di catat dalam perjalanan kehidupan saya. AllahuAkbar.

Saya tinggalkan dulu semua kekusutan itu. Saya mahu mulakan dengan aktiviti terbaru kami sekeluarga. Semalam kami menemani adik saya ke Stadium UKM atas aktiviti sokongan untuk  National Cancer Society Malaysia (NCSM). Ini adalah pertama kali kami mengikut adik saya dalam program yang dianjurkan NCSM.

Meriahkan?? ini bukan perhimpunan BERSIH..hehe.. Tapi mungkin juga, Bak kata adik saya ini adalah perhimpunan BERSIH DARI KANSER. Saya dapati ramai dari mereka adalah berbangsa cina. Adakah kerana bangsa mereka yang mudah sembuh?? Dah tentu bukan sebab itu. Bagi saya disebabkan kesedaran dan semangat yang tinggi.




Kanser adalah sesuatu yang amat menakutkan. Kita akan panik.. seluruh keluarga akan rasa seperti mahu mati. Chemotherapy tu rasanya sangat teruk. Kamu tak akan sempat sembuh. Mak cik saya mati, atuk sedara saya muntah, lemah, rasa tercabut nyawa setiap saat semasa rawatan, kamu akan botak, kening segala rambut dan bulu gugur..blaa..blaa..blaa....Maaf lah.. bangsa kita kurang kesedaran dan memberi dorongan. Ingat.. Hidup kita Berpantang Maut Sebelum Ajal. Kalau mahu sembuh, hati dan jiwa perlu kuat untuk melawan penyakit itu. Segala rawatan Chemotherapy.. Radiotherapy semua itu mestilah di jalani dengan sempurna. Ya, memang rasa teruk melalui rawatan ini. Tetapi, ketahuilah.. Buat masa ini, itulah rawatan yang paling sempurna untuk membunuh penyakit ini..sebelum sakit itu terus membunuh kita. Jadi, Teruslah memberi semangat dan sokongan.


Adik saya Fazirul Nizar. Adik saya adalah bekas pesakit Kanser Nasofaring tahap 4 bermula dari 2008. Alhamdulillah, adik saya disahkan sembuh sepenuhnya selepas menerima rawatan secara teratur selama setahun. InsyaAllah saya akan berkongsi pengalaman adik saya ketika itu.


Adik saya (paling kanan) bersama Doktor Yap (tengah) yang merawat sepanjang di Hospital Kuala Lumpur. Uncle (paling kiri) yang juga bekas pesakit kanser yang sama. Terima Kasih Dr Yap.






Anak Mummy Agharr, yang tak mengerti apa-apa. Tetap sama-sama memberi sokongan pada Ayah Su (adik saya). Kusss semangat nak melayan Agharr berkeliaran satu padang..hahaha. Masuk khemah amoi seksi.. perangai Agharr dah macam Sin Chan.

Mereka yang berbaju purple ni adalah mereka yang sudah sembuh (Cancer Survivor). Lihatlah Auntie2 ni yang tak penat menari sepanjang malam setiapkali music cha cha dimainkan.

Sebelum pulang semalam, saya merenung seluruh padang. Saya membuka mata dan jiwa saya besar-besar.. luas-luas. Saya melihat, sungguh ramai yang pernah melalui ujian itu. Ya, saya tak menafikan ada antara pesakit kanser yang mati, tapi lihatlah.. masih ramai yang punya harapan, sudah sembuh, dan masih terus sihat dan hidup. Berpantang Maut Sebelum Ajal. Berusahalah dan Berserah lah Kepada-Nya yang Maha Memberi Kehidupan.

Sekian Terima Kasih..

Tuesday, June 14, 2011

Mati Itu Pasti..


Semalam saya menerima berita tentang kematian salah seorang saudara. Dia masih muda dan bakal melangsungkan perkahwinan akhir tahun ini. Bukan pertama kali saya menerima berita sebegini, malah dalam keluarga saya sendiri sudah beberapa kali terjadi. Cuma, kali ini berita itu benar-benar membuatkan saya mula berfikir dan patut memikirkannya semula segala-gala dalam diri saya.

Bilakah agaknya masa itu tiba untuk saya? Apakah yang terjadi ketika saat itu sampai? Apakah saya sudah bersedia  untuk menempuhi hari itu?

Saya selalu tak mahu tahu. Saya takut.. Tetapi mengapakah saya tidak mahu tahu dan takut?? Adakah kerana saya belum bersedia kerana amalan yang ada masih belum layak untuk saya bawa kesana? Apakah saya takut kerana tidak ada apa amal kebajikan dan ibadat yang tidak seberapa yang boleh saya hadapkan pada yang Maha Berkuasa?

Bolehkah saya meminta pada Tuhan agar waktu untuk saya itu di lewatkan, sedangkan saya tahu bila saat kematian itu sudah tiba, tiada apa pun yang dicepatkan atau dilewatkan walau dalam satu saat..

Saya silap bila kadangkala saya berfikir yang muda dan sihat itu akan terus hidup dan yang tua dan sakit itu akan terus tenat dan mati. Selama udara, kudrat, dan hayat ini adalah milik Allah, Maka, hanya Dia lah yang berhak menamatkan setiap hayat hambanya menunaikan janji-Nya mengikut Kemahuan-Nya.

Adakah saya bersedia?? Adakah Kita Bersedia??? 

Semoga mereka yang telah pergi sentiasa di bawah keredhaan Allah dan Rahmat-Nya..

Tuesday, June 7, 2011

Majlis Kesyukuran Birthday Agharr..

Birthday Agharr dah berlalu seminggu lepas. Tapi, kami tetap juga mengadakan majlis kesyukuran sebagai kenangan untuk Hari Lahirnya yang Pertama. Dengan kehadiran keluarga terdekat pada hari Sabtu baru-baru ini, menambahkan  lagi kemeriahan dan keberkatan dalam hidup kami sekeluarga.

Alhamdulillah.

Beberapa jam sebelum majlis


 
Agharr macam nak tido je ni..

Agharr tak nak bgambar..puas pujuk...


Friday, June 3, 2011

Yummmy Easy Butter Cake..

Bila 1st time nak buat cake, tentulah saya cari resepi yang paling mudah dan bahan-bahan paling sikit untuk saya cuba. Butter Cake.. saya dapat kat sini .



     


      Hasilnya.... Nampak macam cake..hehehe dan... bagi saya, memang sedap untuk percubaan pertama saya ni..Kira boleh laaah. Saya suka moist texture butter cake ni dan yang penting rasanya tak manis sangat. Yummyyyy..